Sambutan Hari Guru merupakan satu hari istimewa yang diisytiharkan untuk mengenang hari para guru.
Walau bagaimanapun, tarikh sambutan ini berbeza mengikut negara masing-masing dan ada juga negara yang memberikan cuti sempena sambutan istimewa ini.
Sebagai contoh, negara Albania menyambut hari istimewa ini pada 7 Mac, Brazil pada 15 Oktober dan di Mexico pula ia disambut pada 1 Mei.
Tarikh Hari Guru Di Malaysia
Seperti mana yang kita tahu Hari_Guru diisambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun di Malaysia.
Sejarah sambutan di Malaysia
Mengapakah tarikh 16 Mei ini telah dipilih sebagai sambutan Hari Guru di Malaysia?
Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Cara sambutannya pula berbeza mengikut sekolah masing-masing dan selalunya pada hari yang istimewa inilah anda boleh melihat cikgu-cikgu anda menjadi sangat sporting seperti membuat persembahan nyanyian, mendeklamasikan sajak dan syair dan pelbagai lagi aktiviti lain.
Walaupun para guru tidak pernah meminta sebarang hadiah, sudah menjadi kelaziman biasanya pada hari istimewa inilah para pelajar akan memberikan pelbagai hadiah kepada para guru yang pernah mengajar mereka.
Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia
Objektif Sambutan
- Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan cikgu melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
Tema Hari Guru 2025
Tema bagi tahun 2025 masih belum diumumkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Namun begitu, KPM telah pun membuka peluan kepada orang ramai untuk memberikan cadangan tema hari guru bagi tahun ini, sehingga 16 Februari 2025 yang lepas.
Oleh itu, sebarang maklumat baharu berkenaan tema bagi tahun baharu ini akan kami umumkan dari semasa ke semasa.
Artikel berkaitan: Sambutan Hari Guru: Sejarah Sambutan di Malaysia
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025
Untuk pengetahuan anda, seperti tema hari guru 2025, tarikh dan tempat Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bagi tahun ini juga masih belum lagi diumumkan oleh pihak KPM.
Sebarang maklumat berkaitan hal ini akan kami maklumkan kepada anda dari semasa ke semasa.
Walaupun hari istimewa ini disambut satu kali setiap tahun, kita sebagai anak murid hendaklah sentiasa mengenang dan mendoakan kebaikan buat cikgu-cikgu yang mendidik kita.
Sememangnya seorang guru yang dedikasi sanggup mengorbankan masa dan keringat mereka demi masa anak muridnya, seperti peribahasa popular “Seperti lilin yang membakar dirinya”.
Jom cari idea untuk beri ucapan kepada guru-guru anda: