ePenawaran KPM 2024: Semakan Keputusan Permohonan

ePenawaran KPM 2024: Semakan Keputusan Permohonan HLP, CBBP TB, HLPS, PPP

INFO KPM: Keputusan Panggilan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan Tahun 2024 boleh disemak mulai 4 Mac 2024, jam 3.00 petang.

Hadiah Latihan persekutuan adalah merupakan kemudahan cuti sambung belajar yang meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. 

Tahukah anda apakah itu Hadiah Latihan Persekutuan atau HLP KPM ini dan bilakah tarikh keputusannya diumumkan?

Berikut dikongsikan info lanjut untuk makluman bersama.

Apakah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP KPM 2024)?

Secara ringkasnya, ia adalah biasiswa sambung belajar bagi peringkat Sarjana dan PhD untuk gred 41 dan ke atas.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.

Pemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh KPM

Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.

Bagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.

TERKINI : Tarikh Semakan Keputusan Panggilan Temuduga di Portal ePenawaran KPM

INFO KPM: Keputusan Panggilan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan Tahun 2024 boleh disemak mulai 4 Mac 2024, jam 3.00 petang.

Pautan semakan : https://epenawaran.moe.gov.my 

Tarikh semakan : Mulai 4 Mac 2024, jam 3.00 petang.

Kelebihan Cuti Belajar / Program Penajaan KPM

Antara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:

  1. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
  2. Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
  3. Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA];
  4. Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan
  5. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).

Sila rujuk infografik di bawah untuk info lebih lanjut serta kelebihan setiap program yang ditawarkan.

Cara Permohonan & Semakan di Portal ePenawaran KPM

Calon – calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka).

Baca juga: Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir

Tips Memohon HLP KPM

Di sini kami paparkan juga beberapa tips berguna oleh Cikgu Faizal yang telah berkongsikan pengalaman beliau yang berjaya ditawarkan HLP KPM 2021.

ALHAMDULILLAH, SAYA BERJAYA DITAWARKAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA PhD HLP KPM TAHUN 2021

Saya kongsikan 8 tips kepada rakan2 yang berniat sambung PhD supaya rakan2 yang mohon pun berjaya lulus temuduga dengan cara penulisan proposal yg betul dan juga menjimatkan masa.

Sebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada Dr.Othman Talib, Dr.Nurul Fadly, Kak Juliana Janjang pelajar PhD UKM (HLP KPM), Muhammad Adnan pelajar Phd UPM dan Taufek Harun pelajar Master UPSI (HLP KPM) & isteri (Nadz) kerana banyak berkongsi petua yang berguna dan berkesan.

Sesungguhnya Allah memberkati usaha baik kalian dan semoga dimurahkan rezeki.

Tip 1

Selepas memohon dilaman web epenawaran, sila pastikan ketua jabatan (Pengetua atau Guru Besar) buah pengesahan di laman epenawaran jika tiada username & password boleh hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan BBP KPM. Mereka kena contact sendiri.

* Ini sangat penting, kerana kelulusan merekalah yg menentukan anda berjaya dipanggil temuduga if not sampai pencen pun tak panggil. Selain cukup syarat-syarat minimum untuk mohon.

Tip 2

Persediaan awal Penulisan Proposal dengan SMART, maksud saya smart disini belajar daripada orang yang TEPAT dalam bidang Penyelidikan berkaitan.

Contohnya cara mengguna reference manager seperti Mendeley, Tamplate Zero Draft of Thesis (ZDOT) dari Dr.OT, cara menulis proposal Dr.Nurul Fadly yang mana anda boleh follow channel diorang di youtube banyak perkara yang anda akan tahu.

Tip 3

Persiapan rapi, dibawah post ini saya sertakan LINK untuk rakan2 DOWNLOAD Contoh Proposal yang dan juga Skema Permarkahan Temuduga HLP. Biar sama2 berjaya.

Tip 4

Jika masih tak dapat idea, boleh join bengkel Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS) kelas setiap hujung minggu yang dikendali oleh Dr.Shuhairy Norhisham.

Ada macam-macam bengkel hands-on di ajar oleh pensyarah2 prolifik cara nak cari tajuk kajian, permasalahan kajian atau GAP, pendedahan kepada cara menulis artikel berimpak tinggi dengan bantuan teknik dan perisian2 terbaru seperti Atlas ti. Versi 9.0, ref and write, perolehan artikel menerusi laman web scihub, status level artikel scimago.

Selepas join bengkel ni, saya terus berubah dan dapat idea framework proposal yg sistematik. Dari bengkel ini saya kenal insan2 hebat dalam dunia scholars yang mindset diorang memang lain sgt jujur dan membantu seperti Dr.Hayrol a.k.a pengawas postgraduate seorang yang santai berkata2 yang penuh jenaka tapi deep pakar dalam SLR dan penulisan jurnal berimpak tinggi. Sila follow FB beliau Hayrol Azril Hayrol. (Kereta Mahal boleh bayar,untuk dapat ILMU & KESIHATAN jangan KEDEKUT)

Tip 5

Berjumpa dengan bakal supervisor sama ada by appointment or call dulu, email dulu, jika DEKAN sediakan dulu proposal boleh serahkan pada PA, jangan malu2 atau takut2 kerana rata2 mereka professional dan akan balas email anda balik, sentiasa tanamkan dalam fikiran semua orang bermula dari kosong tapi cara berfikir yang berbeza (orang positif akan berjaya orang negatif mudah dapat penyakit, orang yang neutral akan bishe2 sahaja).

Minta pendapat mereka apakah tajuk yang sesuai untuk dilakukan oleh kerana mereka mmg sudah lama dalam bidang kajian dan sentiasa up to date.

Tip 6

Tambahkan kompetensi diri melalui kajian tindakan untuk manfaat murid dan organisasi, berlatih menulis seperti buku, jurnal EPRD KPM setiap tahun akan dibuka.

Jangan sesekali keluarkan perkataan negatif dari mulut kerana itulah yang anda akan jadi (The Power of Doa)

Tip 7

Jangan pernah berputus asa dan sentiasa mencuba walau pun banyak kali gagal saya ambil pepatah jepun petikan buku Dr.Shuhairy Norhisham”JINSEI IRO IRO HITO SORE ZORE” iaitu “Nana korobi ya oki” jatuh 7 kali bangkit 8 kali.

Tip 8

Sentiasa berdoa selepas solat kerana Allah suka mendengar doa hambanya. Kalau takde rezeki perbaiki kelemahan yg ada kadang2 orang lain Nampak kesalahan yang kita anggap benda tu tak salah tanya pandangan rakan2 yg dah memperoleh HLP yg lain. Pasti ada jalannya. Okeh

Klik pautan di bawah untuk download:

hlp kpm epenawaran

Tips Extra

– Sedia 5 Slides sahaja masa pembentangan 40 minit sharp.

– 40 Minit Present dihadapan 3 Panel( Pensyarah Universiti Awam, Pensyarah IPG, Pegawai Dari Kementerian Sendiri) gunakan gelaran Dr. Pada panel.

– Pada tahun 2021, seramai 530 orang berjaya ditawarkan HLP/HLPS/CBBPTB dari 3538 permohonan, 1893 lulus perakuan Ketua Jabatan, selepas saringan BBP 1505 dipanggil temuduga, – untuk makluman HLP 400 orang HLPS 86 CBBPTB 44. 5 orang pengajian luar negara.

– Interview suluruh Malaysia terdiri warga pendidik pelbagai peringkat organisasi (orang KPM, PPD, IPG, Matrik, KV dan sekolah SM & SK) diberikan HLP master & PhD berjaya Interview sama ada HLP/HLPS/CBBPTB(Rayuan), 

– Setiap pusat temuduga (IPG/Cyberjaya) anggaran 250 org dipanggil dan ada 6 pusat temuduga mengikut zon (Utara IPGSAH, Tengah (Cyberjaya), Selatan, Timur(IPG), Sabah(SPP) ,Sarawak).

– Sesi Interview 6 orang pagi 8.00-1.00 tgh & 4 orang 2.30-4.30 petang selama 5 hari. Isnin – Jumaat. KPM mempunyai hampir 1200 pelajar pascaperkhidmatan dibawah HLP bagi 3 tahun (2019,2020,2021) dari jumlah ini 1 orang sahaja sambung di luar negara.

– Bagi master secara berkumpulan 3 orang manakala Phd 1 orang bentang sharp 40 minit 5 slides termasuk memperkenalkan diri. Ada 5 bilik temuduga.

hlp kpm 2022 epenawaran

Sumber: Facebook Faizal Nasir

Semakan Keputusan Permohonan & Temuduga

Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia biasanya boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my sekitar bulan Jun nanti.

Info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut Tentang HLP KPM 2024

Maklumat lanjut tentang syarat permohonan HLP KPM 2023, kursus yang ditawarkan dan butiran lain akan dikemaskini setelah surat edaran rasmi dimuat naik di laman web rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau menghubungi:

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
SELANGOR
E-mel : [email protected]
Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan, sila hubungi :
E-mel: [email protected]

Telefon: 03-8321 7151 / 7154 / 7144 / 7159 / 7136

Atau layari https://www.moe.gov.my/

Selamat berjaya!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!