Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlulah tahu jadual STR bagi memudahkan anda melakukan perancangan perbelanjaan anda menggunakan wang bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun anda.
Kementerian Kewangan Malaysia telah membuat makluman bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 7 November 2024.
Selain itu, bantuan tambahan SARA juga akan disalurkan kepada penerima STR yang BUKAN dari kategori miskin atau miskin tegar mulai 9 Disember 2024.
Pemberian bantuan kewangan ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.
TERKINI – STR Fasa 4
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada 7 November 2024.
Berikut dikongsikan SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN PEMBAYARAN AKHIR UNTUK PENERIMA STR 2024 SEHINGGA RM1,000 DISALURKAN MULAI 7 NOVEMBER 2024
Kaedah Bayaran STR
Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.
Tarikh Bayaran STR Fasa 4
TERKINI : Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 tahun 2024 akan dibayar secara berperingkat mulai 7 November (Khamis) secara berperingkat, iaitu :
- MEMPUNYAI AKAUN BANK
- 7-14 November 2024
- TIADA AKAUN BANK
- Mulai 7 November 2024
Berikut dikongsikan juga jadual Program Penunaian STR dan SARA bagi penerima tiada akaun bank di kawasan pedalaman Sarawak.
Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Berikut dikongsikan jumlah baki bayaran STR tahun 2024 mengikut setiap kategori:
Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
1 > 2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
3 > 4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
5 atau lebih | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|---|
0 | 500 | 100 | 100 | 150 | 150 |
1 > 2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
3 > 4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
5 atau lebih | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
Warga Emas Tiada Pasangan
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
Bujang 21 ke 59 Tahun
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
---|---|---|---|---|
350 | 100 | 100 | 50 | 100 |
Cara Semakan STR Fasa 4
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik lok masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Semakan STR Fasa 3 boleh dilakukan atas talian di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Tarikh Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : 29 Ogos 2024
- Fasa 4 : 7 November 2024
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
SOALAN LAZIM : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024%20FASA%204.pdf
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.