HUAWEI Watch GT5 Online Exclusive: Jam Pintar Bergaya dengan Teknologi Terkini!
HUAWEI sekali lagi mencipta fenomena dalam dunia jam tangan pintar dengan pelancaran HUAWEI Watch GT5 – sebuah peranti yang bukan sahaja pintar, tetapi juga bergaya dan penuh dengan ciri-ciri canggih.
Eksklusif untuk pembelian dalam talian, jam ini direka khas untuk mereka yang inginkan keseimbangan sempurna antara teknologi terkini, prestasi unggul, dan penampilan yang memukau.
Bayangkan memiliki jam tangan yang mampu memantau kesihatan anda 24/7, memberi ketepatan lokasi seperti seorang navigator profesional, dan bertahan sehingga dua minggu tanpa perlu dicas! Sama ada anda seorang atlet, profesional sibuk, atau pencinta gaya hidup aktif, Watch GT5 menawarkan sesuatu yang istimewa untuk setiap individu.
Jom, kita lihat apa tawaran menarik yang mampu diberikan oleh HUAWEI Watch GT5 kepada kita.
Baca juga:
- HUAWEI Mate X6 New Release – Varian, Spesifikasi dan Harga
- HUAWEI Watch D2 : Varian, Spesikasi dan Harga
- HUAWEI FreeBuds Pro 4 : Varian, Spesifikasi dan Harga
Spesifikasi HUAWEI Watch GT5
HUAWEI Watch GT 5 hadir dalam dua varian saiz: 46 mm dan 41 mm, masing-masing menawarkan spesifikasi yang sedikit berbeza. Berikut adalah perincian spesifikasi untuk kedua-dua model:
HUAWEI Watch GT 5 46 mm:
- Dimensi: 45.8 mm × 45.8 mm × 10.7 mm
- Berat: Kira-kira 48 g (tanpa tali)
- Paparan: 1.43 inci skrin warna AMOLED
- Resolusi: 466 × 466 piksel, 326 PPI
- Bahan Rangka Jam: Keluli tahan karat di bahagian hadapan; komposit yang diperkuat serat berprestasi tinggi di bahagian belakang
- Sensor:
- Sensor pecutan
- Sensor giroskop
- Sensor magnetometer
- Sensor kadar jantung optik
- Sensor barometer
- Sensor suhu
- Sensor cahaya ambien
- Butang: Butang Utama (Mahkota Berputar) dan Butang Sisi
- Port Pengecasan: Pengecasan tanpa wayar
- Keserasian Sistem: Android 9.0 atau lebih baru; iOS 13.0 atau lebih baru
- Tahap Kalis Air: 5 ATM; IP69K
- Kesalinghubungan:
- NFC
- Bluetooth 5.2
- GNSS (L1: GPS + GLONASS + GALILEO + BDS + QZSS; L5: GPS + GALILEO + BDS + QZSS)
- Pembesar Suara & Mikrofon: Disokong
- Suhu Operasi: -20℃–+45℃
- Hayat Bateri:
- 14 hari untuk penggunaan maksimum
- 9 hari untuk penggunaan biasa
- 5 hari dengan Paparan Sentiasa Hidup (Always On Display) diaktifkan
HUAWEI Watch GT 5 41 mm:
- Dimensi: 41.3 mm × 41.3 mm × 9.5 mm
- Berat: Kira-kira 35 g (tanpa tali)
- Paparan: 1.32 inci skrin warna AMOLED
- Resolusi: 466 × 466 piksel, 352 PPI
- Bahan Rangka Jam: Keluli tahan karat di bahagian hadapan; komposit yang diperkuat serat berprestasi tinggi di bahagian belakang
- Sensor, Butang, Port Pengecasan, Keserasian Sistem, Tahap Kalis Air, Kesalinghubungan, Pembesar Suara & Mikrofon, dan Suhu Operasi: Sama seperti model 46 mm
- Hayat Bateri:
- 7 hari untuk penggunaan maksimum
- 5 hari untuk penggunaan biasa
- 3 hari dengan Paparan Sentiasa Hidup diaktifkan
Varian & Pilihan Warna
Kedua-dua model menawarkan pelbagai pilihan tali jam, termasuk tali fluoroelastomer hitam, tali kulit komposit coklat, dan tali tenunan biru untuk model 46 mm; serta tali fluoroelastomer hitam, biru, tali kulit komposit putih, tali tenunan coklat, dan tali Milanese emas untuk model 41 mm.
Harga HUAWEI Watch GT5 di Malaysia
Harga jualan rasmi HUAWEI Watch GT5 di Malaysia adalah RM1399 (42mm) manakala HUAWEI Watch GT5 Pro adalah RM1,999 (46mm).
Beli HUAWEI Watch GT5 Online Exclusive
Anda boleh dapatkan Diskaun Eksklusif Lebih RM300, dan Latest Gold Milanese Strap, dengan membeli HUAWEI Watch GT5 di sini : HUAWEI MALAYSIA