Selaras dengan perkembangan teknologi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem JPJeBid untuk orang ramai membida nombor pendaftaran kenderaan dengan mudah dan cepat.
Ringkasnya, kalau kita nak dapatkan nombor plat kereta yang terkini dan ‘cantik’, contohnya SYG 8055, RAF 1, PPP 999, WCU 2020 dan sebagainya, anda boleh melakukannya secara online melalui laman web tersebut.
Menarik kan?
Jom ketahui lebih lanjut tentang Portal JPJeBid dan cara membuat bidaan melalui sistem ini.
Apakah JPJeBid?
Sistem yang diperkenalkan pada April 2019 ini amat berbeza dengan sistem bidaan konvensional nombor plat dahulu.
Mungkin ramai tak tahu, sebelum dibuat secara online, bidaan nombor plat kenderaan dilakukan secara manual dan mengambil masa yang lama dengan proses yang agak leceh.
Misalnya, jika hendak membida RM10,000 untuk sesuatu nombor itu, kena buat cek RM5,000 dan masuk dalam tong dan tunggu tempoh bidaan tamat.
Kemudian, katakanlah pada 1 haribulan seterusnya (satu bulan proses tender manual) senarai pemenang dikeluarkan dengan keputusan bidaan diletakkan di papan kenyataan dengan semua pembida boleh melihatnya.
JPJ kemudian ambil masa kira-kira sebulan lagi untuk pulangkan cek bagi mereka yang gagal bidaan dengan yang menang dapat nombor itu.
Tetapi dengan sistem JPJeBid ini, harga bidaan dipapar di skrin dan nombor itu boleh dibida berkali-kali sehingga berpuas hati.
Bidaan dibuat tanpa tunai tetapi menggunakan kad kredit atau debit.
Jika menang, barulah nilai bidaan itu akan ditolak 100%.
Syarat Mendaftar
Syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid adalah:
- Individu/Perniagaan/Syarikat/Bukan Warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.
Cara Daftar JPJeBid
- Pendaftaran boleh dibuat secara online di portal https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/
- Untuk mendapatkan ID bagi membolehkan seseorang mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid, anda perlulah mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:
- Individu: Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa
- Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau
- Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)
- Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.
- Syarikat Sdn. Bhd:
- Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.
- Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.
* Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada Sistem mySIKAP sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid.
Baca juga: Cara Daftar SSM Online Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)
Harga Bidaan, Deposit & Caj Perkhidmatan
Tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.
Setiap nombor kenderaan memerlukan satu bayaran minima mengikut jadual di bawah :
Kategori | Harga Minima (RM) | Kenaikan Bidaan Minima (RM) |
Nombor Bernilai Utama | 20,000.00 | 1,000.00 |
Nombor Menarik | 3,000.00 | 150.00 |
Nombor Popular | 800.00 | 40.00 |
Nombor Biasa | 300.00 | 15.00 |
Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.
Peningkatan minima bidaan adalah 5% dari amaun harga minima mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.
Formula :
5% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima
Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan
Contoh :
Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%) | |||||
Jumlah Bidaan | |||||
Kategori | Harga Minima (RM) | Kenaikan Bidaan Minima (RM) | Kenaikan Pertama | Kenaikan Kedua | Kenaikan Ketiga |
Nombor Bernilai Utama | 20,000.00 | 1,000.00 | 21,000.00 | 22,000.00 | 23,000.00 |
Nombor Menarik | 3,000.00 | 150.00 | 3,150.00 | 3,300.00 | 3,450.00 |
Nombor Popular | 800.00 | 40.00 | 840.00 | 880.00 | 920.00 |
Nombor Biasa | 300.00 | 15.00 | 315.00 | 330.00 | 345.00 |
Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah Pre- Authorization
NOTA: RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.
Kategori Nombor Pendaftaran
Terdapat tiga kategori nombor pendaftaran yang dibuka untuk bidaan dalam sistem JPJeBid.
