i-GPS 2025: Insentif Graduan Pulang Sarawak

i-gps 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di IPT boleh memohon subsidi penerbangan untuk pulang ke Sarawak menerusi Insentif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS).

Untuk makluman, insentif ini telah diteruskan untuk tahun 2025 bagi penerbangan mana-mana tarikh pada tahun ini.

Insentif ini membantu anak Sarawak dalam mengurangkan beban mereka dalam membeli tiket penerbangan untuk pulang ke Sarawak.

Mengenai Insentif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS)

i-GPS merupakan insentif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bermula tahun 2019 dengan memberi subsidi tiket penerbangan balik Sarawak semasa musim perayaan.

Pada ketika itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendengar keluhan daripada mahasiswa Sarawak apabila tiket penerbangan agak mahal untuk pulang ke Sarawak terutamanya pada musim perayaan.

Melalui insentif ini, Kerajaan Sarawak menerusi Yayasan Sarawak memberi subsidi RM300 kepada pelajar Sarawak yang belajar sepenuh masa di IPT yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk pulang ke Sarawak.

inisiatif ini juga dikendalikan bersama-sama Yayasan Sarawak dan Sarawak Volunteers.

Jumlah Subsidi

Jumlah subsidi tiket penerbangan yang diberikan kepada mereka yang layak adalah RM300.

Syarat Permohonan

Permohonan perlu memenuhi syarat-syarat berikut iaitu:

  1. Seorang pemohon hanya layak menerima subsidi i-GPS sebanyak dua kali sahaja untuk tahun 2025.
  2. Pemohon adalah anak Sarawak yang berusia 18 tahun dan ke atas pada tarikh penerbangan dilakukan.
  3. Pemohon masih aktif dan belajar secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Malaysia yang berdaftar di bawah mana-mana Kementerian yang berkenaan pada tarikh penerbangan dilakukan.
  4. Tarikh penerbangan pemohon adalah pada mana-mana tarikh dalam tahun 2025.
  5. Perjalanan penerbangan pemohon adalah dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Labuan balik ke Sarawak sahaja.
  6. Permohonan dan kemaskini permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui sistem yang disediakan di pautan laman web yayasansarawak.org.my atau dengan menggunakan mobile app Yayasan Sarawak Student App di Apple App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).
  7. Pemohon hendaklah menghantar permohonan yang betul dan Iengkap dalam tempoh 60 hari selepas tarikh penerbangan dilakukan.
  8. Permohonan i-GPS tidak terpakai untuk sebarang penerbangan berikut:
    – Penerbangan yang ditaja oleh Kerajaan atau Agensi Berkaitan Kerajaan atau mana-mana organisasi lain; atau
    – Penerbangan yang ditunda atau dibatalkan oleh syarikat penerbangan.
  9. Permohonan yang lewat, tidak Iengkap, diragui atau palsu tidak akan dilayan dan akan ditolak tanpa notis.
  10. Setiap permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat permohonan i-GPS yang telah ditetapkan.
  11. Sarawak Volunteers berhak mengubah terma dan syarat permohonan i-GPS tanpa sebarang notis.
  12. Sebarang keputusan oleh Sarawak Volunteers terhadap mana-mana permohonan i-GPS adalah muktamad.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti panduan permohonan:

1- Layari laman web https://yayasansarawak.org.my/ dan klik ‘Enter Site’ atau masuk dan memohon melalui aplikasi Yayasan Sarawak Student app.

2- Pergi ke bahagian ‘Menu,’ kemudian klik ‘Perkhidmatan Atas Talian’ dan klik ‘Permohonan Atas Talian.’

3- Masukkan no kad pengenalan dan klik ‘Next.’

4- Sekiranya belum mempunyai akaun, sila daftar akaun dengan memasukkan semua maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan.

5- Klik ‘Register’ selepas memasukkan semua maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan.

6- Tunggu emel dihantar dan satu emel akan diterima menyatakan akaun telah berjaya didaftarkan.

7- Masukkan password yang didaftarkan dan klik ‘Login.’

8- Lengkapkan profil selepas ‘Login.’

9- Masukkan semua maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan dan pilih ‘Study Option’ yang sebenar.

10- Muat naik dokumen yang diperlukan dan klik ‘Save.’

11- Klik untuk mengakses ruangan permohonan i-GPS.

12- Pergi ke kotak yang bertanda IGPS di bawah bahagian ‘Community Assistance’ dan klik ‘+New’ di dalam kotak tersebut.

13- Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen yang diperlukan kemudian klik ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai i-GPS, sila layari laman web https://yayasansarawak.org.my.

Baca juga: SKAS – Semakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut