Hari Cuci Malaysia 2025 – KPKT

Hari Cuci Malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

JEMAAH MENTERI SEBULAT SUARA SETUJU HARI CUCI MALAYSIA DIJADIKAN ACARA TAHUNAN!

Dalam usaha memperkukuh budaya kebersihan di seluruh negara, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif tahunan yang dikenali sebagai “Hari Cuci Malaysia”.

Disambut pada Sabtu terakhir setiap bulan September, acara ini diketuai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan penyertaan pelbagai pihak dari sektor awam, swasta, dan komuniti setempat.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan Hari Cuci Malaysia 2025 yang bakal dijalankan beberapa bulan lagi nanti.

Baca juga: MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2025

Apa itu Hari Cuci Malaysia?

Hari Cuci Malaysia ialah inisiatif tahunan yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri untuk diadakan pada Sabtu terakhir setiap bulan September.

Program ini diketuai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan tujuan utama meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan awam serta memerangi isu pencemaran sisa.

Acara ini melibatkan pendekatan “whole of nation”, yang bermaksud semua pihak – termasuk kementerian, agensi kerajaan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, badan swasta, dan masyarakat umum – berganding bahu dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar.

Program ini juga diselaraskan dengan Hari Pembersihan Sedunia yang diraikan pada 20 September setiap tahun oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hari Cuci Malaysia
Kredit: FB KPKT Malaysia

Matlamat Program

Antara matlamat utama program ini ialah:

  1. Meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya menjaga kebersihan kawasan kediaman, tempat kerja, dan ruang awam.
  2. Memupuk budaya kebersihan dalam kalangan masyarakat, termasuk pelajar sekolah, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  3. Memperbaiki imej negara sebagai destinasi pelancongan yang bersih dan indah, sekali gus menarik lebih ramai pelancong antarabangsa.

Tarikh Rasmi Hari Cuci Malaysia

Hari Cuci Malaysia bagi tahun ini akan diadakan pada 27 September 2025. Dalam kata lain, ia ditetapkan pada setiap hari Sabtu terakhir bulan September.

Baca juga: Program Imunisasi Influenza Kebangsaan 2025 – KKM

Rekod & Misi Program

Pelaksanaan “Hari Cuci Malaysia 2024” sebelum ini telah mencatatkan tiga rekod baharu dalam The Malaysian Book of Records (MBOR), iaitu:

  • Penyertaan terbanyak di seluruh negara dengan 58,007 peserta
  • Kutipan sisa pepejal terbanyak dalam satu acara, mencecah 4,645.5 tan metrik
  • Gotong-royong paling lama, berlangsung dari jam 8 pagi hingga 8 malam

Bagi tahun 2025, KPKT mensasarkan untuk melibatkan seramai 100,000 peserta, termasuk pelajar-pelajar sekolah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut