TERKINI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan pelaksanaan Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) diperluaskan ke semua kementerian dan jabatan mulai awal bulan depan, lebih awal daripada jadual asal pada April. Keputusan ini dibuat bagi memastikan rakyat segera menikmati manfaat pembaharuan kerajaan.
Beliau menekankan kepentingan mempercepatkan transformasi digital supaya Malaysia tidak ketinggalan berbanding negara lain seperti Estonia, Arab Saudi, dan UAE. Sistem iPayment, yang dibangunkan sejak 2022, merupakan inisiatif di bawah MyDIGITAL dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025. Sehingga kini, lapan kementerian termasuk KPT, KKM, dan Kementerian Kewangan telah menggunakannya.
Majlis peluncuran iPayment turut dihadiri oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Baca juga: Hari Cuci Malaysia 2025 – KPKT
Apa itu iPayment?
iPayment adalah juga dikenali sebagai Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan merupakan sistem terimaan elektronik bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk digunakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan.
Siapa Yang Perlu Guna iPayment
Penggunaan iPayment disasarkan kepada agensi yang memenuhi kriteria berikut:
- Tidak mempunyai sistem terimaan sendiri.
- Tiada keperluan membangunkan sistem kerana kutipan terimaan yang rendah.
- Belum melaksanakan e-pembayaran.
- Tiada modul bayaran oleh pelanggan dalam sistem operasi atau sistem bil sedia ada.
Kaedah Pembayaran
Pelanggan boleh membuat bayaran bagi perkhidmatan Kerajaan yang telah berdaftar dengan
iPayment melalui Portal Pelanggan iPayment menggunakan mod pembayaran seperti berikut:
- Perbankan Internet (DuitNow Online Banking/Wallets)
- Kad Debit, Kredit dan Prabayar (Visa, Mastercard)
- DuitNow QR
- E-dompet
Baca juga: ePangkat: Kenaikan Pangkat Time-Based KPM Fasa (Fasa 1/2025)
Cara Membuat Pendaftaran
Cara Membuat Pembayaran di iPayment
- Layari laman web https://ipayment.anm.gov.my/.
- Log masuk dengan menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Pilih bil dan klik bayar.
- Pilih kaedah/mod bayaran.
- Klik “YA” dan scan kod QR yang diberi untuk meneruskan pembayaran. Anda akan menerima notifikasi “BAYARAN ANDA TELAH BERJAYA”.
- Klik “JANA RESIT” untuk memuat turun resit bayaran.
Agensi & Perkhidmatan Yang Berdaftar Dalam iPayment
Senarai ini dikemas kini setakat 30 April 2024:
Bil | Agensi | Perkhidmatan |
---|---|---|
1. | Institut Perakaunan Negara | 1. Bayaran Pendaftaran Kursus |
2. | Jabatan Perkhidmatan Awam | 1. Bayaran Balik Pinjaman 2. Ganti Rugi Biasiswa / Pinjaman |
3. | Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti • Politeknik Port Dickson • Politeknik METrO Kuala Lumpur • Politeknik Tawau • Kolej Komuniti Sungai Siput • Kolej Komuniti Sarikei • Kolej Komuniti Ampang • Kolej Komuniti Bukit Beruang • Kolej Komuniti Rompin | 1. Yuran Pengajian dan Asrama Politeknik 2. Yuran Pengajian Kolej Komuniti 3. Yuran Pembelajaran Sepanjang Hayat |
4. | Institut Kesihatan Negara | 1. Jualan Buku 2. Jualan Haiwan 3. Sewa Bangunan Pejabat 4. Ujian Makmal |
5. | Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah | 1. Deposit Pesakit Dalam 2. Deposit Orthopedik 3. Bayaran Bil Hospital (Warganegara & Bukan Warganegara) 4. Sewa Premis/Kantin |
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada butiran di bawah:
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana
Presint 2, 62594 Putrajaya
- Laman web : https://www.anm.gov.my/utama
- E-mel : [email protected]
- Nombor Telefon : 03-88821000