Buat peniaga sekalian! Jom mohon geran anjuran Iskandar Malaysia iaitu program ‘Iskandar Malaysia Startup Grant’ atau dikenali juga sebagai ‘IMSTART’ yang khusus untuk kembangkan perniagaan secara digital bagi peniaga individu atau Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di Johor sempena ‘Kempen Peringatan 15 tahun Iskandar Malaysia (IM15CC)
Dengan peruntukan sebanyak RM2,000,000 seramai 200 individu dan peniaga di bawah kategori Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) bakal memperoleh manfaat bantuan sehingga RM10,000 bagi setiap perniagaan.
Bantuan ini selari dengan misi membantu peniaga mengembangkan perniagaan seperti membeli stok produk, menaik-taraf operasi dan sistem perniagaan dan mampu untuk mewujudkan platform e-dagang sendiri setanding dengan produk produk terkemuka di Malaysia.
Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua.
Apakah IMSTART?
Iskandar Malaysia StartUp Grant (IMSTART) merupakan inisiatif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berbentuk geran ‘one-off’ yang bernilai maksimum sehingga RM 10,000.
Peruntukan khas ini diwujudkan untuk membantu usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana (SME) yang menjalankan perniagaan di Negeri Johor dan kepada individu yang berusaha untuk memulakan perniagaan secara atas talian.
Geran ini bertujuan untuk meringankan beban kos permulaan perniagaan diatas talian kepada usahawan atau individu yang ingin memulakan perniagaan di platform e-dagang dan juga yang telah beroperasi sejak Mac 2020 untuk meningkatkan kapasiti operasi.
Syarat-Syarat Permohonan Iskandar Malaysia Startup Grant
- Permohonan terbuka untuk usahawan dan individu yang mengendalikan perniagaan di negeri Johor sahaja
- Permohonan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun – 45 tahun sahaja
- Perniagaan atas talian yang baru atau sedia ada sejak Mac 2020
- Perniagaan baru perlu berdaftar dengan SSM dan juga platform e-dagang
- Aktiviti perniagaan yang patuh Syariah
- Geran ini hanya untuk pembelian stok produk,keperluan asas premis operasi e-dagang dan peralatan digital sahaja (Pembelian Telefon bimbit tidak termasuk)
- Pemohon hendaklah menyerahkan sebutharga di atas nama pemohon atau syarikat dari pembekal yang tidak melebihi RM 10,000.00
- Bantuan ini hanya disediakan untuk 200 individu atau pemilik syarikat yang terawal dan layak sahaja
Baca juga: TEKUN eDokumen : Cara Pembelian Dokumen Sokongan SSM & Harga
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang disediakan adalah berbentuk geran ‘one-off’ yang bernilai maksimum sehingga RM 10,000.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan geran ini adalah 15 September 2021.
Permohonan yang berjaya akan menerima notifikasi melalui e-mel.
Cara Permohonan IMSTART 2021
Permohonan boleh dilakukan secara online melalui pautan berikut:
forms.office.com/r/MPUcB5apAB
Maklumat Lanjut
Lihat link ni untuk info lebih lanjut,
https://www.facebook.com/IskandarMalaysiaOfficial/posts/4380477835376230
ATAU boleh juga e-mel kan ke,
[email protected]