Jodoh Darul Iman: Aplikasi Cari Jodoh Patuh Syariah

jodoh darul iman
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Terdapat banyak cara untuk mencari jodoh dan yang terbaru, Jodoh Darul Iman telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan Terengganu.

Secara mudah difahaminya, Jodoh Darul Iman merupakan sebuah aplikasi yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada golongan yang belum berkahwin untuk mendapatkan jodoh dengan mudah dan bersesuaian secara maya.

Aplikasi percuma ini direka untuk memudahkan rakyat Terengganu mencari pasangan hidup dan membantu rakyat Terengganu membina hubungan yang lebih erat dan mengukuhkan institusi kekeluargaan di negeri ini,

Semua maklumat individu yang dimuatkan dalam aplikasi ini adalah sulit dan akan diuruskan oleh pegawai yang bertanggungjawab.

Selain itu, semua pertemuan antara bakal calon pasangan aka diuruskan oleh pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang bertanggungjawab menguruskan aplikasi mencar jodoh patuh syariah ini.

Tujuan

Aplikasi Jodoh Darul Iman dibangunkan dan diperkenalkan untuk tujuan berikut:

  • Memberi peluang kepada golongan yang belum berkahwin untuk mendapatkan jodoh dengan mudah.
  • Menolong golongan yang berkeinginan untuk berkahwin bagi mendapatkan pilihan calon yang memenuhi kriteria kedua belah
  • Mencipta suasana yang selesa diantara generasi muda yang ingin memulakan penghidupan

Syarat Penyertaan

Berikut merupakan syarat yang ditetapkan bagi individu yang berminat untuk menggunakan aplikasi Jodoh Darul Iman ini bagi tujuan mencari jodoh:

  • Ibu Tunggal atau Bapa Tunggal dalam kalangan rakyat negeri Terengganu sahaja boleh menyertai aplikasi ini dan berminat mencari jodoh.
  • Rakyat Negeri  Terengganu lelaki mahupun perempuan yang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Rakyat Negeri Terengganu yang belum berkahwin atau ibu / bapa tunggal yang berhasrat mencari jodoh
  • Bagi yang belum berkahwin, perkahwinan adalah untuk kali pertama sahaja dan bukan untuk tujuan berpoligami

Cara alir proses mencari jodoh dengan Jodoh Darul Iman

Berikut merupakan carrta alir proses mencari jodoh melalui aplikasi Jodoh Darul Iman ini:

  1. Pedaftaran – Pengguna mendaftar seebagai ahli
  2. Verifikasi – Pengguna mendaftar sebagai ahli
  3. Maklumat – Maklumat ahli disimpan untuk rujukan
  4. Semakan – Semakan status melalui penerimaan emel
  5. Pendaftaran berjaya
  6. Akses & Ujian Personliti
  7. Cari Pasangan – Proses mencari pasangan mengikut kriteria dan pilihan pengguna
  8. Pertemuan – Pertemuan di pejabat Agama Daerah / bersama pihak ketiga bagi proses seterusnya

Muat turun aplikasi

Aplikakasi Jodoh Darul Iman masih dalam pembinaan dan ketika artikel ini ditulis, ianya sudah 95% siap.

Untuk maklumat terkini, layari laman web rasmi https://jodohdaruliman.com/

Artikel berkaitan: Bendera Terengganu: Makna & Sejarah di Sebalik Bendera

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai aplikasi Jodoh Darul Iman, anda boleh menghubungi pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di talian berikut:

Talian Am: 09-624 9355 / 57 / 58
Faks : 09-624 1078
E-mel : [email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut