Kain Anduh : Saiz, Kegunaan dan Jenis Balutan (PBSM)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kain anduh merupakan salah satu komponen penting dalam pertolongan cemas. Kain pembalut segi tiga ini biasanya dibuat daripada kain jenis belacu dan mempunyai pelbagai kegunaan.

Dalam bahasa Inggeris, ia turut dikenali sebagai Triangular Bandage.

Kegunaan Kain Anduh

Kain ini mempunyai pelbagai fungsi penting khususnya dalam rawatan kecemasan iaitu :

  • Menyokong lengan atau anggota badan yang cedera
  • Merehatkan anggota yang cedera dengan menampung kecederaan
  • Menahan pendarahan
  • Mengawal pergerakan bahagian yang cedera

Saiz Kain Anduh

Saiz anduh yang baik adalah berukuran 90 cm X 90 cm X 130cm. Ia mempunyai puncak, sisi yang sama panjang dan tapak.

Cara Memakai Kain Anduh Dengan Betul (Anduh Besar / Anduh Lengan)

Cara mengikat kain anduh bukanlah suatu pengetahuan yang hanya perlu diketahui oleh ahli persatuan PBSM, pengakap mahupun ahli perubatan.

Malah, ia merupakan satu pengetahuan yang wajib diketahui semua bagi menghadapi situasi kecemasan.

Berikut merupakan cara ikatan anduh lengan untuk tangan yang patah atau cedera :

  • Balutkan tempat yang luka dan patah
  • Tamping tulang yang patah atau cedera menggunakan tangan lagi satu. Angkat tangan patah ke paras dada.
  • Kemudian, selitkan kain anduh antara lengan dan badan dari arah kawasan yang tidak tercedera.
  • Rendahkan pula hujung kain anduh dan naikkan bahagian satu lagi ke arah leher.
  • Ikat buku sila pada hujung kain dan lepaskan tangan yang menampung tulang patah atau cedera.
  • Kemaskan bucu kain dan pinkan. Pastikan tangan lebih tinggi daripada siku.

Jenis Balutan Anduh (PBSM)

Selain balutan Anduh Lengan, terdapat pelbagai jenis balutan yang boleh dipraktikkan mengikut keperluan pesakit.

Berikut dikongsikan beberapa jenis balutan.

Anduh Kecil / Anduh Pergelangan Tangan

  • Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan.  
  • Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
  • Akhirnya lakukan ikatan buku sila pada atas pergelangan tangan.

Pembalut Cincin

kain anduh
  • Diperbuat daripada pembalut tirus.
  • Balutan ini boleh digunakan apabila pesakit cedera terkena atau tertusuk objek tajam.
  • Turut digunakan untuk menutup luka.

Terdapat juga jenis balutan lain antaranya :

  • Balutan Luka Dada Hadapan
  • Balutan Luka Dada Belakang
  • Balutan Luka Bahu
  • Balutan Luka Siku
  • Balutan Luka Lutut
kain anduh
Sumber : Nota Pengenalan Kain Anduh BSMM

Kain Anduh Farmasi

Selain kain segi tiga, anda juga boleh dapatkan armsling yang mudah dipakai dari farmasi. Ia juga lebih mudah untuk digunakan dan panjangnya boleh disesuaikan mengikut keselesaan pesakit.

Antara kelebihan lain yang dimiliki oleh anduh sedia dipakai atau versi moden ini adalah :

  • Mudah dicuci dan tahan lasak
  • Boleh digunakan untuk tangan kiri dan kanan
  • Juga boleh didapati dalam saiz kanak-kanak.

Selain untuk lengan, terdapat juga alat sokongan lain untuk anggota lain yang tercedera antaranya lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan sebagainya.

Anda boleh rujuk kepada ahli farmasi untuk dapatkan alat sokongan yang paling sesuai mengikut keperluan.

kain anduh
Sumber : Shopee

Ayuh kita sama-sama praktikkan cara-cara balutan anduh untuk kegunaan kecemasan.

Selain untuk kegunaan anak dalam aktiviti persatuan sekolah, seeloknya anda juga simpan kain ini untuk kegunaan kecemasan di rumah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber : Farmasi FAJR, anyflip.com

Baca Juga : PBSM (Pertubuhan Bulan Sabit Merah) : Sejarah Penubuhan, Peranan, Logo, DLL

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut