TARIKH BAYARAN I-SINAR KWSP BULAN NOVEMBER 2021
KWSP telah mengumumkan tarikh pembayaran i-Sinar bagi bulan September 2021 secara rasmi melalui notis di laman sosial Facebook.
Berikut dikongsikan tarikh pembayaran dan cara membuat semakan bagi anda yang masih lagi menerima bayaran i-Sinar pada bulan ini.
Apakah i-Sinar?
i-Sinar adalah inisiatif KWSP dan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran kepada ahlinya sebelum usia 55 tahun bagi membantu rakyat Malaysia, khususnya mereka yang terkesan akibat pandemik.
- Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
- Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.
- Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan November 2021
Untuk makluman, bayaran i-Sinar bagi bulan November akan dibuat secara berperingkat bermula pada 26 Oktober 2021.
Pengkreditkan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh bekerja 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank masing-masing.
Anda boleh menyemak dan mendapatkan status bayaran tekini melalui i-Akaun (Ahli).
Cara Semakan Status Bayaran i-Sinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my
Untuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:
- Sila layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Sila cari butang SEMAK STATUS
- Status bayaran anda akan dipaparkan.
Cara Semakan Status Pembayaran i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP
Untuk membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah berikut:
- Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
- Klik WITHDRAWAL > WITHDRAWAL HISTORY
- Akan dipaparkan tarikh pembayaran.
Jika anda masih belum mendaftar i-Akaun, sila rujuk artikel ini untuk membuat pendaftaran:
Baca juga: Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftaran i-Akaun
Untuk makluman, permohonan i-Sinar telah dibuka sehingga 30 Jun 2021.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.
Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.
Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.