Jenis Ikatan dan Simpulan Serta Fungsinya

jenis ikatan simpulan popular
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sekiranya anda menyertai pasukan beruniform pengakap di sekolah rendah, anda pastinya telah didedahkan dengan pelbagai jenis ikatan tali dan fungsi setiap satunya.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda gemar melakukan aktiviti luar (outdoor) seperti perkhemahan dan hiking, anda juga turut akan didedahkan dan diajarkan dengan kepelbagaian jenis simpulan ini yang mempuyai fungsi dan kelebihan tersendiri.

Jika dihimpun, terdapat terlalu banyak jenis simpulan yang wujud, namun cukup sekadar anda mengingati beberapa sahaja daripadanya yang paling kerap digunakan ketika melakukan apa-apa aktiviti.

Perbezaan simpulan dan ikatan

Simpulan

Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.

Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana.

Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengkat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Ikatan

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya.

Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

Artikel berkaitan: Pengakap Sekolah: Sejarah, Uniform, Logo, Lagu, Lencana

Jenis-jenis ikatan dan simpulan

Berikut merupakan beberapa contoh dan jenis ikatan dan simpulan popular yang sering digunakan.

1. Simpulan bunga ceti

Simpulan bunga ceti

Fungsi:

  • Menyambung hujung tali yang tidak sama saiznya, misalnya tali perahu dan tali kapal
  • Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali

2. Simpulan buku sila

Simpulan buku sila

Fungsi:

  • Menyambungkan dua tali yang sama besar. 
  • Mengikat bungkusan
  • Mengikat atau mematikan anduh.

3. Ikatan Simpul manuk

jenis ikatan pengakap

Fungsi:

  • Mengikat tali pada batang kayu atau mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh
  • Mengikat khemah pada tiang kayu
  • Memulakan ikatan pada kayu.

4. Simpulan Tindih kasih

jenis ikatan pengakap sedunia

Fungsi:

  • Menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan orang
  • Mengikat atau menari kayu

5. Ikatan lilit 2 simpul

Ikatan lilit 2 simpul

Fungsi: Mengikat tali pada pancang khemah

6. Ikatan Lilit pemati biasa

Lilit pemati biasa

Fungsi: Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang

7. Simpul himpit

Simpul himpit

Fungsi:

  • Untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing
  • Untuk menyambung dua tali yang licin

8. Simpul pulih

jenis ikatan pengakap

Fungsi:

  • Untuk memendekkan tali tanpa memotongnya
  • Untuk menguatkan tali pada tempat yang reput dan hendak putus
  • Untuk menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujungnya diikat

9. Bunga geti berganda

Bunga geti berganda

Fungsi:

  • Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar
  • Untuk menyambung dua tali yang licin
  • Dua lilitan adalah lebih selamat

10. Ikatan lilit balak

jenis ikatan pengakap

Fungsi:

  • Untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah
  • Untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong

11. Lilit Taut Line

jenis ikatan pengakap sedunia

Fungsi: Untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia dapat dikendurkan atau ditegangkan

12. Ikatan seraya

jenis ikatan pengakap

Fungsi: Untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang berbentuk “+”

12. Ikatan serong

jenis ikatan pengakap

Fungsi: Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang berbentuk “X”.

13. Simpulan tindih kasih ganda

Fungsi:

  • Menyelamat orang dan dua tanjul itu boleh diubah untuk sesuaian orang sakit, sama seperti kegunaan tindih kasih biasa
  • Lebih kukuh berbanding tindih kasih biasa kerana terdapatnya dua utas tali
  • Digunakan juga semasa kerja-kerja menyelamat

14. Ikatan belit lucut

jenis ikatan

Fungsi:

  • Digunakan untuk mengikat bot atau binatang
  • Digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali

15. Ikatan lilit pasdul

jenis ikatan pengakap sedunia

Fungsi:

  • Untuk membuat tangga
  • Untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah

16. Ikatan simpul kerusi

jenis ikatan pengakap malaysia

Fungsi: Diguna semasa kecemasan atau untuk menuruni/menaiki tebing.

17. Simpulan pemati selit

Fungsi: Mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.

18. Simpulan kepala lalat

Fungsi: Untuk mengelakkan hujung tali tiga strip daripada terburai.

19. Simpulan sambat balik

Fungsi: Untuk mengelakkan hujung tai besar daripada terburai. Dimulakan dengan simpulan kepala lalat dan kemudian dianyam dan menyelit terus ke bawah.

20. Ikatan silang gunting

Fungsi:

  • Untuk menyambung dua batang kayu atau buluh dalam aktiviti membuat gajet dan pioneering
  • Dimulakan dengan ikatan manuk pada sebatang kayu kemudian belitkan tali dengan kemas

21. Ikatan lilit tindih kejap

Fungsi: Penambat tali kecil untuk menarik tali besar misalnya menarik tali kapal atau bot ke pengkalan

22. Ikatan simpul ngah

Fungsi: Membuat tanjul gelung yang kebiasaannya digunakan untuk aktivti mendaki

23. Simpulan tindih kasih air

Fungsi: Mengelakkan simpulan mengetat ataupun mudah terlucut apabila ditarik dari dalam air

24. Ikatan pengail

Fungsi: Kebiasaan digunakan untuk aktiviti lasak mendak atau abseiling / rapeiling

25. Simpulan sambat mata

Fungsi: Membuat tanjul berbentuk gelung yang kekal pada hujung tali

26. Ikatan lilit kacang / ular

Fungsi: Mengikat susunan batang kayu atau buluh untuk dijadikan lantai dan membuat meja gajet khemah

27. Ikatan silang tungku

jenis ikatan khemah

Fungsi: Mengikat tiga atau empat batang kayu atau buluh untuk dijadikan tungku kaki tiga sebagai gajet asas khemah

28. Simpulan tapak kucing

jenis ikatan simpulan tapak kucing

Fungsi: Kebiasaan digunakan untuk membuat gelung pada tali supaya boleh dimasukkan takal

29. Ikatan simpul tiga

Fungsi: Digunakan untuk menghubungkan dua tali

30. Simpulan simpul serban

jenis ikatan pengakap sedunia

Fungsi: Simpulan tradisi untuk membuat wogal skaf Pengakap sedunia.

Kredit: Facebook Sahabat Pengakap

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut