Jadual Imunisasi Kebangsaan : Penerangan & Jadual Terkini 

jadual imunisasi kebangsaan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Berikut Kami Kongsikan Jadual Imunisasi Kebangsaan Buat Rujukan Ibu Bapa dan Penjaga.

Imunisasi merupakan perlindungan yang boleh diberikan kepada setiap individu terutama bagi golongan bayi dan kanak-kanak yang sistem pertahanan badannya, masih belum cukup kuat lagi untuk melawan virus-virus berbahaya. 

Oleh itu, sebagai ibu bapa atau penjaga, amat penting untuk anda ketahui senarai dan jadual imunisasi yang perlu diikuti oleh anak-anak anda. 

Apa itu Imunisasi?

Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada seseorang individu selalunya bermula seawal usia kelahiran mereka, bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. 

Di Malaysia, satu program imunisasi telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit seperti yang berikut:

  • Tuberculosis (TB) 
  • Difteria 
  • Pertussis  (Batuk Kokol)  
  • Tetanus (Kancing Gigi) 
  • Polio 
  • Measles (Campak)
  • Hepatitis B
  • Rubella  
  • Penyakit Hib 
  • Beguk (Mumps) 

Melalui program ini, satu jadual yang dipanggil sebagai Jadual Imunisasi Kebangsaan telah diperkenalkan. Jadual ini membantu dalam memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia, telah menerima kesemua vaksin yang diperlukan oleh mereka, dari awal kelahiran sehingga usia 15 tahun.

Di bawah program ini juga, kesemua vaksin yang dinyatakan dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan adalah percuma buat semua warga Malaysia. Jadi, sebagai ibu bapa bertanggungjawab anda sangat digalakkan untuk memastikan anak-anak anda telah lengkap menerima vaksin yang dinyatakan.

Jadual Imunisasi Kebangsaan

jadual imunisasi kebangsaan

Berikut merupakan penerangan berkenaan imunisasi yang terdapat dalam jadual di atas:

  • BCG adalah Basile Calmette-Guerin, Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
  • DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
  • DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
  • Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.
  • MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.
  • MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
  • JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
  • HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

Bagi ibu bapa yang ingin menambah atau memperkuatkan lagi imunisasi badan anak-anak, anda boleh memastikan anak-anak anda mengambil imunisasi tambahan di bawah pada usia yang dinyatakan seperti dalam jadual di bawah:

Jadual Imunisasi Bagi Kanak-Kanak Lewat Terima

Bagi ibu bapa yang terlambat ke klinik untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi anak-anak anda, jangan risau anda boleh mengikuti jadual di bawah untuk memastikan suntikan yang sepatutnya diterima pada lawatan pertama anak anda ke klinik .

Cadangan jadual ini adalah berdasarkan umur bila kanak-kanak tersebut datang ke klinik:

LAWATAN IMUNISASIUMUR KANAK-KANAK
< 2 Bulan2 – 6 bulan6 – 12 bulan> 1 tahun & < 6 tahun (prasekolah)
Lawatan PertamaBCGHepatitis B (dos 1)BCGHepatitis B (dos 1)DTaP-IPV//Hib  (dos 1)BCGHepatitis B (dos 1)DTaP-IPV//Hib  (dos 1)BCGHepatitis B (dos 1)DTaP-IPV//Hib  (dos 1)MMR
Lawatan Kedua (1 bulan kemudian)Hepatitis B (dos 2)DTaP-IPV//Hib  (dos 1)Hepatitis B (dos 2)DTaP-IPV//Hib  (dos 2)Hepatitis B (dos 2)DTaP-IPV//Hib  (dos 2)Hepatitis B (dos 2)DTaP-IPV//Hib  (dos 2)
Lawatan Ketiga (1 bulan kemudian)DTaP-IPV//Hib  (dos 2)DTaP-IPV//Hib  (dos 3)DTaP-IPV//Hib  (dos 3)Hepatitis B (dos 3)DTaP-IPV//Hib  (dos 3)
Lawatan keempat (2 bulan kemudian)Hepatitis B (dos 3)DTaP-IPV//Hib  (dos 3)Hepatitis B (dos 3) Hepatitis B (dos 3) Hepatitis B (dos 3) 
Apabila berumur 12 bulanMMRMMRMMR 
Apabila berumur 18 bulanDTaP-IPV//Hib  (booster)DTaP-IPV//Hib  (booster)  
6 – 12 bulan selepas DTaP-IPV//Hib dos 3  DTaP-IPV//Hib  (booster)DTaP-IPV//Hib  (booster)Sila beri vaksin DT sahaja sekiranya kanak-kanak berumur 7 tahun atau lebih.
Bagi dos seterusnya sila rujuk kepada Jadual Imunisasi bayi dan Kanak-kanak (Jadual 1)

Sumber: Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

Kepentingan Imunisasi 

Berikut merupakan kepentingan imunisasi kepada anak-anak kita:

  • Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian. 
  • Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal. 
  • Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga. 
  • Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit. 
  • Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria. 
  • Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-efektif.  

Baca juga: Penyakit HFMD Kembali! Ini 10 Tanda & Cara Cepat Rawat HFMD

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut