Humblebragging : Maksud, Tanda & Contoh Ayat

humblebragging
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Di era media sosial yang semakin maju, istilah humblebragging semakin kerap diperkatakan. Fenomena ini merujuk kepada tabiat menyampaikan kejayaan, kelebihan, atau status seseorang secara halus dengan nada merendah diri, tetapi sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian atau mendapatkan pujian.

Ia adalah cara orang ramai cuba menonjolkan diri tanpa kelihatan terlalu sombong, namun ironi di sebalik humblebragging ialah ia sering memberi kesan negatif terhadap persepsi orang lain.

Apakah yang mendorong seseorang untuk humblebrag, dan mengapa ia dianggap sebagai satu bentuk komunikasi yang tidak jujur?

Artikel ini akan berkongsi kepada anda tentang contoh ungkapan, sebab, kesan, dan cara mengelakkan humblebragging dalam interaksi sosial kita.

Baca juga:

Apa itu Humblebragging ?

Humblebragging

Humblebragging ialah satu fenomena sosial di mana seseorang menyembunyikan niat untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga dengan pencapaian mereka melalui satu ungkapan atau kenyataan yang kelihatan merendah diri atau memaparkan masalah.

Ia merupakan gabungan dua elemn iaitu “humble” (rendah diri) dan “bragging” (bermegah-megah).

Contoh Ungkapan

Contoh-contoh ini menunjukkan bagaimana humblebragging digunakan untuk menyampaikan pencapaian atau kemewahan dengan cara yang seolah-oleh rendah diri, tetapi sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian dan pujian daripada orang lain.

1. Pencapaian Akademik

  • CONTOH AYAT : “Aduh, stress betul! Tak sangka dapat tawaran untuk belajar di Oxford. Macam susah nak buat keputusan sekarang.”
  • ULASAN : Dalam kenyataam ini, individu tersebut kelihatan seperti sedang bimbang atau ragu-ragu, tetapi hakikatnya mereka sedang menonjolkan kejayaan mereka mendapat tawaran dari sebuah universiti ternama.

2. Kehidupan Selebriti

  • CONTOH AYAT : “Oh, letih betul dengan jadual sibuk saya. Asyik shooting sana sini sampai tak ada masa nak berehat.”
  • ULASAN : Ini memberi gambaran bahawa mereka merungut tentang kesibukan, tetapi secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka popular atau laku dalam bidang kerja mereka.

3. Masalah Mewah

  • CONTOH AYAT : “Tak tahu nak buat apa sekarang. Baru beli kereta baharu, tapi garaj saya tak cukup besar untuk semua kereta!”
  • ULASAN : Di sini, individu tersebut mengungkapkan masalah yang berkaitan dengan kekayaan mereka, tetapi sebenarnya cuba menonjolkan status mereka yang mampu pelbagai kenderaan mewah.

4. Penampilan Fizikal atau Berat Badan

  • CONTOH AYAT : “Alamak, baju lama tak muat pula. Berat turun banyak sangat sejak mula sibuk dengan senaman pagi dan diet sihat.”
  • ULASAN : Berbangga dengan kejayaan menurunkan berat badan, tetapi menggunakan keluhan sebagai alasan untuk menyampaikan maklumat tersebut.

5. Kekayaan dan Status Sosial

  • CONTOH AYAT : “Tak pernah sangka saya kena tunggu lama juga untuk servis kereta sport baru ni. Susah betul bila kereta mahal selalu jadi perhatian.”
  • ULASAN : Menyatakan bahawa mereka mampu memiliki kereta sport yang mahal sambil menyampaikan “keluhan” yang tidak relevan.

Vivy Yusof Humblebragging ?

Humblebragging

Nama Vivy Yusof sedang hangat dibicara ramai di media sosial tentang isu kerugian RM43.9 juta pelaburan Khazanah & PNB dalam FashionValet.

Terbaru namanya sekali lagi menjadi perhatian apabila dikatakan kerap kali melakukan humblebragging.

Difahamkan, kajian bertajuk ‘An Analysis of Vivy Yusof’s Humblebragging Language on Social Media’ mula hangat diperkatakan di media sosial selepas seorang individu memuat naik satu hantaran mengenainya di platform X.

Sebagai contoh, pada tahun 2019, beliau memuat naik video di Instagram yang menunjukkan beliau menangis kerana terharu dengan pencapaiannya, namun sesetengah netizen menganggapnya sebagai percubaan untuk meraih simpati dan perhatian

Selain itu, terdapat juga komen-komen beliau di media sosial yang dianggap sebagai humblebragging, di mana beliau berkongsi tentang kesibukan dan cabaran sebagai usahawan berjaya, tetapi dalam nada yang seolah-olah merendah diri. Perkara ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai keikhlasan dan niat sebenar di sebalik perkongsian tersebut.

Anda boleh baca Jurnal Artikel kajian tersebut di sini : An Analysis of Vivy Yusof’s Humblebragging Language on Social Media

Mengapa Orang Melakukan Humblebragging ?

