Untuk pengetahuan anda semua, TH mempunyai kad debit mereka sendiri yang dikenali sebagai Kad Debit-i Visa Tabung Haji. Kad ini boleh dimiliki oleh semua pemilik akaun di bawah Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad.
Kad ini diperkenalkan bagi memudahkan pemilik akaun melakukan pendepositan wang mereka sama ada di Malaysia atau sewaktu melakukan ibadah Haji di Mekah dan Madinah nanti. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui tentang kad debit Tabung Haji ini, pastikan anda baca artikel ini sehingga ke penghujung.
Apa Itu Kad Debit-i Visa Tabung Haji (TH)?
Bagi pendeposit yang memiliki akaun Tabung Haji dan akaun Bank Islam, anda sudah boleh melakukan aktiviti pengeluaran dan penyimpanan wang dengan mudah tidak kira sama ada anda di Malaysia ataupun ketika anda melakukan Haji dan Umrah.
Hal ini demikian kerana, Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia (BIMB) telah menyediakan perkhidmatan kad debit. Buat anda yang tidak tahu apa itu kad debit, ia merupakan sejenis kad plastik yang membolehkan anda untuk mendebit, membayar atau menggunakan wang terus dari akaun anda tanpa perlu mengeluarkan wang kertas.
Tujuan utama kad ini dicipta adalah untuk memudahkan Jemaah Haji dan pendeposit Tabung Haji membuat pengeluaran wang di Tanah Suci secara percuma semasa musim Haji, di samping menawarkan kemudahan transaksi harian di Malaysia dan seluruh dunia
Faedah & Manfaat Kad Debit Tabung Haji
Kad Debit-i Visa Tabung Haji (TH) menawarkan pelbagai faedah dan manfaat utama kepada Jemaah Haji dan pendeposit mereka, antaranya ialah:
- Proses transaksi percuma sewaktu melakukan ibadah haji.
- Kemudahan transaksi pengeluaran dan pindahan wang melalui ATM di Malaysia dan luar negara.
- Kemudahan pembayaran tanpa sentuh yang memudahkan transaksi harian.
- Penerimaan meluas di lebih 30 juta lokasi perniagaan dan ATM Visa di seluruh dunia.
- Transaksi patuh syariah tanpa riba sesuai untuk umat Islam.
- Ganjaran dan manfaat tambahan bagi pengguna yang menggunakan kad ini untuk transaksi harian.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Berikut merupakan perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan oleh pemilik Kad Debit-i TH ini:
- Perkhidmatan Kad Debit-i TH di Malaysia
- Perkhidmatan Kad Debit-i TH di Tanah Suci
- Pengeluaran wang di Tanah Suci semasa musim Haji secara percuma:
Pengeluaran wang di Tanah Suci semasa musim Haji akan didebit dari akaun BIMB Jemaah Haji/Pendeposit. Oleh itu, Jemaah Haji/Pendeposit perlu membuat pindahan dengan amaun yang mencukupi dari akaun TH ke akaun BIMB sebelum mereka membuat pengeluaran wang di Tanah Suci.
- Pengeluaran wang di Tanah Suci semasa musim Haji secara percuma:
Cara Permohonan Kad Debit-i TH
Bagi anda yang berminat untuk memiliki Kad Debit-i TH ini anda boleh mengikuti langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan kad ini:
- Permohonan di Cawangan Bank Islam Malaysia
- Buka akaun BIMB dan lakukan permohonan kad debit Tabung Haji di cawangan Bank Islam terdekat.
- Pautkan akaun TH ke kad debit yang diterima dan aktifkan transaksi luar negara & transaksi tanpa kad.
- Muat turun dan daftar perbankan melalui aplikasi BIMB
- Sebelum menggunakannya di luar negara, pastikan wang di dalam akaun anda mencukupi untuk melakukan sebarang transaksi sewaktu melakukan haji nanti.
- Permohonan Secara Atas Talian
- Imbas kod QR dalam gambar dibawah dan lengkapkan segala maklumat yang diminta.
- Terima ‘One-time Password’ anda dan lengkapkan pembukaan akaun secara atas talian.
- Masukkan deposit permulaan melalui pemindahan atas talian.
- Kunjungi cawangan BIMB berdekatan untuk memohon Kad Debit-i Visa TH.
- Pautkan akaun TH ke kad debit yang diterima dan aktifkan transaksi luar negara & transaksi tanpa kad.
- Muat turun dan daftar perbankan melalui aplikasi BIMB
- Sebelum menggunakannya di luar negara, pastikan wang di dalam akaun anda mencukupi untuk melakukan sebarang transaksi sewaktu melakukan haji nanti.
Lokasi ATM Sewaktu Pelaksanaan Haji
Bagi anda yang memiliki kad debit ini dan bakal melakukan ibadah haji, berikut merupakan lokasi ATM di mana anda boleh melakukan transaksi sewaktu ibadah haji nanti:
Baca juga: