Kad minyak Shell Malaysia atau Shell Fuel Card adalah salah satu kad minyak yang paling banyak digunakan dan diterima di negara ini.
Sekiranya anda mencari liputan stesen minyak yang meluas, harga yang kompetitif serta bahan bakar berkualiti tinggi seperti Shell V-Power, ini adalah kad yang tepat untuk perniagaan anda.
Kad minyak ini adalah untuk kegunaan korporat atau syarikat sahaja, maka permohonan hanya dibukan untuk syarikat sahaja.
Dengan kad minyak Shell ini, pemilik bisnes akan lebih mudah menguruskan urusan pembelian minyak untuk kenderaan milik syarikat mereka yang dipandu oleh staf mereka.
Manfaat dan Kelebihan
Berikut merupakan beberapa manfaat menggunakan kad minyak Shell:
- Akses – Akses kepada lebih daripada 950+ stesen minyak di seluruh Malaysia, ini bermakna pemandu-pemandu anda tidak akan berjauhan dari tempat pengisian minyak
- Kawalan – Kawal penbelanjaan minyak kenderaan syarikat anda dengan pilihan transaksi terhad untuk mengurangkan kemungkinan penipuan dan untuk meningkatkan aliran tunai
- Keselamatan – Kad bahan api ialah salah satu cara paling selamat untuk membeli bahan api anda, dengan perlindungan PIN pada semua kad dan pasukan penipuan yang berdedikasi memantau urus niaga, anda tidak akan menjadi lebih selamat. Jika kad anda hilang atau dicuri, anda boleh menghentikan penggunaan kad tersebut dengan segera melalui portal dalam talian Velocity.
- Laporan – Kawal penggunaan bahan api di seluruh kumpulan anda dan maksimumkan kecekapan kenderaan dan pemandu melalui alat pengurusan akaun Velocity yang unik dan berkuasa, yang disertakan sebagai standard dengan Kad Minyak Shell. Alat dalam talian ini akan membantu anda melihat ketidakcekapan dalam armada anda dan mengambil tindakan untuk meminimumkan kesannya.
- Pemetaan – Cari stesen terdekat anda dengan peta e-laluan. Boleh diakses dalam talian, ia memberitahu anda dengan tepat di mana stesen terdekat pada rangkaian anda berada dan laluan terpantas untuk ke sana.
- Pengurusan Bil – Manfaatkan invois dua kali sebulan yang terperinci dan dibahagi mengikut kad, mengurangkan beban perakaunan syarikat anda
Jenis-jenis kad minyak
Terdapat 2 jenis kad minyak Shell yang boleh dipohon:
- Kad minyak untuk kenderaan perdagangan
- Kad minyak Pascabayar untuk Diesel Bersubsidi Kerajaan – Individu atau syarikat yang mempunyai satu atau lebih kenderaan diesel boleh memohon; asalkan mereka menerima surat Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (MTDCC)
Jangan terkeliru, kad Bonuslink yang anda biasa gunakan di Shell adalah untuk mengumpul mata ganjaran bagi penubusan hadiah mankala Kad Minyak Shell ini adalah untuk urusan pembelian minyak petrol atau diesel di stesyen minyak Shell.
Artikel berkaitan: Bonuslink : Cara Daftar, Aktifkan Kad, Semakan Points & Tebus Ganjaran
Cara memohon kad minyak Shell
Permohonan untuk mendapatkan kad minyak Shell ini hanya boleh dilakukan secara online sahaja.
Anda perlu mengisi permohonan secara dalam talian di halaman https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html
Setelah permohonan anda diterima, pihak Shell akan menghubungi anda melalui telefon atau melalui e-mel.
Perunding jualan yang berpengalaman akan memeriksa perincian yang diberikan dan faktor-faktor lain yang berkaitan dengan perniagaan anda dan keperluan pengurusan kenderaan.
Maklumat kewangan tertentu mungkin akan diperlukan pada peringkat ini dan akan disalurkan kepada jabatan kredit dalaman untuk pemeriksaan kredit anda.
Proses ini biasanya dalam masa 48 jam atau lebih cepat bergantung pada maklumat yang ada.
Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja permohonan anda diluluskan dan kad cetakan anda biasanya akan siap antara 10 hingga 14 hari bekerja.