12 kafe di Ipoh – Estetik & Top Rated di Google!
Ipoh adalah destinasi yang menawarkan pelbagai pilihan makanan yang tak pernah mengecewakan. Setiap tahun, semakin banyak kafe baru muncul dengan konsep yang menarik di bandar ini.
Setiap kafe menawarkan macam-macam pilihan makanan dan paling penting, rasanya sedap-sedap dan harga pun berpatutan. Reka bentuk dan hiasan dalaman kafe yang estetik dan instagram worthy juga salah satu faktor daya tarikan untuk setiap kafe.
Berikut dikongsikan senarai 12 kafe di Ipoh yang terkini dan paling best untuk korang cuba. Jom baca!
BACA JUGA: 15+ Kafe Di Melaka, Highly Recommended!
12 kafe di Ipoh Wajib Cuba
1. Magical Beans Kafe
Alamat: 47, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia
Magical Beans Kafe menawarkan suasana kafe yang santai dan mesra pengunjung. Kafe ini menarik pengunjung dengan pilihan kopi panggangnya yang berkualiti tinggi. Selain itu, ada banyak juga pilihan minuman lain yang menyegarkan yang pasti memikat selera pengunjungnya.
Hidangan berat seperti menu raya yang terdiri daripada rendang dan lemang pun ada. Selain itu, ada juga beberapa menu lain seperti nasi goreng, mee goreng, pasta dan juga pilihan pencuci mulut
2. Drip Oh Eatery
Alamat: 50, Jln Dato Mahmud, 31650 Ipoh, Perak, Malaysia
Drip Oh Eatery juga salah satu kafe di Ipoh yang wajib korang cuba kalau berada di Ipoh. Kafe ini terkenal dengan konsepnya yang moden dan cozy, memberikan suasana santai yang sesuai untuk duduk lepak atau work-from-cafe vibes.
Menu di sini memang menarik perhatian, dari makanan fusion yang unik hingga pilihan kopi specialty yang memikat. Antara menu popularnya adalah Mee Kari, keropok lekor, salted egg pasta, dan sebagainya.
Anda wajib cuba okay!
3. Coffee Camp 612 Cafe
Alamat: Lot A-25, No. A-9, Kinta River Walk, Lebuhraya Istana, Taman Istana, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia
Coffee Camp 612 Cafe merupakan antara pilihan kafe menarik terutamanya bagi pengunjung yang mencari suasana kafe yang unik dan santai. Lagi-lagi yang minat camping.
Untuk pengetahuan anda, kafe ini menggabungkan elemen indoor dan outdoor living dengan menekankan konsep bertemakan camping. Ini menjadikan setiap sudutnya sesuai untuk mengambil gambar. Memang lawa.
Kafe ini terkenal dengan pelbagai jenis kopi, termasuk specialty coffee. Jika anda seorang peminat kopi asli dengan rasa yang kuat, Coffee Camp 612 Cafe adalah kafe yang tepat untuk anda.
Selain kopi, kafe ini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan seperti kek, pencuci mulut, dan hidangan utama yang disediakan dengan penuh estetik!
4. Plan B
Alamat: 75, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Plan B Ipoh juga salah satu kafe di Ipoh yang anda kena cuba. Kafe ini menonjolkan rekaan dalaman industri yang digabungkan dengan elemen warisan. Dengan ruang yang luas dan dekorasi menarik, ia bukan sahaja tempat makan tetapi juga lokasi bergambar yang instagrammable dan menarik.
Menu di sini menawarkan pelbagai hidangan dari Barat hingga Asia, seperti pasta, burger, nasi lemak, dan pilihan vegetarian. Terdapat juga hidangan pencuci mulut seperti kek dan kopi khas yang sering menjadi kegemaran pelanggan.
Jika anda mencari pengalaman menjamu selera yang berbeza, Plan B Ipoh adalah kafe yang patut dikunjungi.
5. Uniti Republic
Alamat: 25, Jalan Raja Dihilir, Taman Jepun, 30350 Ipoh, Perak, Malaysia
Uniti Republic juga antara kafe di Ipoh yang sangat popular dengan keenakan makanannya serta harga yang berpatutan. Restoran ini telah dibuka pada 31 Ogos 2022, iaitu pada hari kemerdekaan Malaysia, yang secara simbolik menggambarkan semangat kesatuan dalam hidangan makanannya.
Konsep makanan Uniti Republic adalah fusion yang mewakili pengalaman hidangan pelbagai budaya. Nama “Uniti” sendiri dipilih untuk mencerminkan semangat perpaduan, dengan menu yang menyajikan citarasa Malaysia yang digabungkan dengan twist kolonial.
Dengan suasana yang cerah dan ruang yang luas, kafe ini berjaya mencipta persekitaran yang selesa dan estetik. Dari segi layanan, perkhidmatan dan kemudahan, semuanya tiptop!
6. +he Cursor Cafe
Alamat: 117, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia
The Cursor Cafe Ipoh, Perak, merupakan satu lagi kafe menarik untuk pencinta kafe di bandar Ipoh ini. Kafe ini terkenal dengan suasana yang minimalis dan moden. Memang sesuailah untuk bersantai sambil menikmati hidangan berkualiti.
Dari segi menu, The Cursor Cafe menawarkan pelbagai hidangan makanan Barat dan pencuci mulut, seperti pasta, sandwic, kek buatan sendiri, serta minuman. Kopi adalah salah satu tarikan utama di sini, ada pelbagai pilihan rasa dan aroma.
Uniknya, +he Cursor Cafe juga menyediakan pelbagai permainan tradisional di dalam dan luar kafe. Pengunjung boleh bermain terlebih dahulu sambil menunggu makanan tiba.
7. Vintage Cafe No100
Alamat: 100, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Vintage Cafe No. 100 adalah kafe dengan suasana retro yang mesti anda cuba kalau singgah di Ipoh. Kafe ni memang ada vibe klasik yang lain daripada yang lain. Dengan dekorasi vintaj, perabot lama, dan elemen nostalgia, ia membuatkan anda rasa seperti kembali ke zaman dulu.
Menu di Vintage Cafe No.100 juga sangat menarik. Dengan hidangan tempatan seperti Laksa dan Mee Rebus yang disediakan berdasarkan resipi warisan keluarga, ia bukan sahaja sedap tetapi juga membawa kembali kenangan lama kepada pengunjung.
8. BluezChic Cafe Ipoh
Alamat: 72, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Kafe ni terkenal dengan suasana moden yang santai, dihiasi dengan elemen chic dan warna biru yang ceria, menjadikannya tempat yang sesuai untuk lepak, makan, dan of course, ambil gambar. Dari jauh dah boleh tahu mana satu kafe ni.
Hidangan yang disediakan di kafe ini menggabungkan cita rasa Barat dan Asia. Menu yang ditawarkan di merangkumi pelbagai pilihan makanan dan minuman, termasuk pilihan kopi yang berkualiti tinggi serta pencuci mulut yang menggoda selera.
Kalau korang suka tempat dengan makanan sedap, harga berpatutan, dan suasana cozy, BluezChic Cafe Ipoh memang pilihan yang berbaloi untuk cuba!
9. Nifayyi Warung & Kafe
Alamat: 77, Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fair Park, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Nifayyi Warung & Kafe menawarkan gabungan hidangan tradisional dan moden dalam suasana yang santai dan mesra. Terletak di lokasi yang strategik di Ipoh, kafe ini menjadi pilihan ramai kerana menawarkan menu yang pelbagai dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Dengan harga yang berpatutan dan suasana yang santai, kafe ini adalah pilihan yang tepat untuk menikmati hidangan lazat sambil bersantai di Ipoh. Kafe ini beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 11:30 malam.
10. Aud’s by JJ Cafe
Alamat: 97, Jalan Sultan Yusuff, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Aud’s by JJ Cafe, yang sebelumnya dikenali sebagai JJ Cafe, terletak di tengah-tengah Ipoh Old Town. Kafe ini menawarkan konsep unik yang menggabungkan kafe dengan galeri seni.
Setiap bulan, Aud’s menampilkan karya-karya artis tempatan yang berbeza, menjadikannya bukan sahaja tempat untuk menikmati makanan dan minuman, tetapi juga untuk mengapresiasi seni.
Terdapat pelbagai jenis menu di kafe ini dengan hidangan fusion yang terinspirasi daripada pelbagai budaya. Jangan lupa untuk mencuba ice cube coffee yang sememangnya menjadi salah satu menu popular di kafe ini.
11. The one Cafe
Alamat: 10, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Seterusnya, kafe di Ipoh yang anda kena cuba ialah The One Cafe. Kafe ini beroperasi dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Suasana yang selesa dan moden, menjadikannya tempat yang ideal untuk bersantai, berkumpul dengan rakan-rakan.
Selain itu, The One Cafe juga menyediakan kemudahan seperti Wi-Fi percuma dan tempat letak kereta untuk keselesaan pelanggan.
Pilihan makanan tempatan yang menarik menjadikan kafe ini kegemaran warga lokal dan juga pengunjung daripada seluruh negara.
12. Little Ipoh Cafe
Alamat: 21, Jalan PP 1, Bandar Universiti, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia
Little Ipoh Cafe adalah salah satu kafe menarik di Ipoh yang menghidangkan pelbagai makanan tempatan dengan suasana klasik yang menyenangkan. Dengan dekorasi yang menonjolkan elemen warisan Ipoh, kafe ini memberi pengalaman makan yang santai dan nostalgik, sesuai untuk mereka yang ingin menikmati suasana kampung di tengah-tengah bandar.
Menu di Little Ipoh Cafe terkenal dengan hidangan tradisional seperti Nasi Lemak Ayam Berempah, Laksa Perak, dan Mee Rebus Special. Selain itu, mereka juga menawarkan pencuci mulut tempatan seperti Cendol Pulut dan Pisang Goreng Cheese yang menjadi kegemaran ramai.
Pastikan juga anda mencuba Kopi Ipoh mereka yang kaya dan aroma yang menyegarkan. Dengan harga yang berpatutan dan layanan mesra, Little Ipoh Cafe adalah pilihan yang baik jika anda ingin menikmati makanan autentik Ipoh dengan suasana yang santai dan memikat.
BACA JUGA: 15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review!
Penutup
Ipoh sememangnya syurga bagi pencinta kafe, dengan pelbagai pilihan makanan yang unik, santai, dan penuh citarasa. Setiap kafe menawarkan pengalaman berbeza, dari hidangan fusion moden hingga menu tradisional yang autentik.
Jadi, jika anda merancang untuk ke Ipoh, jangan lupa singgah ke kafe-kafe yang disenaraikan di atas. Selamat mencuba!