ILJTM : Permohonan ILP, ADTEC & JMTI 2024

ILJTM : Permohonan ILP, ADTEC & JMTI 2024

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa kepada semua pelajar lepasan SPM & SKM/ST yang ingin melanjutkan pengajian ke Program TVET peringkat Sijil & Diploma di institusi ILJTM berikut:

  1. Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  2. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  3. Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)

Di sini dikongsikan info lanjut berkaitan ketiga-tiga institusi di bawah seliaan ILJTM berkenaan.

Pengenalan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) – ILP, ADTEC dan JMTI

  • Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
  • ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (24) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
  • ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.
  • Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
iljtm permohonan ilp adtec jmti jabatan tenaga manusia

Kelebihan & Bidang Yang Ditawarkan ILJTM

Antara kelebihan program di ILP, ADTEC dan JMTI adalah:

  • Program Sijil yang dibiayai sepenuhnya yuran pengajian dan yuran asrama, serta elaun bulanan RM100
  • Program Diploma dengan kemudahan Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • Pelajar OKU dibiayai sepenuhnya yuran pengajian dan yuran asrama dengan elaun bulanan RM300

Bidang yang ditawarkan merangkumi:

  •  Kimpalan
  •  Pengangkutan
  •  Perkhidmatan Kejuruteraan
  •  Pembuatan
  •  Penyenggaraan Elektrik
  •  Elektronik
  •  Percetakan
  •  Sivil
  •  ICT
  •  Pengeluaran Produk

Tarikh Permohonan

Permohonan secara online bagi ambilan Januari dibuka mulai 25 Oktober 2023 hingga 24 November 2023.

Pengambilan Pelajar

  • Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun (kemasukan Januari & Julai)
  • Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web JTM www.jtm.gov.my [ atau sila ke menu Perkhidmatan Atas Talian di muka utama laman web JTM] bagi Sesi Januari dan melalui laman web UPU http://upu.mohe.gov.my bagi Sesi Julai.
  • Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan. Sila rujuk carta Alir Permohonan Kemasukan di bawah untuk maklumat lanjut.
  • Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan.
  • Calon perlu merujuk kepada Jadual & Tarikh keputusan permohonan yang dinyatakan dalam sistem untuk maklumat mengenai status permohonan.

Syarat Am Kemasukan

LEPASAN SPMLEPASAN SKM /ST
Warganegara Malaysia;

Berumur 17 hingga 35 tahun;Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM);

Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan

Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Warganegara Malaysia;

Berumur 17 hingga 35 tahun;Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST);

Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan ; dan

Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Cara Permohonan ILJTM 2024 – ILP, ADTEC dan JMTI

Pemohon boleh melayari laman web https://www.jtm.gov.my/2015v3/permohonaniljtm untuk permohonan ILP, ADTEC dan JMTI bagi kemasukan Januari 2024 mulai 12.00 tengah hari, 25 Oktober 2023.

Ketahui lebih lanjut tentang kursus dan masa depan TVET dengan pembacaan lanjut di SINI.

Maklumat Lanjut

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), 
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia, 
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya

Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418

Facebook : Jabatan Tenaga Manusia

Baca juga: UPTVET: Permohonan Institusi TVET Mulai 30 Oktober 2023

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!