Adakah anda pernah mendengar mengenai Kad Wise Malaysia?
Kad ini menawarkan cara pembayaran yang cepat, selamat dengan kos yang rendah untuk lebih 50 jenis mata wang, ke lebih 70 negara.
Sejak dari tahun 2021 lagi, pelanggan-pelanggan di Malaysia juga boleh membuka akaun multi-currency Wise.
Selain itu, mereka juga boleh dapatkan kad debit Wise untuk perbelanjaan dan pengeluaran yang lebih mudah.
Pengenalan Kad Wise Malaysia
Kad Wise adalah kad debit Visa yang dipautkan (linked) kepada akaun multi-currency Wise.
Pelanggan boleh memesan kad fizikal Wise dan gunakan untuk membayar secara fizikal dan buat pengeluaran di ATM.
Kad debit ini juga boleh digunakan di serata dunia untuk pengeluaran dan pengeluaran dalam lebih 50 jenis mata wang, tanpa caj transaksi asing dan tiada caj penyelenggaraan semasa untuk akaun.
Tiada yuran tahunan akan dikenakan yang mana pelanggan hanya perlu membayar sekali sahaja caj yang rendah untuk memesan kad mereka dan tiada lagi caj semasa akan dikenakan selepas itu.
Kelebihan Kad Wise Malaysia
Terdapat beberapa kelebihan kad ini yang boleh dinikmati oleh pengguna antaranya:
i) Penggunaan di 175 buah negara dan 40 jenis mata wang
Kad ini boleh digunakan di lebih daripada 40 jenis mata wang dan pengguna boleh berbelanja di lebih 175 negara di seluruh dunia.
Malah, kad ini boleh dipakai di mana-mana sahaja jika terdapat simbol Visa, termasuk berjuta-juta pedagang dan ATM.
ii) Tambah nilai akaun dalam RM dan tukar ke mata wang lain berdasarkan mid-market exchange rate
Kad ini boleh digunakan untuk menambah nilai akaun ke dalam ringgit.
Kadar tukaran yang digunakan adalah kadar pasaran pertengahan (mid-market exchange rate) serta caj rendah daripada 0.43%.
iii) Pengeluaran sehingga RM 1000 dengan percuma setiap bulan
Pelanggan boleh menggunakan kad ini untuk membuat pengeluaran di mana-mana ATM yang menerima kad Visa.
Pengeluaran adalah tanpa caj sehingga RM 1,000 untuk setiap bulan dan untuk pengeluaran melebihi jumlah tersebut, caj yang rendah akan dikenakan.
Tiada caj untuk transaksi asing serta pendahuluan tunai akan dikenakan.
iv) Belanja di stor antarabangsa secara online
Kad ini menawarkan nilai yang lebih tinggi apabila pelanggan berbelanja dalam mata wang asing termasuk perbelanjaan online di stor antarabangsa.
Keselamatan Kad Wise Malaysia
Pengguna tidak perlu khuatir kerana kad ini menawarkan ciri-ciri keselamatan seperti:
- Akaun Wise memerlukan 2 faktor pengesahan.
- Pembekuan dan pengaktifan semula kad hanya melalui aplikasi Wise.
- Pengguna akan dapat notifikasi segera untuk membolehkan mereka mengawasi perbelanjaan.
- Pengguna berpeluang menjana kad digital sebagai langkah keselamatan tambahan apabila berbelanja secara online di stor online baru.
- Wise melaksanakan proses anti penipuan 24/7 secara manual dan juga automatik untuk mengenalpasti dan mencegah transaksi meragukan.
Cara Memohon
Untuk memohon kad ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi Wise atau layari laman web Wise.
- Klik ‘Open an account’ and masukkan alamat emel. Anda juga boleh daftar menggunakan Facebook, Google atau Apple ID.
- Ikut arahan dan masukkan maklumat untuk dihubungi seperti no telefon.
- Muat naik gambar dokumen pengenalan seperti pasport atau MyKad, atau pun visa atau permit jika anda bukan warganegara Malaysia.
- Sebaik sahaja akaun anda telah disahkan, anda boleh buat tambah nilai pertama untuk baki mata wang yang anda inginkan.
- Pilih tab ‘Card’ dan ikut arahan yang terpapar untuk buat pesanan kad Wise.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai kad ini, sila layari laman web https://wise.com/.