HUAWEI sekali lagi menggegarkan pasaran jam tangan pintar dengan pelancaran HUAWEI Watch D2, sebuah peranti yang bukan sekadar jam tangan pintar biasa, tetapi turut menawarkan ciri kesihatan premium seperti pemantauan tekanan darah dan ECG (elektrokardiogram).
Dengan reka bentuk moden yang bergaya serta teknologi inovatif, Watch D2 hadir sebagai pilihan ideal untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kecergasan dalam satu pakej yang kompak dan elegan.
Jika anda sedang mencari jam tangan pintar dengan ciri pemantauan kesihatan yang canggih, teruskan membaca untuk mengetahui ciri menarik yang ditawarkan oleh Watch D2 sebagai pilihan terbaik untuk anda!
Baca juga: HUAWEI Nova 13 Series : Varian, Spesikasi dan Harga
Spesifikasi HUAWEI Watch D2
HUAWEI Watch D2 merupakan jam tangan pintar yang menawarkan pelbagai ciri kesihatan canggih dan reka bentuk yang elegan. Berikut adalah perincian mengenai spesifikasi model jam tangan ini:
- Dimensi: 48 × 38 × 13.3 mm
- Berat: Kira-kira 40 g (12% lebih nipis berbanding Watch D yang diumumkan pada tahun 2022)
- Paparan: Skrin sentuh AMOLED berukuran 1.82 inci dengan resolusi 480 × 408 piksel (347 PPI)
- Bahan Kerangka: Aloi aluminium
- Sensor:
- Sensor IMU 9-paksi (Accelerometer, Gyroscope, Magnetometer)
- Sensor denyut jantung optik
- Sensor ECG
- Sensor cahaya ambien
- Barometer
- Sensor suhu
- Sensor tekanan berbeza
- Sensor Hall
- Butang: Mahkota berputar serta butang fungsi dan ECG
- Kalis Air dan Debu: Penarafan IP68
- Keserasian Sistem: Android 8.0 atau lebih baharu, iOS 13.0 atau lebih baharu
- Bateri: Menyokong pengecasan tanpa wayar dengan jangka hayat sehingga 6 hari bergantung kepada penggunaan
Baca juga: Huawei MatePad Pro 12.2 Malaysia: Varian, Spesifikasi dan Harga
Varian & Pilihan Warna
Jam pintar ini tersedia dalam dua varian warna klasik yang menawan:
- Hitam: Dilengkapi dengan tali fluoroelastomer hitam yang memberikan keselesaan dan ketahanan, sesuai untuk gaya kasual dan aktif.
- Emas: Menampilkan tali kulit komposit putih yang menambah sentuhan elegan dan mewah, ideal untuk penampilan formal.
Setiap varian direka untuk memenuhi keperluan dan cita rasa pengguna yang berbeza, memastikan jam tangan ini sesuai untuk pelbagai situasi dan acara.
Harga HUAWEI Watch D2 di Malaysia
Harga jualan rasmi bagi HUAWEI Watch D2 di Malaysia adalah RM1,999 dengan dua pilihan variasi iaitu Black dan Gold.
Beli HUAWEI Watch D2
Anda boleh dapatkan Voucher Eksklusif RM100, dan Hadiah Percuma HUAWEI Freebuds SE 2 (Ceramic White) & HUAWEI WATCH D2 Fluoroelastomer Strap Black, dengan membeli HUAWEI Watch D2 di sini : HUAWEI MALAYSIA