Kain Felt: Kegunaan, Ciri-Ciri Utama & Harga

kain felt
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jika kita berkunjung di pasar raya di seluruh negara, pasti anda akan menjumpai salah satu kain yang dipanggil sebagai Kain Felt.

Kain ini juga merupakan kain berbulu yang boleh didapati dengan pelbagai warna di pasaran.

Namun, tahukah anda kain ini mempunyai pelbagai kegunaannya dalam kehidupan kita?

Mengenai Kain Felt

Kain Flanel atau lebih dikenali sebagai Felt merupakan jenis kain yang diperbuat daripada serat wool tanpa ditenun.

Kebanyakan kain ini diperbuat daripada bulu, namun terdapat juga kain ini juga diperbuat daripada rambut lembu atau serat kimia.

Sebahagian individu percaya, ianya merupakan jenis kain yang tertua dalam sejarah manusia.

Kegunaan Kain Felt

Antara kegunaan kain ini adalah seperti berikut:

  • Bahan mentah untuk rintangan hentakan, pengedap, gasket, dan bahagian bawah pakaian dawai keluli tahan karat elastik dirasai.
  • Pencil case
  • Handphone case
  • Bahan kraf tangan
  • Rantai kunci (keychain)
  • Bingkai gambar

Ciri-Ciri Kain Felt

Di Malaysia, terdapat daripada 2 jenis kain iaitu, Felt poliester dan felt akrilik.

i) Felt poliester atau felt keras

  • Juga dikenali sebagai felt keras.
  • Bersifat kesat, keras, tahan lasak dan kurang berbulu.
  • Kain ini mudah dipotong, sama ada menggunakan gunting atau cutter machine.
  • Kain ini mudah dijahit menggunakan tangan, mesin jahit biasa dan mesin jahit sulam.
  • Sesuai untuk menghasilkan produk bahan bantu belajar kanak-kanak.
  • Sesuai untuk dicetak menggunakan proses pencetakan sublimasi. 
  • Tidak sesuai untuk dijadikan pakaian atau bantal kerana sifatnya yang kaku.

ii) Kain felt akrilik atau felt lembut

  • Juga dikenali sebagai felt lembut.
  • Bersifat lembut, mudah dilentur, mudah dibentuk dan agak berbulu.
  • Mudah dipotong cuma tidak menghasilkan clear cut.
  • Boleh dijahit walaupun agak mencabar untuk dikendalikan.
  • Sesuai untuk menghasilkan gubahan bunga hiasan, kerongsang, buah-buahan 3D, permainan kanak-kanak (soft toys), pin cushion dan bantal hiasan.
  • Tidak sesuai untuk produk yang memerlukan tekstur keras dan tegap.
  • Tidak sesuai untuk dicetak (printing).

Harga Kain Felt

Kain ini boleh didapati di Kedai Mr DIY dan Eco di seluruh negara atau di Shopee secara online.

Harga kain ini adalah seperti berikut:

i) Mr DIY: RM5.00

ii) Kedai Eco: RM2.10

iii) Shopee: RM1.50

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Kain Felt, sila layari pautan https://my.nonwoven-shuntai.com/news/what-are-the-characteristics-of-felt-cloth-59229423.html.

Baca juga: Kain Pario: Pola & Cara Mengikat Kain Dengan Mudah

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut