Sosok anggun, lemah lembut, dan isteri yang taat kepada suami sangat sinonim dengan empunya nama Ina Naim.
Siapa sangka wanita yang tampak ayu luarannya ini, sebenarnya mempunyai hati yang cukup kental dan kesungguhan yang tidak kenal erti lelah membesarkan empat orang cahaya mata bersendirian.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Ina Naim
Baca juga:
- Biodata Vivy Yusof – Usahawan & Ikon Fesyen Malaysia
- Biodata Eda Ezrin – Penyanyi Lagu Viral “Bey Sobar Bey”
- Biodata Fazura – Pelakon Wanita Popular & Usahawan Tudung Berjaya
Latar Belakang
Nama | Nordiana Mohd Naim |
Nama Panggilan | Ina Naim, Diana Naim |
Tarikh Lahir | 19 Mac 1984 |
Tempat Lahir | Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor |
Pekerjaan | Berniaga |
Akaun Media Sosial | Instagram @inanaimofficial TikTok @inamieofficial |
Kehidupan Peribadi
Ina Naim pertama kali mendirikan rumah tangga dengan penyanyi nasyid terkenal, Suhaimi Saad pada 12 Ogos 2007. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Salman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014).
Namun, Ina bergelar balu pada November 2023 apabila Suhaimi meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru.
Pada 8 November 2024, Ina kembali bergelar isteri apabila disunting oleh Mohd. Khairul Rizal.
Kerjaya & Profesional Ina Naim
Ina Naim adalah sosok wanita, isteri dan ibu yang cekal mengharungi liku-liku kehidupannya bersama keluarga tersayang. Beliau pernah terlibat dalam pelbagai perniagaan seperti jual laksa, mi kari, barangan kosmestik, pakaian, dan bermacam-macam lagi.
Kini, Ina sedang mengusahakan sebuah kedai dobi di kampung halamannya di Kota Tinggi, Johor.
Ina Naim Nikah Lagi?
Hari ini, 8 November 2024, Ina Naim telah selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang jurutera, Mohd. Khairul Rizal.
Majlis akad nikah yang sederhana tersebut telah berlangsung di rumah pihak pengantin perempuan di Felcra Sungai Ara dengan dihadiri keluarga serta sanak saudara terdekat dari kedua-dua belah pihak.
Dalam Majlis itu, Mohd. Khairul telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100, kelengkapan solat, seutas gelang tangan, dan sebentuk cincin, serta wag hantaran sebanyak RM7,000.
Sebanyak lima dulang hantaran diberikan pihak pengantin lelaki dan dibalas tujuh dulang dari pihak Ina.
Mengimbau detik perkenalan pasangan ini, hanya bermula dari kiriman mesej WhatsApps dari Mohd. Khairul pada Mei lalu. Yang menariknya lagi Mohd. Khairul juga dikatakan adalah peminat arwah suami Ina, Suhaimi.
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
Pada ruangan komen, warganet membanjiri dengan ucapan tahniah kepada kedua-dua pasangan tersebut.
Fakta Menarik Tentang Ina Naim
- Ina pernah mucul dalam album kompilasi raya Hijjaz, Lembaran Syawal menerusi lagu Tak Punya Siapa dan berpadu suara dalam Joget Lebaran.
- Ina juga pernah menghasilkan album mini solonya, Duhai Hati.
- Beliau pernah berlakon sebagai watak pembantu dalam drama Air Mata Maria, dibawah penerbiatan Skop Productions.
- Beliau pernah bertunang dengan penyanyi popular, Mawi pada 10 Februari 2004 tetapi putus tunang dua tahun selepasnya.
Sumber:
- TikTok @dhiyaaziella
- TikTok @telurpindangtradisijohor
- Ina Naim Kembali Bergelar Isteri, Selamat Nikah Dengan Jurutera. Sinar Harian