Hari Kemerdekaan Sabah 2024

Hari Kemerdekaan Sabah atau Hari Sabah akan disambut di seluruh negeri selepas diwartakan secara rasmi bermula tahun 2023.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia sejajar kepentingan Hari Sabah yang jatuh pada 31 Ogos dalam sejarah kemerdekaan negeri ini.

“Kita harus bangga kerana kita mempunyai identiti kita sendiri, tarikh kelahiran kita sendiri dan ia sangat penting kepada kita.

“Atas sebab itu, kita dapat bergerak lebih jauh ke hadapan dan bekerja bersama untuk menjadikan Malaysia sebuah persekutuan seperti yang kita harapkan,” katanya.

Tahukah anda apakah itu Hari Kemerdekaan Sabah, dan bilakah peristiwa ini berlaku?

Jom kami kongsikan selanjutnya.

Apakah Hari Kemerdekaan Sabah?

hari kemerdakaan sabah
Sumber : Fb Datu Rosman

Berdasarkan rekod sejarah, Sabah mencapai kemerdekaan selepas British menyerahkan secara rasmi pentadbirannya kepada pemimpin tempatan pada 31 Ogos 1963.

Kira-kira dua minggu selepas penyerahan itu, iaitu pada 16 September 1963 barulah persekutuan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu dibentuk secara rasmi.

Menurut sumber, selepas perundingan demi perundingan dilakukan antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei, akhirnya perkara ini telah mencapai tahap perundingan yang terakhir.

Perundingan terakhir ini telah diadakan di London pada pertengahan tahun 1963. Persetujuan semua pihak telah ditandatangani pada pukul 11.30 malam, 8 Julai 1963 bertempat di Marlborough House, London. Dalam persetujuan ini, Brunei telah menarik diri kerana berasa tidak berpuas hati berkenaan soal-soal kewangan dan status Sultan Brunei sebagai raja berperlembagaan.

Dengan termeterainya perjanjian ini, pihak British telah mengalihkan kedaulatan ke atas Sabah, Sarawak dan Singapura yang bermula pada 31 Ogos 1963.

Berikutan perjanjian tersebut, Majlis Undangan Sabah telah mengesahkan keputusanya untuk sama-sama bergabung membentuk Malaysia pada 8 Ogos 1963.

Oleh itu, Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan undang-undang Akta Malaysia untuk meminda perlembagaan persekutuan berdasarkan laporan JAK.

Akibat timbul masalah-masalah antara Malaysia, Filipina dan Indonesia, pengumuman Persekutuan Malaysia terpaksa dianjakkan ke tarikh 16 September 1963 dari tarikh sebelumnya iaitu 31 Ogos 1963

hari kemerdekaan sabah

Tarikh 16 September Wajar Disambut Untuk Memperingati Pembentukan Malaysia

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) berkata, tarikh 16 September yang diisytiharkan sebagai Hari Malaysia wajar disambut di seluruh negara untuk memperingati pembentukan Malaysia.

“Tiga wilayah, Sabah, Sarawak dan Malaya bersama membentuk persekutuan 59 tahun yang lalu. Ia adalah tarikh yang sangat penting kepada persekutuan ini.

“Hari Kebangsaan yang jatuh pada 31 Ogos ditakrifkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai memperingati Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.

“Ia tiada kaitan dengan Sabah dan Sarawak dan sepatutnya hanya disambut di Tanah Melayu sebagai Hari Kemerdekaan mereka,” katanya.

Katanya, atas sebab itu, rakyat negeri ini wajar menjadikan tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Sabah yang jatuh pada tarikh sama Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, catatan arkib sejarah menunjukkan bahawa pada 8 Ogos 1963, Dewan Undangan Borneo Utara secara sebulat suara mengumumkan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 tanpa mengira sama ada pembentukan Malaysia menjadi realiti pada hari berkenaan atau sebaliknya.

Buku : Sabah Sebuah Negara ~ Satu Realiti

“Kemerdekaan Sabah adalah prasyarat utama untuk pembentukan Malaysia, ia adalah kebenaran yang jelas,” katanya.

Sehubungan itu katanya, Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September sepatutnya menjadi Hari Kebangsaan Malaysia, berbanding 31 Ogos yang menjadi Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan Sabah.

*Sumber: Harian Metro, Sabah dalam Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia

Baca juga: Kalendar 2024: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!