Kalam Arabiy 2024: Tema, Syarat & Pemarkahan

KALAM aRABIY
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kalam Arabiy 2024: Tema, Syarat & Pemarkahan

Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (ILSS) adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab dan menanamkan nilai-nilai Islam dalam kalangan pelajar. 

Program ini bertujuan untuk membina modal insan yang berkualiti, memperkasa nilai-nilai murni, dan memperkukuh kemahiran Al-Quran di kalangan pelajar.

Kalam Arabiy merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam ILSS. Acara ini memberi fokus kepada pengucapan awam dalam bahasa Arab. 

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Kalam Arabiy. 

BACA JUGA: Ihtifal Lughawi 2024: Garis Panduan, Acara, Tema

Pengenalan Kalam Arabiy 

Pertandingan ini diadakan untuk mengembangkan bakat dan potensi murid Islam dalam bidang pengucapan awam dalam Bahasa Arab berdasarkan kurikulum Bahasa Arab. 

Kurikulum ini berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1 hingga Tahun 6.

Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif, menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar.

Objektif Kalam Arabiy

  1. Meningkatkan Kemahiran Bahasa Arab: Membantu pelajar menguasai bahasa Arab dengan lebih baik melalui latihan dan pertandingan.
  2. Memupuk Keyakinan Diri: Menggalakkan pelajar untuk berani berucap di hadapan khalayak ramai.
  3. Pengukuhan Nilai Islam: Menerapkan nilai-nilai Islam dan penghayatan Al-Quran melalui pengucapan dalam bahasa Arab.

Terma & Syarat

Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam sekolah KPM pada sesi persekolahan tahun semasa.

Kategori pertandingan

Terbahagi kepada dua iaitu:

  • Sekolah Rendah – Lelaki (Tahun 1 – 6) 
  • Sekolah Rendah – Perempuan (Tahun 1 – 6)

Tema Persembahan

Kategori Lelaki:

Kalam Arabiy 2024: Tema, Syarat, Pemarkahan

Kategori Perempuan:

Kalam Arabiy 2024: Tema, Syarat, Pemarkahan

Masa Persembahan

  • Masa persembahan ialah 5 minit.
  • Loceng akan dibunyikan sekali pada minit keempat (ke-4) dan dua kali pada minit kelima (ke-5) menandakan waktu telah tamat.
  • Masa dikira apabila loceng permulaan dibunyikan sebaik sahaja
  • peserta memulakan kalam.

Bahagian Penyampaian

Peserta dibenarkan untuk memasukkan elemen syair/ gurindam/pantun/ sajak/ nasyid (ala padang pasir atau kontemporari secara minimalis (tidak melebihi 3 kali dalam keseluruhan persembahan sehingga mendominasi keutamaan kalam).

Perkara yang tidak dibenarkan dalam penyampaian adalah seperti berikut:

  • Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat sokongan;
  • Unsur lakonan dan main peranan atau watak yang berlebihan
  • tidak dibenarkan. Peserta perlu menyampaikan kalam dengan
  • gaya pertuturan yang bersahaja dan santai: tidak seperti nada
  • berpidato atau bercerita; dan.
  • Peserta tidak dibenarkan mendapat sebarang tunjuk ajar atau
  • bantuan dalam bentuk isyarat atau apa medium sekalipun semasa persembahan. 

Penilaian Juri 

Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

  • Penyampaian (40 markah);
  • Isi (30 markah); dan
  • Bahasa (30 markah).

Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan  pertandingan, seterusnya tempat kedua,ketiga,keempat dan kelima.

Sekiranya berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah penyampaian, seterusnya markah isi dan jika masih berlaku persamaan, dirujuk kepada markah bahasa.

Sekiranya masih berlaku persamaan markah, jemaah juri akan bersidang untuk menentukan pemenang.

Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan.

Manfaat Pertandingan Kalam Arabiy

  1. Pengukuhan Kemahiran Bahasa: Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab, yang penting dalam pembelajaran Al-Quran dan subjek-subjek agama.
  1. Pembangunan Karakter: Melalui penyertaan dalam Kalam Arabiy, pelajar dapat membina karakter yang lebih baik, seperti disiplin, tanggungjawab, dan sebagainya.
  1. Penyebaran Dakwah: Menjadi medium untuk menyebarkan dakwah dan nilai-nilai Islam secara kreatif dan berkesan.

Contoh Video Persembahan

Sumber: TV PSS SK SENTOSA

Sumber: Ustazah Izyani
Sumber: Ustaz Aizil
Sumber: Muallim Hazar
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut