Imran Bard – Biodata, Kerjaya & Isu Video Content “Sonsang”

Imran Bard
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi menjadi bualan ramai selepas beliau memuat naik video terbaru yang berunsurkan imej “sonsang”?

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Imran Bard.

Baca juga:

Latar Belakang

Imran Bard
Kredit: Instagram @imranbard
NamaMuhammad Al Imran Badaruddin
Nama PanggilanImran Bard
Tarikh Lahir18 Oktober 2001
PendidikanDiploma Jurusan Seni Kulinari
PekerjaanPersonaliti TikTok dan Instagram, Youtuber
Akaun Media SosialTiktok @imeringue2
Youtube @imranbard
Instagram @imranbard

Kehidupan Peribadi

Beliau merupakan anak jadi Melaka dan cukup dikenali di laman TikTok sebagai “Anak Kiriman Heaven”. Imran merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik.

Beliau juga sangat meminati bidang masakan sejak kecil lagi kerana ibunya merupakan seorang pengusaha kedai makan.

Imran Bard
Kredit: Instagram @imranbard

Kerjaya & Profesional

Imran Bard mula dikenali di platform media sosialnya dengan menghasilkan kandungan video memasak dan menari. Gaya percakapannya yang bersahaja dan tema suasana “rumah” yang dibawa dalam video telah menarik ramai anak muda untuk menonton dan menjadi peminatnya.

Hasil dari usaha tersebut, akaun TikToknya telah diikuti oleh 2.9 juta pengikut, Instagram 772 ribu pengikut, dan 447 ribu pengikut di Youtube.

Di tahun 2022, Imran Bard pernah menjadi salah seorang model yang memperagakan pakaian hasil rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat.

Terbaru, Imran bakal tampil dalam Rancangan Memasak bersama Mydin Malaysia dan bergelar seorang “Chef Selebriti”.

Kredit: Instagram @imranbard
Kredit: Instagram @imranbard

Imran Bard Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini, Imran Bard tampil memohon maaf secara terbuka selepas menerima kritikan kerana menghasilkan kandungan media (content) yang dianggap berunsurkan LGBT. Beliau mengakui kesilapannya kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan Barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu.

Imran menyesali tindakannya dan berjanji untuk lebih peka serta bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang. Beliau juga menghargai setiap teguran yang diberikan dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Terdahulu, Imran Bard memuat naik sebuah video di laman sosialnya yang memperlihatkan beliau menghidangkan Char Kuey Teow kepada seorang lelaki yang memanggilnya “sayang”. Lelaki itu kemudian menawarkan untuk mengajarnya memasak hidangan tersebut dengan betul, dan terdapat adegan di mana Imran dipeluk dari belakang serta situasi lain yang dianggap tidak sesuai.

Perkongsian ini menimbulkan rasa kecewa di kalangan netizen, yang menasihatinya agar tidak menormalisasikan budaya yang bertentangan dengan norma masyarakat.

Kredit: X @imemerang

Fakta Menarik Mengenai Imran Bard

  • Imran Bard sering menggunakan trademark “ghisau ghisau” dalam video-videonya.
  • Beliau pernah terpilih sebagai salah satu daripada lima calon untuk kategori Digital Influencer Tergempak dalam acara Gempak Most Wanted Awards 2022, sebaris dengan nama besar lain seperti Azfar Heri, Hafiz Mahamad, Nelysa Norazlan, dan Ceddy Ang.
  • Video beliau memberi susu botol kepada anak khinzir di dalam kandang ketika melancong di Thailand pernah menerima kecaman netizen Malaysia.
  • Di tahun 2022, Imran juga pernah menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk “Beradik” di laman Youtube miliknya yang berjaya menyentuh hati ramai peminat.

Semoga Imran Bard terus maju jaya dalam bidang masakan dan menghasilkan video-video menarik serta bermanfaat untuk semua peminat dan anak muda di luar sana.

Sumber:

  1. Instagram @imranbard
  2. Tiktok @imeringue2
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut