Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

insentif postpaid penjawat awam
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sebagai penghargaan kepada rakyat, selain usaha merapatkan jurang digital, dua pakej telekomunikasi lebih murah diperkenal iaitu Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam.

Kedua-dua pakej ini merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua (2) syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan pakej tersebut yang diperkenalkan sempena Bulan Kebangsaan merupakan pakej perkhidmatan internet yang lebih murah berbanding yang tersedia dalam pasaran.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang insentif baharu ini.

Pengenalan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Sebagai menghargai penjawat awam, Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam telah diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui kenyataan media pada 7 Ogos 2023.

Melalui insentif ini, semua penjawat awam layak untuk mendapatkan pemberian rebat RM10 sebulan.

Ini bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun.

Menurut kenyataan tersebut, insentif ini adalah terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada.

Tarikh Permohonan Insentif

Pakej ini akan berkuatkuasa mulai 16 September 2023.

Cara Permohonan / Pendaftaran Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam

Sebarang makluman terkini berkenaan cara permohonan atau pendaftaran akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi (KKD) dan Digital serta telco yang terlibat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej yang ditawarkan ini, sila rujuk kenyataan media lengkap oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dalam lampiran di bawah.

ATAU

Ikuti media sosial KKD untuk maklumat terkini tentang tawaran ini :

Baca juga:

Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.

Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut