Imbuhan akhiran merupakan salah satu jenis imbuhan di dalam tatabahsa Bahasa Melayu dan penting dalam pembentukan kata.
Namun, maksud imbuhan ini perlu difahami terlebih dahulu agar penggunaan imbuhan ini betul.
Maksud Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran ialah kata yang menerima imbuhan pada bahagian belakang kata dasar.
Dalam erti kata lain, imbuhan ini merujuk kepada penggunaannya di belakang kata dasar yang menjadikannya kata nama atau kata kerja.
Jenis Imbuhan Akhiran
Terdapat 3 jenis imbuhan ini iaitu:
Jenis | Penggunaan |
-an | Membentuk kata nama terbitan daripada kata adjektif, kata nama, dan kata nama |
-i | Membentuk kata kerja transitif |
-kan | Membentuk kata kerja transitif |
Contoh Ayat
Contoh ayat dalam imbuhan ini adalah seperti berikut:
i- Imbuhan -an
- Jutaan manusia hadir di Padang Arafah semasa menunaikan ibadah haji. (Juta-an)
- Menyambung pengajian di politeknik merupakan pilihan Aidil untuk berjaya. (pilih-an)
- Majalah ini dikeluarkan secara mingguan. (minggu-an)
ii- Imbuhan -i
- “Sudak kamu masuki bilik abang kamu?” (masuk-i)
- “Jangan engkau sakiti hatiku ini.” (sakit-i)
- Pondok itu telah kami duduki sejak awal bulan lalu. (duduk-i)
iii- Imbuhan -kan
- “Kecilkan api itu,” kata emak kepada Zuki. (kecil-kan)
- “Lapkan meja itu sebelum kamu gunakan,” kata Cikgu Normin kepada Hassan. (lap-kan)
- “Matikan enjin bot itu sekarang,” kata ayah. (Mati-kan)
Nota Ringkas
Nota ringkas bagi pembelajaran ini adalah seperti berikut:
Contoh Latihan
Latihan berkaitan dengan imbuhan ini yang boleh dilakukan oleh murid adalah seperti berikut:
Baca juga: Imbuhan Sisipan: Jenis, Contoh Ayat, Nota & Latihan