Kajian Kes Sejarah: Panduan Penulisan

Bagi murid yang memerlukan untuk menulis mengenai Kajian Kes Sejarah, mereka perlulah mengetahui format dan cara-cara untuk memastikan penulisan yang dibuat adalah betul dan teratur.

Ini bagi memastikan kajian kes tersebut mendapat markah yang tinggi dan memperoleh gred yang baik.

Perkara Penting Dalam Kajian Kes Sejarah

Secara umumnya, kajian kes sejarah mestilah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

  • Pernyataan masalah
  • Objektif
  • Kaedah kajian
  • Dapatan Kajian
  • Kesimpulan
  • Rujukan
  • Lampiran

1. Pernyataan Masalah

Sebelum membina pernyataan masalah, murid mestilah mengenal pasti:

  • Tema dan tajuk yang dikemukakan oleh soalan kajian kes.
  • Mengetahui fakta dan maklumat yang terkandung dalam tajuk tersebut.
  • Berdasarkan maklumat, cerita, atau fakta dalam tajuk, cari apa isu yang ingin dikaji dan dibuktikan.
  • Isu itulah yang dinamakan pernyataan masalah.

Contoh pernyataan masalah:

Semangat juang __(nama tokoh)__ menentang kuasa British di __(nama tempat)__ mendidik generasi muda bersatu mempertahankan tanah air. Bincangkan.

Persoalan Kecil:

  • Jelaskan latar belakang (nama tokoh)
  • Huraikan sebab dan peristiwa penentangan (nama tokoh menentang British di (nama tempat).
  • Terangkan nilai yang boleh dijadikan iktibar daripada peristiwa penentangan (nama tokoh) menentang British di (nama tempat).

2. Objektif Kajian

Objektif kajian mestilah menerangkan matlamat kajian tersebut dibuat.

Antara contoh yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

  • Menjelaskan latar belakang (nama tokoh).
  • Menghuraikan sebab dan peristiwa penentangan (nama tokoh) menentang British di (nama tempat).
  • Menerangkan nilai yang boleh dijadikan iktibar daripada peristiwa penentangan (nama tokoh) menentang British di (nama tempat).

3. Kaedah Kajian

Kaedah kajian adalah menerangkan mengenai bagaimana dapatan kajian diperoleh oleh murid.

Sebagai contoh:

(a) Melayari Internet.

Saya telah mengunjungi beberapa laman sesawang rasmi bagi mendapatkan maklumat dan bahan untuk kajian ini. Antara laman sesawang yang saya kunjungi ialah www.arkibnegara.gov.my

(b) Menganalisis Dokumen

Saya telah menganalisis beberapa dukumen seperti akhbar, buku dan majalah bagi memastikan kesahihan fakta dan maklumat untuk kajian saya .Dengan ini kajian saya tidak boleh diragui kebenarannya.

(c) Kaedah Audio Visual

Saya telah menonton video berkenaan ………………….. daripada You Tube untuk mendapatkan maklumat sebagai melengkapkan kajian kes saya.

4. Dapatan Kajian

Dapatan kajian kadang kala sering dirujuk sebagai laporan kajian.

Contoh laporan kajian adalah seperti berikut:

Pernyataan Masalah

Semangat juang (nama tokoh) menentang kuasa British di (nama tempat) mendidik generasi muda bersatu mempertahankan tanah air. Bincangkan.

1) Jelaskan latar belakang (nama tokoh).

(esei dengan perenggan)

2) Huraikan sebab dan peristiwa penentangan (nama tokoh) menentang British di (nama tempat).

(esei dengan perenggan)

3) Terangkan nilai yang boleh dijadikan iktibar daripada peristiwa penentangan (nama tokoh) menentang British di (nama tempat).

5. Rujukan

Rujukan mestilah terdiri daripada:

  • Buku ilmiah/Ensiklopedia
  • Majalah
  • Akhbar/Akhbar Digital
  • Jurnal
  • Internet (wikipedia dan blogspot tidak diterima)
  • Rencana
  • Buku teks
  • Video (rancangan dokumentari/youtube

Contoh penulisan rujukan adalah seperti berikut:

Buku

Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd.

Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political

Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.

Jurnal

Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.

Ishak bin Tadin,1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960.

Ensiklopedia

Tajuk, jilid dan tahun.

Akhbar

Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

Orang Sumber

Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur.

Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.

Melawat Tempat Kajian

Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.

Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.

Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.

VCD

Tajuk program, terbitan.

Radio

Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Televisyen

Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Majalah

Nama majalah, tarikh, tahun.

Sumber lain:

Jenis sumber, alamat/punca sumber.

Internet

http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/TokohPMTunkuAbdul Rahman.htm

6. Lampiran

Murid dikehendaki melekatkan apa sahaja bahan berkaitan seperti keratan akhbar, graf, jadual dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Setiap lampiran sama ada gambar, keratan akhbar, graf, jadual dan lain-lain mestilah ditulis penerangan atau ‘caption.’

Bantu kami share artikel ini: