Kad Pekerja Madani merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai hadiah atau manfaat buat para pekerja, khususnya buat mereka yang merupakan ahli kesatuan sekerja.
Kad ini merupakan satu perkara baru yang baru sahaja diperkenalkan iaitu pada 1 Mei yang lepas. Jadi buat anda yang masih tidak tahu berkenaan kad ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa Itu Kad Pekerja Madani?
Kad Pekerja Madani adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang diperkenalkan khusus untuk ahli kesatuan sekerja dengan tujuan memberikan akses kepada pelbagai diskaun dan kemudahan di lebih 100 syarikat di seluruh negara.
Kad ini dihasilkan bertujuan untuk menghargai sumbangan para pekerja serta membantu meringankan beban kos sara hidup mereka dengan menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan keperluan dan perkhidmatan.
Objektif Utama
Berikut merupakan objektif utama penghasilan kad ini:
- Meringankan beban kos sara hidup pekerja melalui pemberian diskaun eksklusif ke atas barangan dan perkhidmatan harian, sekaligus membantu pekerja berjimat dalam perbelanjaan harian mereka.
- Menggalakkan lebih ramai pekerja menyertai kesatuan sekerja dengan menawarkan faedah dan insentif khas kepada ahli, sekali gus memperkukuh peranan kesatuan dalam memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja.
- Mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja kepada pembangunan negara melalui pemberian manfaat ekonomi langsung seperti diskaun dan akses kepada pelbagai kemudahan.
- Memperkukuh jaringan keselamatan sosial pekerja dengan menyediakan akses sistematik kepada pelbagai bentuk sokongan dan perkhidmatan kebajikan.
- Mengukuhkan kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta dalam usaha memperkasakan kebajikan pekerja secara menyeluruh dan mampan
Baca juga: SPS Madani 2025 : Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Kelebihan & Manfaatnya
Bagi anda yang masih keliru sama ada mahu mendaftar atau tidak, berikut merupakan kelebihan dan manfaat yang bakal anda terima jika anda memiliki Kad Pekerja Madani ini:
- Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama popular seperti :
- AEON
- Mydin
- Jakel
- Giant
- Lotus’s
- Marrybrown
- Zus Coffee
- Old Town White Coffee
- Genting
- SOCAR
- Bateriku
- Tawaran khas untuk servis kereta, barangan asas, perkhidmatan harian, serta akses kepada promosi acara dan perkhidmatan peribadi
- Peluang menyertai program latihan bersubsidi dan program kemahiran
- Sokongan kebajikan dan keselamatan sosial seperti bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan
Cara Mendaftar
Bagi anda yang berminat untuk memohon Kad Pekerja Madani ini, anda boleh memohon dengan mengikuti langkah-langkah di bawah, namun sebelum memohon pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut bagi memastikan permohonan anda lebih mudah untuk lulus:
- Warganegara Malaysia
- Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut
- Tiada yuran pendaftaran; program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
Permohonan Kad Pekerja pula boleh dibuat secara dalam talian dengan cara berikut:
- Layari portal rasmi Kad Pekerja Madani
- Tekan butang “Daftar Sekarang” di bahagian atas skrin anda.
- Isi maklumat peribadi, maklumat kesatuan dan maklumat majikan yang diminta.
- Hantar permohonan untuk disemak dan disahkan oleh kesatuan sekerja
- Setelah diluluskan, kad digital akan diterima dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas kod QR atau menunjukkan kad digital
Rakan Strategik Kad Pekerja Madani 2025
Kad Pekerja Madani bekerjasama dengan lebih 100 syarikat di pelbagai sektor. Rangkaian rakan strategik ini memastikan pemegang Kad Pekerja Madani dapat menikmati pelbagai manfaat dan diskaun yang meluas di seluruh negara.
Berikut merupakan senarai rakan strategik bagi program ini:
Sumber: Fadhil Mohammed