Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024 [LIVE] – Tarikh & Jadual Acara

Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Buat pencinta sukan hoki, acara Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024 kembali lagi untuk tahun ini!

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan jadual acara dan keputusan siaran langsung terkini Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024.

Baca juga:

Sejarah Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak

Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024

Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024 merupakan edisi ke-62 ia diadakan. Kali pertama acara ini dipertandingkan adalah pada tahun 1998 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut rekod terdahulu, skuad Kuala Lumpur merupakan penyandang gelaran 21 kali dan ATM pula pernah muncul juara sebanyak tiga kali.

Pada edisi tahun lalu, Kuala Lumpur dan Sabah memahat sejarah tersendiri di Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2023 apabila masing-masing dinobatkan juara kategori lelaki dan wanita.

Tarikh dan Lokasi

Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024 akan berlangsung dari 2 Oktober 2024 hingga 12 Oktober 2024.

Pada tahun ini, semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

Senarai Pasukan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024

Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024 menarik penyertaan sebanyak 14 pasukan lelaki dan 11 skuad wanita. Berikut adalah senarai lengkapnya:

Pasukan Lelaki

Kumpulan A

  1. Kuala Lumpur
  2. Pahang
  3. Johor
  4. Selangor
  5. Pulau Pinang
  6. Perlis
  7. Singapura

Kumpulan B

  1. Melaka
  2. Perak
  3. PDRM
  4. ATM
  5. Terengganu
  6. Negeri Sembilan
  7. Sabah

Pasukan Wanita

Kumpulan A

  1. Selangor
  2. Pulau Pinang
  3. Pahang
  4. Perak
  5. Johor

Kumpulan B

  1. Melaka
  2. Kuala Lumpur
  3. Negeri Sembilan
  4. Terengganu
  5. ATM
  6. Young Tigress
Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024
Kredit: IG @malaysianhockeyconfederation
Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024
Kredit: IG @malaysianhockeyconfederation

Jadual Acara Sukan – 3 Oktober 2024 (Khamis)

Perebutan tiga mata diteruskan bagi hari kedua, setiap pasukan akan meneruskan perjuangan merebut kedudukan terbaik dalam kumpulan.

Kredit: IG @malaysianhockeyconfederation
Kredit: IG @malaysianhockeyconfederation

Keputusan Terkini – 2 Oktober 2024 (Rabu)

Hari pertama melabuhkan tirai dengan berakhirnya semua enam perlawanan kategori lelaki dan empat perlawanan perempuan.

Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan-perlawanan yang berlangsung pada sesi petang, 2 Oktober (Rabu) semalam.

Kredit: IG @malaysianhockeyconfederation
Kredit: IG @malaysianhockeyconfederation

Tonton Siaran Langsung

Berita baik! RTM merupakan Penyiar Rasmi Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak 2024 bermula 2 – 12 Oktober 2024.

Anda boleh menonton siaran RTM secara percuma melalui televisyen di saluran TV Okey dan Sukan TV RTM. Anda juga boleh menonton melalui penstriman https://rtmklik.rtm.gov.my.

Sama-sama kita saksikan aksi penuh bertenaga pasukan-pasukan dari seluruh negara & Singapura.

Jom ke Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru untuk tunjukkan sokongan anda dan rasai kehangatan kejohanan!

Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini dengan pantas menerusi laman portal rasmi berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut