Jualan Secara Terbuka Rokok & Vape Diharamkan Mulai 1 April 2025

jualan secara terbuka rokok & vape diharamkan mulai 1 April 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jualan Secara Terbuka Rokok & Vape Diharamkan Mulai 1 April 2025 di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Selangor.

Peraturan ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Akta 852 (Smoking Products Control Act for Public Health 2024) yang bertujuan mengetatkan kawalan ke atas penjualan serta penggunaan produk berasaskan tembakau bagi memastikan kesihatan awam lebih terjaga.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda maklumat lanjut berkenaan dengan pengharaman penjualan rokok dan vape secara terbuka di negara kita.

Baca juga: 13 Kesan & Bahaya Merokok Pada Tubuh Badan – KKM

Peraturan Baharu yang Dikuatkuasakan

Di bawah Akta 852, produk tembakau dan vape perlu disimpan di dalam kabinet tertutup dan tidak dibenarkan berada di kaunter atau rak yang boleh dilihat oleh pelanggan.

Sebagai ganti, peniaga hanya boleh meletakkan papan tanda khas untuk memaklumkan bahawa produk tersebut masih dijual. Selain itu, bagi kedai yang khusus menjual rokok atau vape, mereka diwajibkan untuk memaparkan amaran kesihatan dengan jelas.

jualan secara terbuka rokok & vape diharamkan mulai 1 April 2025

Baca juga: Akta 852: Perincian Akta Kawalan Produk Merokok 2024

Tujuan Utama Peraturan Ini

Langkah ini bertujuan mengurangkan pendedahan terhadap produk merokok, terutamanya dalam kalangan remaja dan bukan perokok.

Dengan memastikan produk rokok dan vape tidak kelihatan secara langsung, kerajaan berharap dapat mengurangkan keinginan untuk mencuba atau membeli, sekaligus membantu membendung tabiat merokok dalam jangka panjang.

Denda & Penguatkuasaan

Pihak berkuasa akan memantau pematuhan peraturan ini secara berterusan.

Mana-mana individu yang melanggar arahan boleh dikenakan denda antara RM500 hingga RM30,000, manakala syarikat pula berdepan penalti sehingga RM300,000 atau berisiko menghadapi tindakan undang-undang termasuk hukuman penjara.

Selain itu, penguatkuasaan juga akan menumpukan kepada penjualan produk rokok yang disamarkan sebagai mainan, dijual melalui mesin layan diri, atau dipasarkan menerusi platform dalam talian.

Tatacara Pameran Produk Merokok di Kedai

Walaupun jualan secara terbuka rokok & vape diharamkan mulai 1 April 2025, namun berikut adalah tatacara pameran produk merokok di kedai yang perlu anda tahu.

jualan secara terbuka rokok & vape diharamkan mulai 1 April 2025
Kredit: X@drafiqawe
Kredit: X@drafiqawe

Pandangan Peniaga & Pengguna

Menurut seorang pemilik kedai runcit, Tan Chiew Beng, 41, beliau menyokong langkah ini walaupun mengakui jualan produk tembakau mungkin menurun.

“Saya hanya akan menjual jika ada pelanggan yang mencarinya,” katanya.

Peniaga-peniaga lain telah diberikan tempoh peralihan sejak Oktober 2024 untuk menyesuaikan diri dengan peraturan ini.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan supaya memastikan pelaksanaan Akta 852 tidak mengalami kelewatan.

Aktivis anti-merokok CAP, NV Subbarow, menegaskan bahawa peraturan ini dapat melindungi bukan perokok dan menghalang promosi produk tembakau secara terbuka, sambil tetap membenarkan perokok mendapatkan bekalan mereka tanpa sekatan.

Baca juga: 28 Kawasan Larangan Merokok 2025 – Berkuat Kuasa 1 Januari 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut