Hari TVET Negara 2024: Objektif, Senarai Program & Aktiviti

Hari TVET Negara 2024: Objektif, Senarai Program & Aktiviti

Hari TVET Negara 2024 adalah salah satu dari acara tahunan negara yang memberi fokus kepada individu yang terlibat dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sambutan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghargai sumbangan dan pencapaian pelajar serta tenaga pengajar (bidang teknikal dan vokasional), tetapi juga memberi peluang kepada industri untuk berinteraksi dengan bakal tenaga kerja mahir. 

Baca juga:

Apa Hari TVET Negara 2024?

Hari TVET Negara 2024

Penekanan TVET dalam pembentangan TVET dalam pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani oleh Yang Amat Berhormat Menteri 24 Februari 2023 membuktikan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) penting dalam perancangan pembangunan negara.

TVET menjadi pemacu utama atau game changer dalam usaha Kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi.

Kerajaan secara berterusan akan meningkatkan keupayaan belia Malaysia dalam TVET bagi memastikan keperluan industri berteknologi tinggi akan dipenuhi oleh warga kerja tempatan.

Kerajaan akan turut memastikan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi yang menawarkan gaji setimpal dapat diwujudkan selaras dengan usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke Negara ini.

Selaras dengan itu, Kerajaan telah mengisytiharkan tarikh 2 Jun sebagai Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara sebagai menghargai jasa, sumbangan dan kejayaan bidang TVET dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Sambutan Minggu TVET Negara 2024 akan diadakan mulai 27 Mei sehingga 8 Jun 2024 meliputi institut TVET Awam di bawah 13 kementerian dan institut swasta bagi meraikan kebersamaan dalam menjayakan agenda transformasi TVET.

Pelaksanaan Sambutan Hari TVET Negara 2024 bagi peningkatan kesedaran masyarakat dan kebolehcapaian TVET bagi menjadikan TVET sebagai pilihan utama masyarakat.

Program ini juga selari dengan peranan Sekretariat Majlis TVET Negara yang bertindak untuk menyelaras pelaksanaan aktiviti dan program sambutan Hari TVET Negara yang mampan antara kementerian kepada kumpulan sasar.

Usaha ini juga dapat mengukuhkan Kerjasama strategik antara semua kementerian dan agensi yang terlibat dengan TVET di negara ini.

Objektif Hari TVET Negara 2024

Berikut adalah antara objektif Hari TVET Negara 2024:

1. Mewujudkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai dasar, inisiatif dan bidang TVET yang ditawarkan di Malaysia di mana Sambutan Hari TVET Negara 2024 adalah merupakan salah satu daripada elemen promosi dan publisiti.

2. Menarik lebih ramai belia yang berpotensi menceburi bidang kemahiran sebagai pilihan untuk pendidikan dan kerjaya dan memberi peluang kepada agensi awam dan swasta untuk mempromosikan produk dan kursus kemahiran yang ditawarkan kepada umum.

3. Menyalurkan maklumat kepada masyarakat berkaitan peluang pendidikan dan kerjaya serta insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan berkaitan TVET.

4. Menghubungkan antara pelajar/belia/pencari kerja dengan industri sama ada dalam mencari peluang pekerjaan mahupun mendapatkan penempatan bagi menjalani Latihan Industri.

5. Menjalinkan kerjasama strategik di antara kementerian, agensi dan pihak industri yang berkaitan dengan satu matlamat yang sama untuk memperkasakan TVET di Malaysia.

6. Memberi peluang kepada pelajar sekolah dan komuniti setempat untuk lebih dekat kepada TVET melalui aktiviti-aktiviti yang dirangka seperti pameran, demonstrasi, kuiz dan try a skill.

Tarikh & Masa Hari TVET Negara 2024

Sambutan Hari TVET Negara pada tahun ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh:  7 Jun 2024 (Jumaat) dan 8 Jun 2024 (Sabtu)
  • Tempat:  Institut Latihan Perindustrian, Kuala Langat, Selangor
  • Waktu: 8.30 pagi – 5.30 petang
  • Tema: “TVET Pilihan Utama Kerjaya”

Aturcara Program Hari TVET Negara 2024

Berikut adalah aturcara program Hari TVET Negara 2024:

7 Jun 2024, Jumaat (Hari Pertama), 8.30 pagi – 5.30 petang

  • TVET Exhibition – Pameran dan Demonstrasi Kemahiran
  • TVET Seminar – Seminar Kerjaya TVET
  • TVET Job Fair (Temuduga Terbuka Industri)
  • TVET Entrepreneur
  • TVET Challenge

8 Jun 2024, Sabtu (Hari Kedua), 8.30 pagi – 5.30 petang

  • TVET Exhibition – Pameran dan Demonstrasi Kemahiran
  • TVET Job Fair (Temuduga Terbuka Industri)
  • TVET Entrepreneur
  • TVET Challenge

Majlis Perasmian 8 Jun 2024 (Sabtu)

MasaAktiviti
9.00 pagiKetibaan Tetamu Jemputan
10.00 pagiKetibaan Dif-dif Kenamaan
10.10 pagiKetibaan Menteri-Menteri Kabinet
10.20 pagiKetibaan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri
10.30 pagiKetibaan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana
Menteri Majlis bermula:

– Nyanyian Lagu Negaraku
– Bacaan Doa
– Ucapan Aluan YAB Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi Majlis TVET Negara
– Ucapan Perasmian Hari TVET Negara oleh YAB Perdana Menteri
– Peluncuran Dasar TVET Negara 2030
– Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama (MoC) Transformasi TVET antara Kerajaan dengan GLC dan Syarikat Swasta
– Sesi Bergambar
– Sidang Media
11.30 pagiLawatan ke Tapak Pameran
12.00 tengahariMakan tengahari

Pengisian Program & Aktiviti

Hari TVET Negara 2024

Hub 1: TVET Exhibition

Hari TVET Negara 2024

TVET Exhibition merupakan komponen utama Hari TVET Negara 2024, menghimpunkan kesemua 12 kementerian yang terlibat dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia.

Pelawat boleh menerokai teknologi terkini yang dipamerkan oleh rakan kongsi industri, menyertai hari terbuka TVET dan menyaksikan demonstrasi kemahiran yang mengagumkan dari Institusi TVET yang mengambil bahagian.

Jangan lepaskan peluang ini untuk terlibat dengan perkembangan terkini dalam TVET.

Senarai Pempamer Hub 1: TVET Exhibition

  1. Kaunter Informasi Sekretariat MTVET
  2. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  3. Kementerian Pertahanan (MINDEF)
  4. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  5. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  6. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
  7. Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
  8. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
  9. Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  10. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA
  11. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
  12. Kementerian Kerja Raya (KKR)
  13. Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
  14. Federation of JPK Accredited Centers Malaysia (FEMAC)
  15. Talentcorp Malaysia
  16. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
  17. Mallon Training
  18. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)
  19. TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS)
  20. MAB Engineering
  21. Sekretariat Belia Mahir
  22. Construction Industry Development Board (CIDB)
  23. KNX Malaysia
  24. PROTON
  25. NIPPON Paint Malaysia
  26. The Government-Industry TVET Coordination Body (GITC)
  27. Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii)
  28. Bermaz Auto Berhad
  29. Politeknik Banting
  30. National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO)
  31. Technological Association Malaysia (TAM) Selangor
  32. Aerodyne Flight Institute (AFI)

Hub 2: TVET Seminar

Hub 2: TVET Seminar akan berlangsung pada 7 Jun 2024, di Dewan Lavender ILP Kuala Langat, di mana masa depan pendidikan terbentang.

Antara aktiviti utama bagi Hub ini adalah Bengkel Pembangunan TTT oleh HRD Corp dan seminar untuk pelajar lepasan SPM yang akan membincangkan merit laluan ‘TVET atau Akademik’.

Panel yang terlibat yang pelbagai terdiri daripada pakar industri, pemimpin akademik, wakil institusi TVET, NGO dan agensi kerajaan akan memberikan gambaran menyeluruh tentang peluang dalam TVET dan akademik kepada lepasan SPM.

Turut terlibat sama adalah industri untuk memberikan pandangan bagi dunia pekerja. Wakil daripada pelbagai kementerian juga akan hadir untuk menghebahkan tawaran kemasukan ke program TVET mereka.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menemui potensi anda dan mengukir laluan kerjaya yang gemilang.

Hub 3: TVET Job Fair

Dapatkan maklumat bagi kerjaya masa depan anda di Hub 3: TVET Job Fair. Dibawakan khas ke Hari TVET Negara 2024 oleh PERKESO.

Dengan penyertaan daripada 20 syarikat terkemuka, pameran ini merupakan peluang keemasan bagi pencari kerja dan graduan TVET untuk berhubung dengan majikan yang menawarkan lebih 2000 kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang terutamanya yang berkaitan TVET.

Sama ada anda baru bermula atau ingin memajukan kerjaya anda, Hub 3: TVET Job Fair ialah tempat yang sesuai untuk mencari kerjaya yang sesuai dengan anda dan mengambil langkah seterusnya dalam kareer profesional anda.

Hub 4: TVET Entrepreneur

Hub 4: TVET Entrepreneur menampilkan ‘Kisah Kejayaan TVET’, menonjolkan perjalanan individu yang telah berkembang maju melalui laluan TVET.

Selain itu melalui ‘Pameran Produk Usahawan TVET’, produk dan perkhidmatan inovatif yang dibangunkan oleh graduan TVET akan dipamerkan kepada pengunjung.

Terokai inovasi di Hub 4: TVET Entrepreneur, di mana inspirasi bertemu peluang. Sertai kami untuk meraikan pencapaian dan meneroka potensi dalam dunia keusahawanan TVET.

Hub 5: TVET Challange

Alami keseronokan inovasi dan cabaran di Hub 5: TVET Challenge. Hub ini akan menampilkan ‘TVET Drone Soccer Challenge’ mendebarkan serta ‘TVET Robotic Challenge’, di mana kemahiran peserta dan teknologi bergabung dalam paparan ketangkasan udara dan kehebatan robotik.

Selain itu, ‘Pertandingan Junior Skills Malaysia (JSM)‘ akan menonjolkan bakat pelajar TVET dalam kedua-dua bidang pengendalian dron dan robotik mudah alih.

Ia merupakan pameran kemahiran, strategi dan semangat TVET, sesuai untuk mereka yang meminati teknologi masa depan serta cabaran.

Lokasi dan Alamat

  • Nama tempat: Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat
  • Alamat: Jalan Sultan Abdul Samad, Kampung Sungai Raba, 42700 Banting, Selangor
  • No. telefon: 03 – 3120 4600
  • No. faks: 03 – 3120 4440

Maklumat lanjut

Sebarang maklumat terkini berkaitan dengan TVET, anda boleh rujuk pada pautan berikut: https://www.tvet.gov.my/

Bantu kami share artikel ini: