Di dalam pembelajaran mengenai imbuhan, salah satu jenis imbuhan yang penting untuk dipelajari adalah imbuhan apitan.
Oleh itu, murid mestilah memahami mengenai imbuhan ini dan membuat latihan bagi menajamkan lagi pemahaman mereka.
Mengenai Imbuhan Apitan
Jika melihat kepada makna “Apitan” dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, apitan ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak.
Maka, imbuhan ini dapat difahami sebagai penggabungan imbuhan dengan kata dasar yang akan membentuk makna tertentu.
Dalam erti kata yang lebih mudah, imbuhan ini merupakan imbuhan yang terdapat pada awal dan akhir sesuatu perkataan dasar secara serentak.
Jenis Imbuhan Apitan
Terdapat 4 jenis imbuhan ini iaitu:
Jenis Imbuhan | Penggunaan | Contoh Perkataan |
meN……-kan dan meN…………-i | – Sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain – Penyebab sesuatu hal itu terjadi – Perbuatan | – membasuhkan – mengikatkan – merekodkan – melayani – merawati – mengetuai |
ke-…………..-an | – Menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar – Tempat | – kesakitan – keletihan – kemuraman – kenakalan – kesempitan |
peN-….-an | – Menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar – Tempat | – pedalaman – pembunuhan – penginapan – perbarisan – pelabuhan |
di-……-kan, di-…..-i, diper-…..-kan | Digunakan dalam ayat pasif | – dianugerahkan – ditemui – diperdebatkan |
Contoh Ayat
Contoh ayat bagi imbuhan ini adalah seperti berikut:
i- Apitan meN……-kan dan meN…………-i
- Kemalangan di kawasan itu telah merekodkan angka tertinggi dalam tempoh 6 bulan.
- Osman telah mengetuai cabaran sekolahnya dalam acara bola sepak di peringkat daerah.
ii- Apitan ke-…………..-an
- Nurul telah menahan kesakitan kakinya yang disengat lebah sejak pagi tadi.
- Hasnul kelihatan keletihan setelah berlari sejauh 3 kilometer.
iii- Apitan peN-….-an
- Kampung Bunga Raya terletak di pedalaman daerah Pensiangan, Sabah.
- Kapal itu telah berlabuh di Pelabuhan Klang sejak semalam.
iv- Apitan di-……-kan, di-…..-i, diper-…..-kan
- Mahasiswa digalakkan menguasai pelbagai bahasa utama dunia.
- Wayang gambar itu dipertontonkan kepada umum pada minggu hadapan.
Nota Ringkas
Nota ringkas mengenai imbuhan ini boleh dilihat seperti di bawah:
Contoh Latihan
Contoh latihan berkaitan pembelajaran ini yang boleh dibuat oleh murid adalah seperti berikut:
Baca juga: Kata Terbitan: Nota Ringkas, Contoh Ayat & Latihan