1. Ingin Dianggap Merendah Diri

Salah satu sebab utama mengapa orang melakukan humblebragging adalah untuk memberi gambaran bahawa mereka tidak sombong atau berbangga diri.

Individu yang humblebragging cuba menyampaikan pencapaian atau kelebihan mereka dengan menyelitkan nada merendah diri supaya ia lebih mudah diterima oleh orang lain.

Mereka percaya bahawa dengan menunjukkan sisi “humble” atauu rendah diri, orang lain akan lebih memandang mereka secara positif, walaupun mesej utama mereka sebenarnya adalah untuk menonjolkan kejayaan.

2. Daya Tarik Sosial

Humblebragging juga dilakukan untuk mendapat daya tarikan sosial, di mana individu tersebut mahu dihargai dan dipandang tinggi dalam kalangan rakan-rakan atau pengikut di media sosial.

Dengan menyampaikan pencapaian atau status mereka secara tidak langsung, mereka berharap orang lain akan menyedari dan memuji mereka.

Contohnya, jika seseorang menyebut tentang kesibukan kerja yang melibatkan banyak perjalanan ke luar negara, mereka sebenarnya mahu orang lain menganggap mereka berjaya dan penting, walaupun kelihatan seperti mengeluh.

3. Keinginan Untuk Validasi

Keinginan untuk validasi atau pengakuan sosial merupakan dorongan lain yang mendorong orang untuk humblebragging. Sebagai makhluk sosial, kita semua mahu berada diterima dan dihargai oleh orang sekeliling.

Humblebragging menjadi satu cara untuk mendapatkan perhatian, pujian, atau sokongan secara halus. Individu yang humblebragging berharap bahawa dengan cara mereka merendah diri sambil berkongsi pencapaian, orang lain akan memberi respon yang positif, seperti memberi pujian atau mengagumi mereka.

4. Mengelak Daripada Dilabel Sombong

Ramai yang takut dilabel sebagai sombong atau berbangga diri secara terbuka. Oleh itu, mereka memilih untuk berkongsi pencapaian mereka dengan menyertakan sedikit keluhan atau komen merendah diri, suoaya mereka tidak kelihatan terlalu memuji diri sendiri.

Dengan cara ini, mereka cuba menyeimbangkan mesej yang disampaikan, iaitu untuk tidak kelihatan sombong tetapi tetap mendapat pengiktirafan yang diinginkan.

Contohnya, mereka mungkin menyebut tentang anugerah yang diterima tetapi dalam masa yang sama mengeluh tentang tekanan atau tanggungjawan besar yang perlu dipukul.

5. Tekanan Sosial dan Harapan

Dalam dunia yang penuh dengan tekanan sosial, terutamanya di media sosial, ramai orang berasa tertekan untuk menonjolkan kejayaan dan pencapaian mereka.

Humblebragging menjadi satu mekanisme untuk menangani tekanan ini. Individu tersebut berasa perlu untuk berkongsi sesuatu yang membanggakan tetapi tidak mahu kelihatan terlalu berlebihan, jadi mereka memilih untuk melakukannya dengan cara yang lebih tersembunyi.

Ini memberikan mereka ruang untuk memuaskan harapan sosial tanpa berisiko dilihat sebagai seorang yang terlalu menunjuk-nunjuk.

Kesan dan Akibat

1. Negatif pada Persepsi Orang Lain

Humblebragging sering memberi kesan negatif kepada persepsi orang lain. Apabila seseorang kelihatan cuba merendah diri tetapi jelas menunjuk-nunjuk, orang di sekeliling mungkin melihatnya sebagai tidak jujur atau manipulatif.

Kebanyakan orang dapat mengesan niat sebenar di sebalik humblebragging, dan ini boleh menyebabkan rasa tidak percaya serta hilangnya rasa hormat terhadap individu tersebut.

Kesannya, hubungan sosial boleh terjejas, dan individu yang melakukan humblebragging mungkin dipandang sinis atau kurang disenangi.

2. Menurunkan Reputasi Sosial

Apabila humblebragging dikenalpasti, ia boleh menjejaskan reputasi sosial seseorang. Orang ramai cenderung lebih menghargai kejujuran dan ketelusan daripada percubaan untuk menonjolkan diri secara terselindung.

Jika seseorang sering melakukan humblebragging, mereka mungkin dilihat sebagai seseorang yang terlalu terdesak untuk mendapat perhatian dan pengiktirafan. Ini boleh merosakkan imej peribadi mereka, terutamanya dalam kalangan rakan-rakan atau kenalan profesional yang menghargai ketulusan.

3. Kurang Efektif Berbanding Jujur

Kajian menunjukkan bahawa humblebragging kurang efektif berbanding dengan bersikap jujur dan terus terang.

Orang lebih menghargai seseorang yang jujur dalam berkongsi pencapaian mereka. Jika tujuan humblebragging adalah untuk mendapat pujian atau sokongan, ia sering tidak mencapai hasil yang diharapkan.

Sebaliknya, jika seseorang berkongsi pencapaian dengan penuh kejujuran dan rasa syukur tanpa sebarang pretensi, orang lain cenderung memberikan respons yang lebih positif dan ikhlas.

4. Meningkatkan Rasa Tidak Selesa di Kalangan Orang Lain

Humblebragging boleh mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan mereka yang mendengar atau membaca kenyataan tersebut. Orang yang menyaksikan humblebragging mungkin berasa janggal atau keliru kerana mesej yang bercampur-aduk.

Mereka mungkin tidak tahu sama ada perlu memberi respons dengan memberi pujian atau menenangkan individu tersebut. Ini boleh mewujudkan suasana sosial yang tegang dan tidak menyenangkan, terutama dalam perbualan atau interaksi yang melibatkan ramai orang.

5. Berisiko Menimbulkan Reaksi Balas

Kadangkala, humblebragging boleh mencetuskan reaksi balas yang tidak diingini. Orang mungkin merasa geram atau jengkel dengan percubaan halus untuk berbangga diri.

Dalam dunia media sosial, di mana mesej humblebragging boleh tersebar dengan cepat, risiko ini menjadi lebih ketara. Sebahagian orang mungkin memberi komen sinis atau menyindir, dan ini boleh mengubah tujuan asal individu yang humblebrag.

Sebagai contoh, niat untuk mendapatkan pujian mungkin berakhir dengan kritikan atau sindiran yang memalukan.

Cara Mengelakkan Humblebragging

Humblebragging boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira status sosial atau latar belakang. Justeru itu sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata adalah sangat penting bagi memastikan anda tidak bersifat sedemikian.

Berikut adalah beberapa cara untuk elak dari humblebragging :

1. Terus-terang dan Ikhlas

Salah satu cara terbaik untuk mengelakkan humblebragging ialah dengan bersikap terus-terang dan ikhlas. Jika anda ingin berkongsi sesuatu yang membanggakan, tidak salah untuk mengakuinya dengan jujur.

Contohnya, jika anda berjaya dalam sesuatu bidang, ucapkan dengan ikhlas, “Saya sangat gembira dengan pencapaian ini!” Tanpa perlu berselindung, anda boleh menunjukkan rasa syukur dan bangga tanpa rasa takut dilihat sombong, kerana keikhlasan sering dihargai oleh orang lain.

2. Elakkan Kombinasi Positif-Negatif

Humblebragging biasanya berlaku apabila seseorang cuba mencampur-adukkan sesuatu yang positif dengan keluhan yang nampaknya tidak relevan. Untuk mengelakkan ini, elakkan menyampaikan mesej yang menggabungkan kedua-dua elemen tersebut.

Jika anda ingin berkongsi sesuatu yang membanggakan, buatlah dengan cara yang jelas dan fokuskan pada aspek yang positif sahaja. Sebaliknya, jika anda ingin berkongsi sesuatu yang membimbangkan atau mencabar, lakukannya dengan rasa hormat terhadap situasi tanpa ada niat untuk menunjuk.

3. Fokus Pada Pengalaman

Satu lagi cara untuk mengelakkan humblebragging ialah dengan berkongsi pengalaman anda secara jujur, bukan hanya menyebut hasilnya.

Orang ramai cenderung lebih terinspirasi apabila mendengar tentang perjalanan, usaha, atau cabaran yang anda lalui untuk mencapai kejayaan tersebut.

Dengan memberikan konteks dan cerita di sebalik pencapaian, anda dapat melibatkan orang lain dalam perbualan yang lebih bermakna dan memberi inspirasi tanpa kelihatan seperti sedang memuji diri sendiri.

4. Rayakan Kejayaan Orang Lain

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengurangkan keinginan untuk humblebrag ialah dengan memberi tumpuan kepada kejayaan orang lain.

Dengan meluangkan masa untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian rakan-rakan, anda akan lebih memahami nilai kejujuran dalam berkongsi kejayaan.

Ini juga membantu anda untuk melihat pencapaian anda sendiri dengan rasa syukur, dan apabila tiba masa untuk berkongsi sesuatu yang membanggakan, anda akan lebih cenderung melakukannya secara tulus.

5. Bersikap Rendah Diri dengan Tulus

Jika niat anda benar-benar ingin merendah diri, lakukannya dengan cara yang tulus. Sikap rendah hati tidak perlu disertai dengan menunjuk-nunjuk.

Contohnya, anda boleh berkongsi pencapaian anda dan dalam masa yang sama mengakui peranan orang lain atau faktor luar yang membantu anda. Dengan bersikap rendah diri secara ikhlas, anda akan mendapat penghormatan daripada orang lain tanpa perlu menimbulkan rasa jengkel atau tidak selesa.

Kesimpulannya, kita mestilah mengelakkan humblebragging dengan bersikap ikhlas dan terus terang apabila berkongsi sesuatu yang membanggakan.

Kejujuran dan keikhlasan dalam berkomunikasi cenderung lebih dihargai dan boleh membantu mewujudkan hubungan sosial yang lebih baik dan tulus.

Sumber:

  1. An Analysis of Vivy Yusof’s Humblebragging Language on Social Media. International Young Scholars Journal of Languages (IIUM)
  2. The Psychology of Humblebragging. Psychology Today
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut