iKAFALAH merupakan bantuan khairat kematian bagi penduduk di negeri Kedah.
Bantuan berjumlah RM500 ini dibuat melalui pengumuman Bajet Negeri Kedah 2023 di mana kerajaan negeri Kedah telah menyediakan RM3 juta bagi tujuan bantuan khairat kematian ini.
Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris sama ada hendak menggunakannya untuk dibuat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik.
Apa itu Khairat Kematian iKAFALAH?
Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain.
Menurut Kamus Dewan, derma bermaksud sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah pula bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.
Penggunaan istilah pungutan khairat ini telah diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia, contohnya dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam (Negeri Perak) 1965.
Khairat kematian pada kebiasaannya ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.
Melalui bantuan iKAFALAH ini, waris si mati akan menerima bantuan RM500 daripada kerajaan negeri Kedah.
Artikel berkaitan: Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian ASB
Cara memohon iKAFALAH
Permohonan bagi bantuan khairat kematian iKAFALAH ini boleh dibuat oleh waris atau ahli keluarga si mati.
Permohonan boleh dibuat di Pusat Khidmat Wakli Rakyat atau Pejabat Penyelaras Dun masing-masing dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.
Senarai Dokumen Yang Diperlukan
Untuk tujuan pengesahan, ahli keluarga atau waris yang memohon bantuan iKAFALAH ini hendaklah membawa bersama-sama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Waris yang memohon.
- Salinan Sijil Kematian / Salinan Permit Mengubur.
- Nama Waris dan Nombor Kad Pengenalan
- Alamat Waris
- Nombor Telefon
Pertanyaan dan Soalan Lazim
Sebarang pertanyaan dan soalan mengenai bantuan iKAFALAH boleh dikemukakan kepada Pusat Khidmat Wakli Rakyat atau Pejabat Penyelaras Dun anda.
Khidmat / Penyelaras DUN | Lokasi |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri KedahAras 5, Blok EWisma Darul Aman05503 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Ayer Hangat | Pusat Khidmat DUN Ayer HangatNo. 51, Lot 2073, Padang GaongUlu Melaka07000 LANGKAWIKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Ayer Hitam | Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ayer HitamPida 5 Jerlun06150 AYER HITAMKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Kuala Nerang | Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang38, Jalan SemeliangPekan Baru06300 KUALA NERANGKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Pedu | Pusat Khidmat Wakil Rakyat PeduHadapan Sek Men Keb Naka06350 NAKAKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Bukit Lada | Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN LadaBangunan MPD Bukit Lada06400 POKOK SENAKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Sungai Limau | Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai LimauNo.18 Batu 15, Padang Lumat08800 GUAR CHEMPEDAKKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Belantek | Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN BelantekBangunan MTD Pekan Sik08200 SIKKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Tanjung Dawai | Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjung DawaiPusat Tarbiyah Islamiyah Pas Merbok (PUTIM)08400 MERBOKKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Pantai Merdeka | Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka111, Jalan Butterworth08600 Tikam BatuSUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Bayu | Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN BayuV4, Lorong Syed Sheh 4Pekan Baru Baling09100 BALINGKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Kuala Ketil | Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kuala KetilPusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (Putik Kuala Ketil)Kg Bukit Pak Kuning09300 KUALA KETILKEDAH DARUL AMAN |
ADUN Bandar Baharu | Pusat Khidmat ADUN Bandar BaharuNo. 5, Wisma UMNO, Jalan Raya09800 SERDANGKEDAH DARUL AMAN |
Nota Tambahan : Lain-lain Senarai Khairat Kematian yang boleh dituntut
Selain iKAFALAH, tidak ramai yang tahu waris atau ahli keluarga si mati juga boleh memohon untuk mendapatka khairat kematian berikut:
- Khairat Kematian ASB
- Khairat Kematian Pencen
- Khairat Kematian Takaful
- Khairat Kematian KWSP
- Khairat Kematian Bank Rakyat
- Khairat Kematian PERKESO
- Khairat Kematian Penjawat Awam (JPA)
- Khairat Kematian BSH
- Khairat Kematian Pembayar Zakat
Maklumat Lanjut : Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah