Johor Umum Cuti 27 Nov 2022 (Ahad) Sempena Piala Malaysia

Johor umum Ahad ini (27 Nov) cuti peristiwa sempena JDT mara perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 Sabtu ini — MB Johor

Kerajaan Negeri Johor telah menetapkan hari Ahad, 27 Nov 2022 sebagai hari cuti peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu, 26 November 2022.

Perkara ini dimaklumkan oleh kenyataan akhbar Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, pemberian cuti peristiwa tersebut adalah untuk memudahkan para penyokong menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya memberi keselesaan kepada mereka untuk merancang dan mengatur perjalanan mereka agar tidak tergesa-gesa serta berada dalam keadaan selamat.

Untuk makluman, perlawanan akhir Piala Malaysia akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 26 November 2022.

Pengisytiharan cuti ini adalah selaras dengan Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Seperti yang kita sedia maklum, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa 28 November 2022 (Isnin) diisytiharkan sebagai Hari Cuti Umum bagi seluruh Malaysia.

Ini bermaksud, rakyat Johor akan bercuti panjang pada hujung minggu nanti dengan 2 hari cuti tambahan, tidak termasuk 2 hari cuti hujung minggu.

Sumber: BERNAMA TV

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!