International Health Regulation (IHR) & Kesannya Pada Malaysia

Baru-baru ini, segelintir pihak telah menyuarakan kembimbangan tengan pindaan International Health Regulation (IHR) yang bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihata Dunia (WHO) mengambilalih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan IHR 2005 ditentang kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Apa itu IHR?

International Health Regulation (IHR)

Walaupun wabak penyakit dan risiko kesihatan awam akut yang lain selalunya tidak dapat diramalkan dan memerlukan pelbagai tindak balas, Peraturan Kesihatan Antarabangsa atau International Health Regulation (IHR) menyediakan rangka kerja perundangan menyeluruh yang mentakrifkan hak dan kewajipan negara dalam mengendalikan prosedur kesihatan awam dan kecemasan yang telah potensi untuk merentasi sempadan.

IHR ialah instrumen undang-undang antarabangsa yang mengikat secara sah di 196 negara, termasuk 194 Negara Anggota WHO.

IHR berkembang daripada tindak balas terhadap wabak maut yang pernah melanda Eropah.

Mereka mewujudkan hak dan kewajipan untuk negara, termasuk keperluan untuk melaporkan peristiwa kesihatan awam.

Peraturan itu juga menggariskan kriteria untuk menentukan sama ada sesuatu peristiwa itu merupakan “kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa” atau tidak.

> Dapatkan Vitamin C pada harga promosi (lebih murah daripada beli di farmasi)

Kontroversi IHR dan Kesan Pada Malaysia

Pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR) dan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dibimbangi menjejaskan kedaulatan sesebuah negara.

Pada 26 September lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan membantah WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kerana dikhuatiri mengancam kedaulatan negara.

Mengikut dakwaan mereka, jika usaha itu gagal, WHO boleh mengambil alih pemerintahan sekali gus mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan kerajaan dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pendirian Malaysia dalam rundingan WHO CA+ dan pindaan International Health Regulation (IHR) 2005 jelas menjaga kepentingan kesihatan awam selaras dengan undang-undang dan kedaulatan negara.

Isu IHR ini telah menjadi kontroversi kerajaan dikatakan pindaan yang dilakukan berpotensi memperhambakan mana-mana kerajaan termasuk dasar kesihatan yang sedia ada akan berada di luar kawalan.

Pakar ekonomi bebas Dr Ramalan Yunus berkata, rakyat boleh melihat bagaimana pertubuhan-pertubuhan seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan PBB gagal menyelesaikan masalah ekonomi dan konflik dunia.

Artikel berkaiitan: MyMinda: Ujian Saringan Kesihatan Mental MySejahtera KKM

Respon kerajaan

Kerajaan komited dengan pendirian bahawa kedaulatan dan autonomi negara tidak boleh dicabuli mana-mana pihak. 

Di peringkat kebangsaan, KKM sedang menjalankan proses libat urus dengan 12 agensi dan kementerian bagi meneliti WHO CA+ dan pindaan IHR 2005. 

Selain itu, di peringkat antarabangsa, Malaysia berada dalam kumpulan yang memperjuang hak kesamarataan bersama 28 negara anggota lain.

Kumpulan ini menegaskan pendirian memperjuangkan instrumen baharu yang adil, seimbang dan teguh. 

Berikut merupakan respon kerajaan berkaitan kontroversi International Health Regulation (IHR) ini:

  1. Pertama, kedaulatan dan autonomi negara tidak boleh dicabuli mana-mana pihak dan sebarang penggubalan undang-undang antarabangsa mestilah tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, perlu memelihara kedaulatan negara, kuasa Raja-Raja Melayu dan kuasa Yang di-Pertuan Agong serta tidak melanggar hak asasi rakyat.
  2. Kedua, Malaysia mempertahankan prinsip keadilan dan solidariti dalam pentadbiran kesihatan global. Malaysia berpandangan adalah penting untuk negara maju membantu negara membangun dengan sumber yang mereka ada.
  3. Ketiga, penyertaan Malaysia dalam rundingan ini dipacu matlamat untuk membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih kuat dan lestari.
Bantu kami share artikel ini: