Follow eCentral di WhatsApp Channel
Bagi pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu, salah satu jenis imbuhan yangbakal dipelajari adalah imbuhan sisipan.
Untuk mengetahui imbuhan ini, murid mestilah mengetahui maksud dan jenis-jenis imbuhan ini.
Maksud Imbuhan Sisipan
Imbuhan sispan merujuk kepada imbuhan yang disisipkan antara unsur-unsur kata dasar.
Bentuk sisipan tidak banyak dan hanya wujud pada kata nama dan kata adjektif.
Antara fungsi imbuhan ini adalah untuk:
- Dapat bergabung dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
- Menerbitkan kata nama dengan maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
Jenis Imbuhan Sisipan
Terdapat 4 jenis imbuhan ini iaitu:
- Sisipan -em
- Sisipan -er
- Sisipan -el
- Sisipan -in
Contoh Ayat
Contoy ayat bagi imbuhan ini adalah seperti berikut:
Sisipan | Perkataan | Contoh Ayat |
-em | – Gemilang – Gemuruh -Semerbak | – Majlis itu diadakan dengan penuh gilang-gemilang. – Irfan kelihatan gemuruh memulakan lariannya. – Baunya bunga itu harum semerbak. |
-er | -Seruling -Serabut – Gerigi | – Orang itu pandai bermain seruling. – Pokok jagung merupakan salah sebuah pokok yang mempunyai akar serabut. – Gergaji itu mempunyai gerigi yang tajam. |
-el | – Selerak – Telunjuk – Gelembung | – Bilik adik berselerak dengan mainannya. – Ahmad menunjukkan jari telunjuknya yang sakit. – Buih itu mengandungi gelembung udara. |
– in | – Sinambung | – Sastera Melayu moden merupakan kesinambungan daripada sastera Melayu lama |
Nota Ringkas
Nota ringkas mengenai imbuhan ini boleh dirujuk seperti file di bawah:
Trending sekarang
Contoh Latihan
Contoh latihan yang boleh digunakan oleh murid adalah seperti berikut:
Baca juga: Imbuhan Apitan: Jenis, Contoh Ayat, Nota & Latihan
Follow eCentral di WhatsApp Channel