Bantuan i-Belia Terengganu telah dibuka pada September / Oktober lalu dan agihan baucer I-Belia Terengganu kini sedang dijalankan oleh wakil JPKK
Bantuan “One Off” ini akan dibuka kepada semua belia dan beliawanis serta mahasiswa yang berumur 18-39 tahun yang menetap di Terengganu dan juga perantau anak jati Terengganu yang tinggal di LUAR negeri Terengganu.
Berikut kami kongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara untuk membuat permohonan.
Apakah Bantuan i-Belia Terengganu?
BANTUAN I-BELIA ini dibuka bagi beberapa kategori dengan syarat kelayakan seperti yang dinyatakan di bawah:
KATEGORI PENDUDUK TETAP
i) Belia Bujang
- Berumur antara 18-39 tahun.
- Status pemohon masing BUJANG pada tarikh permohonan.
- Bagi pemohon yang BEKERJA, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1500 sebulan.
- Bagi pemohon yang BELUM BEKERJA, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (Jumlah pendapatan ibu bapa / penjaga).
- Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak layak memohon.
- Pemohon yang berstatus MAHASISWA tidak layak memohon bagi kategori Belia Bujang.
ii) Mahasiswa
- Berumur antara 18-39 tahun.
- Pemohon adalah seorang MAHSISWA yang masih menuntut di Institusi Awam atau Swasta di dalam Malaysia.
Syarat Utama
- Pemohon adalah rakyat Terengganu & menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti telah ada dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
KATEGORI PERANTAU
Terdapat 2 kategori yang layak memohon bantuan kali ini iaitu:
i. Belia Bujang
ii. Siswa
i) Belia Bujang (Perantau)
- Anak jati Terengganu yang tinggal di LUAR TERENGGANU (PERANTAU) layak memohon.
- Berumur antara 18-39 tahun.
- Status pemohon masing BUJANG pada tarikh permohonan.
- Bagi pemohon yang BEKERJA, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1500 sebulan.
- Bagi pemohon yang BELUM BEKERJA, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (Jumlah pendapatan ibu bapa / penjaga).
- Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak layak memohon.
- Pemohon yang berstatus MAHASISWA tidak layak memohon bagi kategori Belia Bujang.
ii) Mahasiswa (Perantau)
- Berumur antara 18-39 tahun.
- Pemohon adalah seorang MAHSISWA yang masih menuntut di Institusi Awam atau Swasta di dalam Malaysia.
Syarat Utama
- Pemohon adalah rakyat Terengganu & menetap di LUAR Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti telah ada dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
Cara Memohon i-Belia Terengganu
Layari https://ibantuan.terengganu.gov.my/ untuk memohon
Baca syarat dengan teliti dan pilih kategori masing-masing semasa membuat permohonan.
Borng hendaklah dicetak dan diserah kepada JPKK.
Dokumen yang perlu dikepilkan sekali dengan borang:
- Salinan IC
- Salinan slip gaji atau Akuan Pendapatan
- Surat Akuan Bujang
- Surat Pengesahan tempat belajar(Siswa)
MANUAL PERMOHONAN / PENDAFTARAN Sistem iBantuan
BORANG PROFIL RAKYAT TERENGGANU (PRT20)
Antara masalah yang mungkin dihadapi semasa memohon :
- Pendapatan tidak menepati syarat
- “Pelajar. Status tidak menepati syarat”
- Bukan pengundi Terengganu [biasa berlaku kepada First Time Voter (FTV)]
Anda perlu mengemaskini borang Profil Rakyat Terengganu (PRT20) terlebih dahulu dan boleh memohon ibantuan semula setelah selesai dikemaskini.
BORANG PROFIL RAKYAT TERENGGANU (PRT 20)
BORANG KEMASKINI PROFIL RAKYAT TERENGGANU (PRT 20)
Bagi memudahkan urusan, boleh hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.
Pengagihan Baucer
Difahamkan pengumuman untuk agihan baucer I-Belia Terengganu telah dijalankan oleh wakil JPKK setiap DUN mulai pertengahan November ini.
Baucer akan diberi mengikut nama-nama penerima yang telah memohon pada bulan September / Oktober lalu.
Sila rujuk wakil JPKK di kawasan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut dan baucar bayaran anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pusat khidmat DUN tempat mengundi masing-masing.
Dewan Undangan Negeri Terenggganu,
Tingkat U2, Block Podium, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Tel : 09-623 1957
Emel : [email protected]