Bagi pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025, berikut dikongsikan jadual peperiksaan bertulis STPM 2025 yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia MPM.
Jadual peperiksaan ini memudahkan pelajar STPM untuk melakukan perancangan dan membuat persiapan bagi menhadapi peperiksaan ini.
Mengenai STPM
STPM adalah salah satu daripada sistem pra-universiti yang utama untuk kemasukan universiti awam di Malaysia yang mula dilaksanakan pada tahun 1982.
STPM diterima oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel, Amerika Syarikat dan Ireland serta lain – lain negara bukan Komanwel.
Oleh kerana itulah STPM diiktiraf setaraf dengan A-level.
Sistem pengajiannya adalah 3 semester atau setahun setengah.
Sebanyak 23 mata pelajaran ditawarkan kepada para pelajar dengan pilihan minimum 4 mata pelajaran dan maksimum 5 mata pelajaran.
Tarikh / Jadual STPM 2025
Berikut adalah tarikh bagi peperiksaan STPM yang akan berlangsung pada tahun 2025:
- Semester 1 – 7, 8, 9, 13, 15 Januari 2025
- Semester 2 – 14, 15, 16, 17, 21 Julai 2025
- Semester 3 – 9, 10, 15, 16, 17, 18 Disember 2025
.
Jadual Peperiksaan STPM 2025 Semester 1 (7 Jan – 15 Jan 2025)
Berikut adalah jadual peperiksaan ini bagi Semester 1 2025:
Peringatan Kepada Calon STPM 2025
Pihak MPM telah memberikan beberapa peringatan kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan ini iaitu:
- Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada Semester 1. Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu boleh mendaftar pada semester 1 atau semester 2.
- Calon STPM 2024 boleh memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2024 dengan mendaftar STPM 2025 (Kaedah 1 atau Kaedah 2) sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis STPM 2025 secara sekaligus bagi Ulangan 1, Semester 3, dan Ulangan 2.
- Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2024 boleh memilih sama ada hendak melaksanakan atau tidak melaksanakan Kerja Kursus (KK) / kertas alternatif bertulis mengikut pilihan yang berikut:
- Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan KK / kertas alternatif bertulis maka markah KK / kertas alternatif bertulis yang diperoleh oleh calondalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK / kertas alternatif bertulis tahun memperbaiki keputusan. Kemudahan inihanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM untuk kali kedua atau lebih.
- Jika calon memilih untuk melaksanakan KK / kertas alternatif bertulis yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK / kertas alternatif bertulis yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah KK / kertasalternatif bertulis STPM tersebut.
- Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas, calon dikehendaki mengambil kertas alternatif bertulis bagi menggantikan KK.Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas alternatif bertulis bagi menggantikan KK, maka calon dikehendaki melaksanakan KK.
- Permohonan semak semula keputusan dibuka selama 5 hari bermula dari tarikh keputusan peperiksaan Semester 1, Semester 2, dan Semester 3 diumumkan.
Cara Semakan Keputusan STPM
Terdapat 2 kaedah semakan keputusan peperiksaan ini iaitu:
- i) Portal MPM
- Semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan menerusi portal MPM di pautan https://stpm.mpm.edu.my/.
- Pergi ke Laman Utama Portal MPM > Calon Peperiksaan > STPM > Semakan Keputusan STPM
- ii) SMS
- Taip STPM<jarak>RESULTS2<jarak>No. KP dan hantar kepada 15888.
- Keputusan peperiksaan kemudian akan dihantar melalui SMS.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui telefon di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665 atau e-mel ke [email protected] .
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk layari laman web http://www.mpm.edu.my/.
Baca juga: