Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91: Senarai Acara Dianjurkan

Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91: Tema & Senarai Acara Yang Dianjurkan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91: Tema & Senarai Acara Yang Dianjurkan

Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91 adalah merupakan satu peristiwa penting dalam kalendar negara. 

Sambutan yang dilakukan secara tahunan ini bukan sekadar untuk memperingati penubuhan ATM, tetapi juga meraikan pengorbanan dan dedikasi anggota tentera yang telah berkhidmat untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara selama lebih sembilan dekad.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Jom Masuk Tentera – Permohonan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 202 (2024)

Sejarah Penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933, bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu. 

Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91: Tema & Senarai Acara Yang Dianjurkan

Sepanjang 91 tahun penubuhannya, ATM telah melalui pelbagai fasa perkembangan dan cabaran. Dari zaman penjajahan British, melalui era Darurat (1948-1960), konfrontasi dengan Indonesia (1963-1966), sehinggalah hari ini, ATM telah membuktikan keteguhan dan keupayaannya dalam mempertahankan negara.

Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91

Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 (Hari ATM 91) pada tahun inI telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman semasa Perbarisan Tempur Statik dan Demonstrasi Dinamik di Padang Kawad Akademi Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson yang melibatkan penglibatan seramai 134 Pegawai dan 1395 Lain-Lain Pangkat.

Sambutan ini akan menjadi platform kepada ATM untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga merupakan inisiatif sosial ATM dalam menyantuni orang awam yang sentiasa menyokong ATM.

Penglibatan keseluruhan aset pada demonstrasi kali ini adalah sebanyak 264 aset iaitu Tentera Darat Malaysia sebanyak 230 aset, Tentera Laut Diraja Malaysia sebanyak 19 aset dan Tentera Udara Diraja Malaysia sebanyak 15 aset. Aset yang terlibat antaranya:

a. TDM.

  • Kereta Kebal Pendekar.
  • Kereta Perisai Gempita.
  • Kereta Perisai Adnan.
  • Kereta Perisai Lipan Bara.
  • Meriam Oerlinkon.
  • Meriam 105mm LG1 MK III
  • Meriam 155mm G5.
  • Roket ASTROS II
  • Helikopter MD530-G.
  • Helikopter A109 LOH.
  • Asslt Boat V Bottom.
  • CRRC.
  • OBM.
  • Kenderaan Tempur Ringan Supacat.
  • Kenderaan Perisai Ringan Vamtac.
  • Motosikal Scrambler.
  • Bot Tempur RHIB.
  • UAS/Drone.

b. TLDM.

  • KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN
  • KD MAHAMIRU
  • KD MAHAWANGSA
  • KD PAHANG
  • KD GAGAH SAMUDERA
  • RHIB PASKAL
  • BOT FIC
  • BOT CB90
  • SUPER LYNX

c. TUDM.

  • Pesawat Pengangkut C130-H
  • Pesawat Pejuang SU 30 MKM
  • Pesawat Pejuang Hawk/F-18 Hornet
  • Helikopter EC 725 AP
  • Helikopter AW 139.
  • Bot Tempur RHIB.
  • Bot Tempur ADRHIB.

Tarikh & Tema

Pada tahun ini, sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 disambut pada 6 Oktober 2024. 

Sambutan ini diadakan dengan pelbagai acara menarik dan bertemakan “Angkatan Masa Hadapan: Benteng Pertahanan Negara”. 

Tema ini menekankan komitmen ATM dalam menghadapi cabaran keselamatan masa depan dan memastikan kedaulatan negara terpelihara. 

Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91: Tema & Senarai Acara Yang Dianjurkan

Ia bukan sekadar slogan biasa,  tetapi mencerminkan visi ATM untuk terus memainkan peranan penting sebagai tulang belakang pertahanan negara, sambil bersiap sedia menghadapi cabaran-cabaran baru dalam era moden.

ATM terus fokus kepada pembangunan capability-based yang meliputi aspek kuasa tembakan, mobiliti, perisikan, komunikasi, dan bantuan logistik, selaras dengan cabaran keselamatan global yang kian kompleks. Usaha berterusan ini memastikan ATM sentiasa berada di barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Acara-acara Utama

Sambutan Hari ATM Ke-91 diraikan dengan pelbagai acara dan aktiviti di seluruh negara, antaranya ialah acara rasmi seperti perbarisan tentera, pameran ketenteraan, dan demonstrasi aset-aset pertahanan yang dimiliki oleh ATM.

Demonstrasi Dinamik dan Perbarisan Tempur di Kem Segenting, Port Dickson

Acara ini melibatkan pameran 264 aset ketenteraan dari tiga cabang utama ATM (Tentera Darat, Tentera Laut, dan Tentera Udara). Perbarisan Tempur yang melibatkan 134 Pegawai dan 1,395 anggota Lain-Lain Pangkat. 

Demonstrasi Dinamik menjadi permulaan acara yang dipersembahkan dengan penuh aksi adrenalin dan memukau yang memperlihatkan keupayaan aset serta kompetensi ATM melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia , Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia melalui tiga fasa iaitu:

  • Keupayaan aset ATM dan kompentensi anggota.
  • Operasi Maritim, Operasi Serangan Amfibi dan Operasi Daratan.
  • Dalam Peperangan Konvensional Operasi Amfibi.

Seuisai Demonstrasi Dinamik tamat, acara disambung dengan Perbarisan Tempur Statik diketuai oleh Pegawai Memerintah Kolonel Razak bin Akob, Rejimen 21 Komando.

Ia melibatkan empat kontinjen yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Malaysian Batalion 850-12 (MALBATT 850-12).

Perbarisan Tempur Statik turut menyaksikan terbang lintas empat buah pesawat helikopter ATM yang membawa bendera ATM, TDM, TLDM dan TUDM. Perbarisan ini diiringi oleh Pancaragam Pusat ATM.

Perbarisan turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Kesiagaan PAT yang merupakan anugerah tertinggi di dalam ATM. Anugerah ini diberikan kepada Formasi atau Briged terbaik bagi TDM, Pasukan terbaik bagi TLDM dan Pangkalan Udara terbaik bagi TUDM.

Penerima Anugerah Kesiagaan PAT menerima sijil pengiktirafan, piala pusingan serta wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM 5,000).

Penerima Anugerah Kesiagaan PAT pada kali ini adalah dari 21 Gerup Gerak Khas bagi TDM, Pusat Latihan Kapal Selam bagi TLDM dan Pangkalan Udara Gong Kedak bagi TUDM.

Karnival HUT ATM ke-91 

Karnival ini berlangsung pada 4 – 6 Oktober 2024 (Jumaat – Ahad). Lokasi karnival ini berlangsung di Padang Kawad PUSASDA, Padang Ragbi IJED & Pantai Cahaya Negeri.

Antara tarikan utama ialah Pameran Aset ATM dan Kerjaya ATM, Pameran Muzium ATM dan Perkhidmatan, serta Pameran BAKAT, yang memberikan peluang kepada orang ramai untuk mendalami peranan Angkatan Tentera Malaysia. Pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan melalui Pameran Kerjaya Agensi Awam.

Acara ini juga dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Band ATM dan Perkhidmatan, Drumline ATM, serta Pancaragam ATM, yang dijangka menarik perhatian para hadirin. c

Tidak ketinggalan, Persembahan Anjing Perang, Demonstrasi Army Red Warrior serta Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata yang bakal mempamerkan kehebatan anggota ATM. 

Silent Drill ATM dan Battle of The Band turut dijangka menjadi daya tarikan utama pada hari berkenaan. Bagi pengunjung yang ingin menikmati hidangan tempatan, Gerai Jualan dan Food Truck turut disediakan sepanjang acara berlangsung. 

Lokasi lain bagi karnival ini di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat dan Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.

Semua orang awam dijemput hadir memeriahkan karnival ini kerana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti berikut:

  • Pameran Aset ATM dan Kerjaya ATM, Pameran Muzium ATM dan Perkhidmatan serta Pameran BAKAT.
  • Pameran Kerjaya Agensi Awam.
  • Persembahan Band ATM dan Perkhidmatan.
  • Persembahan Drumline ATM.
  • Persembahan Pancaragam ATM.
  • Persembahan Anjing Perang.
  • Demonstrasi Army Red Warrior.
  • Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata.
  • Silent Drill ATM.
  • Battle of The Band.
  • Gerai Jualan dan Food Truck.

Sesi Podcast 

Sesi podcast merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada Karnival HUT ATM ke-91 yang berlangsung di Port Dickson.

Ia bertujuan untuk menarik minat orang ramai, terutamanya golongan muda, untuk mengetahui lebih lanjut tentang ATM dan peranannya dalam mempertahankan negara.

Penganjuran sesi podcast bersama selebriti, Asyraf Muslim & Dayah Bakar merupakan pendekatan kreatif untuk mendekatkan ATM dengan masyarakat umum, terutamanya generasi muda yang lebih terdedah kepada platform media sosial dan digital.

Kesimpulan

Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91 bukan sahaja merupakan sambutan rasmi untuk menghargai perkhidmatan anggota tentera, tetapi juga satu peluang bagi rakyat Malaysia untuk memahami dan menghargai sumbangan ATM dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. ‘

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus terus memberi sokongan kepada wira-wira negara yang setiap hari mempertaruhkan nyawa demi negara tercinta. Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-91!

Rujukan:

  1. Markas Angkatan Tentera Malaysia
  2. Facebook Angkatan Tentera Malaysia 
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut