Advertisements

Jadual Terkini UPKK Bagi Calon Tahun 2021 Dan 2020

Advertisements

JADUAL UPKK TERKINI 2021 (DITANGGUHKAN KEPADA 15-18 NOVEMBER)

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober depan bagi calon 2020 dan 2021 secara serentak, ditangguhkan ke 15 hingga 18 November.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh semalam.

Beliau berkata ia bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin selain pusat peperiksaan melakukan persiapan secukupnya.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga optimis dengan usaha kerajaan ketika ini untuk menuju sasaran imuniti kelompok dan dengan itu membuat ketetapan hanya petugas peperiksaan yang mendapat dua dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan.

Selain itu, turut dmaklumkan bahawa pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK juga dibuat mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan yang memutuskan sesi persekolahan untuk calon peperiksaan bermula pada 3 Oktober ini secara berperingkat mengikut perkembangan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jadual UPKK yang terkini akan dikemaskini dan dimaklumkan dalam masa terdekat.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: BSP 3.0 : Semakan & Senarai Bantuan Sabah Prihatin 2021 RM300

Jadual Terkini UPKK Bagi Calon 2020 Dan 2021

Berikut dikongsikan jadual UPKK 2021 yang dikongsikan oleh JAKIM menerusi kenyataan media terkini.

Amali – Telah bermula awal 2021

  • Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam

September 2021

  • Ujian Lisan Tadarus & Tilawah
  • Hafazan
  • Tafsir

4-7 Oktober 2021

  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah
  • Jawi dan Khat
  • Adab
  • Lughatul Quran
jadual upkk 2021

Berikut adalah kenyataan rasmi oleh JAKIM:

jadual upkk 2021
jadual upkk 2021
jadual upkk 2021

Baca juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM (MPM)

Beliau menambah, UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.

*Sumber: KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PELAKSANAAN JADUAL UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) BAGI CALON 2020 DAN 2021 YANG DILAKSANAKAN SECARA SERENTAK TAHUN 2021

Leave a Comment