JOM SEMAK BERAPA KADAR ZAKAT FITRAH DI SELANGOR TAHUN INI ( 1446H / 2025)
Apakah Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Hukum & Syarat
Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Kadar Zakat Fitrah 2025 Di Selangor
Tahun ini, Majlis Agama Islam Negeri menetapkan kadar zakat fitrah di Selangor 2025 adalah sama seperti tahun lalu iaitu pada kadar RM7, RM15 dan RM22.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam kenyataan memaklumkan penetapan kadar zakat itu adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam Selangor pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.
Di negeri yang mempunyai lebih daripada 1 kadar, pembayar boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan atau kadar bayaran itu dipilih berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian mereka.
Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1446H/2025 bagi negeri Selangor mengikut kadar beras yang dimakan.
RM7.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras putih import & Beras putih tempatan
RM15.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras Merah
– Beras Pulut
– Beras Perang
– Beras Wangi
– atau setara
RM22.00 per seorang
Jika kebiasaaanya anda memakan jenis beras seperti di bawah:
– Beras Herba Ponni
– Beras Basmathi
– Beras Jepun
– atau setara (Beras berkualiti tinggi)
LZS memaklumkan, kadar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan diperkenalkan oleh agensi itu sejak tahun 2018 lagi.
Tempoh Bayaran
WAKTU-WAKTU UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”[1] (Riwayat Muslim: 984)
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
- Yang pertama adalah HARUS iaitu membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan.
- Waktu WAJIB pula ialah pada malam satu Syawal.
- Afdal / Sunat membayar pada pagi hari raya iaitu setelah terbitnya matahari sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
- Manakala selepas selesai solat sunat Aidilfitri hukumnya adalah MAKRUH.
- Melewatkan pembayaran sehingga luput 1 Syawal hukumnya adalah HARAM.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Selangor 2025
Tunai zakat secara Online di https://fpx.zakatselangor.com.my , atau di mana-mana saluran yang disediakan: https://zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/
Anda juga boleh scan QR di poster di atas untuk membayar zakat fitrah Selangor 2025.
Selamat menunaikan ibadah puasa 1446H/2025M!