1. Kategori Nombor-Nombor Bernilai Utama ( Golden Numbers )
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
2. Kategori Nombor-Nombor Menarik ( Attractive Numbers )
11 12 13 14 15 16 17 18 19
22 28 33 38 44 55 66 77 88 99
111 222 333 444 555 666 777 888 999
1111 2222 3333 5555 6666 7777 8888 9999
3. Kategori Nombor-Nombor Popular ( Popular Numbers )
20 21 23 24 25 26 27 29 30 31 32
34 35 36 37 39 40 41 42 43 45 46
47 48 49 50 51 52 53 54 56 57 58
59 60 61 62 63 64 65 67 68 69 70
71 72 73 74 75 76 78 79 80 81 82
83 84 85 86 87 89 90 91 92 93 94
95 96 97 98 100 101 121 131 141 151 161
171 181 191 200 202 212 232 242 252 262 272
282 292 300 303 313 323 343 353 363 373 383
393 400 404 414 424 434 454 464 474 484 494
500 505 515 525 535 545 565 575 585 595 600
606 616 626 636 646 656 676 686 696 700 707
717 727 737 747 757 767 787 797 800 808 818
828 838 848 858 868 878 898 900 909 919 929
939 949 959 969 979 989 1000 1001 1010 1100 1122
1133 1144 1155 1166 1177 1188 1199 1212 1221 1313 1331
1414 1441 1515 1551 1616 1661 1717 1771 1818 1881 1919
1991 2000 2002 2020 2112 2121 2200 2211 2233 2244 2255
2266 2277 2288 2299 2323 2332 2424 2442 2525 2552 2626
2662 2727 2772 2828 2882 2929 2992 3000 3003 3030 3113
3131 3223 3232 3300 3311 3322 3344 3355 3366 3377 3388
3399 3434 3443 3535 3553 3636 3663 3737 3773 3838 3883
3939 3993 4000 4004 4040 4114 4141 4224 4242 4343 4400
4411 4422 4433 4444 4455 4466 4477 4488 4499 4545 4554
4646 4664 4747 4774 4848 4884 4949 4994 5000 5005 5050
5115 5151 5225 5252 5335 5353 5445 5454 5500 5511 5522
5533 5544 5566 5577 5588 5599 5656 5665 5757 5775 5858
5885 5959 5995 6000 6006 6060 6116 6161 6226 6262 6336
6363 6446 6464 6556 6565 6600 6611 6622 6633 6644 6655
6677 6688 6699 6767 6776 6868 6886 6969 6996 7000 7007
7070 7117 7171 7227 7272 7337 7373 7447 7474 7557 7575 7667 7676 7700 7711 7722 7733 7744 7755 7766 7788 7799 7878 7887 7979 7997 8000 8008 8080 8118 8181 8228 8282 8338 8383 8448 8484 8558 8585 8668 8686 8778 8787 8800 8811 8822 8833 8844 8855 8866 8877 8899 8989 8998 9000 9009 9090 9119 9191 9229 9292 9339 9393 9449 9494 9559 9595 9669 9696 9779 9797 9889 9898 9900 9911 9922 9933 9944 9955 9966 9977 9988
Tempoh Bidaan
Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.
Pentadbir sistem akan menghantar e-mel makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan samada berjaya atau gagal.
Keputusan bidaan juga boleh dilihat di portal JPJeBid melalui carian nombor kenderaan yang dibida sahaja.
Kaedah Pembayaran
Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer)) sahaja.
Jika bidaan berjaya – amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.
Jika bidaan tidak berjaya – pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.
Proses Pendaftaran Nombor Kenderaan
Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran.
Pemenang boleh hadir sendiri ke JPJ ataupun mana- mana wakil pemenang dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:
- Cetakan E-mel Surat Keputusan Berjaya Bidaan
- Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat
Nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan.
Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.
Baca juga: Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berhubung bidaan nombor pendaftaran kenderaan, klik di sini untuk Panduan Pengguna
ATAU
Sila hubungi:
Ibu Pejabat
Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Umum : 03 8000 8000
Faks : 03 8881 0194