Jay Iswazir – Biodata Pelakon Antagonis Terkenal Malaysia

Jay Iswazir
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sebut sahaja dengan watak antagonis, siapa yang tidak mengenali dengan lakonan dari pelakon hebat, Jay Iswazir.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Jay Iswazir.

Baca juga:

Latar Belakang

Jay Iswazir
NamaAhmad Iswazir bin Ismail
Nama PanggilanJay, Jay Iswazir
Tarikh Lahir17 Julai 1982 
Tempat LahirIpoh, Perak
PendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon
Akaun Media SosialInstagram @realjayiswazir
TikTok @ahmadiswazir

Kehidupan Peribadi

Pada usia 40 tahun, Jay menamatkan zaman bujangnya dengan berkahwin dengan pelakon Azzahra Ahmad pada 20 Mac 2022 yang lalu.

Jay Iswazir
Kredit: IG @realjayiswazir
Kredit: IG @realjayiswazir

Namun pada 2 November 2024, Azzahra Ahmad, bekas isteri kepada pelakon Jay Iswazir, mengumumkan bahawa mereka telah bercerai. Pengumuman tersebut dibuat melalui akaun Instagram Azzahra, di mana beliau menyatakan bahawa perpisahan itu berlaku pada 28 Oktober 2024.

“Bismillahirohmanirrohim… Dengan ini saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Ahmad Iswazir Ismail sudah terlerai.

Kami sudahpun berpisah. Bagi mengelak salah faham atau fitnah, saya terpaksa membuat hantaran ini untuk memberitahu kepada umum dan atas sebab- sebab tertentu juga.”

Azzahra menjelaskan bahawa tujuan pengumuman tersebut adalah untuk mengelakkan salah faham atau fitnah. Beliau tidak mendedahkan punca sebenar perceraian mereka, dengan menyatakan,

“Sebab apa kami berpisah rasanya tidak perlu saya umumkan. Cukuplah mereka yang tahu sahaja yang mengetahui.”

Dalam kenyataan yang sama, Azzahra berharap agar bekas suaminya menunaikan tanggungjawabnya sepanjang tempoh edah dan tidak mengambil mudah perkara tersebut. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas segala pengalaman sepanjang perkahwinan mereka dan memohon maaf atas segala kekurangan dirinya.

“Semoga dalam tempoh masih edah ini saya harap awak mampu tunaikan tanggungjawab dan tolong jangan ambil mudah. Terima kasih atas segala-galanya sepanjang kita bersama sebagai suami isteri.

Maaf atas kekurangan dan halalkan makan minum saya. Mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua meneruskan hidup selepas ini.”

Kredit: IG @azzahraahm4d

Kerjaya & Profesional

Jay Iswazir bermula sebagai peserta program realiti “Pilih Kasih,” beliau berjaya membuktikan kebolehannya sebagai pelakon versatil, terutama dalam membawa watak-watak antagonis yang meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Filem:

TahunTajukWatak
2017Kanang anak Langkau: The Iban WarriorRenjer Mohammad bin Tisman
2017Rempit Sampai LangitZingo
2018Orang ItuSamseng
2018Polis EVO 2Zairi
2019Rise to Power: KLGUJalil
2020Jodoh SyaitanAwang
2020Prebet SapuLelaki Pasar Makanan
2021ZombitopiaKamarul
2022Dato’ Ai La BeauSyakiran
2022Kan CheongAman
2022Abang Long Fadil 3Prof. Amirul
2022SeratusDoktor
2022Talbis IblisZaini
2022Daddyku GangsterPablo
2023Eva ‘Take Me As I Am’Tertuduh
2023TebusMat Noor
2023Amin
2023The Lord Musang KingInspektor Shahar
2023Bangkitkan Aku KembaliMusa
2024Tan-Ti-AnaRazman
2024The ExpertsGlasses
2025Dajal: Satu Malam Dipedajal
@dream.at.work

Behind The Scene, Jay Iswazir @realjayiswazir Jangan lupa follow kami di Instagram @dream.at.work ! Klik link di bio 👆🏻 Pegang pada JANJI kita, 29 Februari 2024 ini di pawagam berdekatan anda… AKAN DATANG..JANGAN LUPA JANJI ANDA!! Dibarisi Pelakon: @therealatikahsuhaime @realjayiswazir @joey_daud @zalifsidek @babyshimaofficial @kamaroolkhy_ @kazar35 @bocil_bancin @abam_bocik @monryanti @noralbaniah @maskhan_ @amai_kamarudin @taukejambu2 @noraminmosyimosyi_official Penerbit Eksekutif: Dato’ Adly Effendi Hasan Datuk M. Razlan Ismail @razlandreamarts Tuan Irfan Hasan @irfanimkser Dr. Nora Hendon Faiezah @drnorahendon Tuan Syareel Izam Ali @syareelizamali Penerbit Datuk M. Razlan Ismail @razlandreamarts Diterbitkan Oleh: @dream.at.work @nhfproductions #tantiana #tantianafilm #filemtantiana #tantianamovie #tantianapecahpanggung #jomtengoktantiana #tantianamasukset #pengalamanseramtantiana #seramtantiana #akandatang #tantianamenghantui

♬ original sound – DREAM AT WORK – DREAM AT WORK

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2013KarlosAdibTV3
2013Playboy Itu Suami AkuNazriTV3
2014Kifarah 2KarimTV3
2014Kifarah 2AminTV3
2014PLAN BJimTV3
2015Kifarah MistikTV3
2015WadiHussinTV3
2015Akulah BalqisTV3
2016Kahwin MudaTV9
2017Cerita Ramadan HazimTV2
2017Dendam AuroraHussinAstro Prima
2018Cinta Tiada GantiJurulatihAstro Prima
2018KL Gangster: UnderworldJalilIflix
2019Detak Cinta StetoskopAzmanTV Okey
2019Cinta Non GrataFendiTV3
2019Bukan Cinta AkuAdiTV3
2019Rumah Siti KhadijahLokmanTV3
2019Keluarga Baha Don (Musim 1)DonvIU
2021ScammerFawazAstro Ria
2023Obsesi DiaDoktor ZahrinTV3
2023Tanah Kubur (Musim 16)AminAstro Oasis
2024Si Jantung HatiSofiAstro Ria
2024Baby PapaRashidTonton
2024Polis PerondaRudyTV3
2024Lara KasihBorhanTV3
2024Skuad XRashdan / DakTV3

Teater:

  • Zulaikha (2016)
  • Lela Manja (2016)
  • Bangsawan Dendam Laksamana (2018)

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2014ChuramTV2
2016Kari SanjanaSaifulTV3
2016Kalau Aku KayaCha
2017Demi MiraJoeTV2
2017Sekolah ApiAstro Citra
2017NisaaTV2
2017CupidAlanAstro Citra
2017Kekasih ElektrikBaristaAstro Citra
2018MalekOmarAstro Citra
2018Aku NazmiNazmiTV3
2018Rezeki Tanpa AlamatMalikTV3
2019Insan TerpilihLemanTV3
2019Janji 10 ZulhijjahHermanTV2
2020GhairahHafizAstro Citra
2020Tiada LagiIskandarTV3
2020Arus MerahFalakAstro First Eksklusif
2020Mohon HantuanAstro Citra
2021JetiAzadTV3
2021Pang Pokok KetapangZakiAwesome TV
2022AppaIsaTV Okey
2022Permintaan Terakhir Abah
Awesome TV
2022IstikharahkuJayTV3
2022Pendekar LupaPaksu JamilTV Okey
2022SanggahSamujiTV1
2023Yek Icin MahakCikgu NazimTV1
2023Azan TerakhirDasukiTV Okey
2023CantingTV1
2023Bapak Tengoklah NantiTV2
2024Isteri Seorang LelakiKamarulTV1
2024Kasihnya AngahTV3

Televisyen:

  • Pilih Kasih, Musim 2 (2010)

Iklan:

  • KFC: Dendam Adam (2018)

Bekas Isteri Dedah Perangai Sebenar Jay Iswazir?

Baru-baru ini, bekas isteri Jay, Azzahra Ahmad, tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai pengalaman pahit yang dialaminya sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Menerusi hantaran di media sosial, Azzahra mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak tiga bulan pertama perkahwinan mereka.

“Cukuplah jahanamkan hidup aku dan perempuan-perempuan lain sebelum aku. Ye orang cakap aku tak cukup sabar kahwin dengan kau baru 2 tahun lebih dah nak berpisah tapi rasanya sanggup ke korang wahai wanita andai baru kahwin 3 bulan pun dah makan maki hamun kena belasah dengan laki korang?”

Menurut Azzahra, dia pernah diminta oleh Jay untuk menggugurkan kandungan mereka, satu tindakan yang dianggapnya sebagai pengkhianatan terbesar dalam hidupnya sebagai seorang wanita. Lebih menyedihkan, dia mendakwa dipukul sehingga menyebabkan trauma emosi yang mendalam.

“Ada ke suami tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Jantan tak guna macam kau yang sanggup perlakukan isteri kau macam tu.”

Azzahra juga berkongsi bahawa tekanan yang dihadapinya akibat keganasan fizikal dan emosi itu mendorongnya untuk mempertimbangkan tindakan melampau, termasuk mahu menamatkan riwayat hidupnya sendiri.

“Hidup aku hancur sebab kau aku depress aku hampir nak gila hampir nak bunuh diri selama aku jadi isteri kau Ahmad Iswazir. Cukuplah kau sakitkan aku dan cukup jangan tambah lagi perempuan lain yang kau nak jahanmkan hidup.”

Pendedahan ini menimbulkan reaksi pelbagai daripada netizen, dengan ramai yang menyuarakan sokongan dan simpati kepada Azzahra. Namun, setakat ini, Jay Iswazir belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk memberi respon terhadap tuduhan tersebut.

@ohbulanofficial

Semoga Fathima Azzahra stay strong, min doakan yang terbaik untuk awak 🤲✨✨ #ohbulan #fyp #news #fathimaazzahra #jayiswazir #dedah #punca #cerai #pukul

♬ Criminals – F.O.O.L

Pencapaian Jay Iswazir

Sepanjang bergelar anak seni, Jay Iswazir pernah menerima beberapa anugerah dan penghargaan seperti berikut:

Anugerah:

TahunAnugerahKategori
2010Pilih KasihPelakon Terbaik TM
2018Anugerah Skrin 2018Pelakon Lelaki Terbaik Drama

Fakta Menarik Mengenai Jay Iswazir

  • Jay sering membawakan watak antagonis dalam drama dan filem, dan beliau percaya bahawa kejahatan adalah hasil daripada perbuatan dan pilihan dalam hidup seseorang.
  • Beliau adalah pemenang Pelakon Terbaik TM dalam program realiti TV, Pilih Kasih (Musim 2).

Tahniah Jay Iswazir! Semoga dengan bakat dan semangat yang ada, anda terus memberi sumbangan kepada industri hiburan Malaysia.

Sumber:

  1. Instagram @realjayiswazir
  2. TikTok @ahmadiswazir
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut