JOM SEMAK BERAPA KADAR ZAKAT FITRAH DI PAHANG TAHUN INI ( 1445H / 2024 )
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Hanya individu yang ditauliahkan sahaja yang layak membuat pungutan zakat mengikut Undang-Undang Syariah negeri Pahang.
Tambahnya lagi, sesiapa yang didapati memungut zakat fitrah tanpa tauliah daripada MUIP boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 3,000.00 atau penjara tidak lebih daripada 2 Tahun atau kedua-duanya sekali mengikit Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.
Hukum & Syarat
Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Kadar Zakat Fitrah Pahang 2024
Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain dalam satu sesi sidang media pada hari ini telah mengumumkan kadar minimum zakat fitrah yang wajib dibayar oleh setiap rakyat Pahang ialah RM 7.00 dan digalakkan yang menggunakan beras wangi atau yang seumpama dan setara sebanyak RM14.00. Juga digalakkan bagi pengguna beras basmati atau seumpama dan setara sebanyak RM21.00.
Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1445H / 2024 bagi negeri Pahang mengikut kadar beras yang dimakan.
- RM7 seorang – Beras Super Special Tempatan 5% atau lain-lain yang setara dengannya.
- RM14 seorang – Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Ponni, Beras Wangi atau lain-lain yang setara dengannya.
- RM21 seorang – Beras Merah, Beras Jepun, Beras Basmathi atau lain-lain yang setara dengannya.
Tempoh Bayaran
WAKTU-WAKTU UNTUK MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”[1] (Riwayat Muslim: 984)
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
- Yang pertama adalah HARUS iaitu membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan.
- Waktu WAJIB pula ialah pada malam satu Syawal.
- Afdal / Sunat membayar pada pagi hari raya iaitu setelah terbitnya matahari sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
- Manakala selepas selesai solat sunat Aidilfitri hukumnya adalah MAKRUH.
- Melewatkan pembayaran sehingga luput 1 Syawal hukumnya adalah HARAM.
Cara Bayaran Online
Tunaikan zakat fitrah secara online di sini
https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/
Selamat menjalani ibadah puasa!