Lihat dan semakan harga terkini lesen motor B dan B Full bagi tahun 2024 yang diumumkan secara rasmi oleh Jabbatan Pengankutan Jalan (JPJ).
Mengikut undang-undang jalan raya di Malaysia, mana-mana individu yang ingin menunggang motorsikal di atas jalan raya mestilah mempunyai lesen memandu yang sah.
Kewajipan memandu in berdasarkan Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan keingkaran mematuh undang-undang ini boleh didakwa di bawah Seksyen 26(2)..
Apabila sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Kategori Lesen Memandu Motosikal
Di Malaysia, terdapat beberapa kategori Lesen Memandu Kompeten (CDL) bagi motorsikal:
- B – Motosikal melebihi 500 cc
- B1 – Motosikal tidak melebihi 500 cc
- B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc
Had umur minimum bagi ketiga-tiga kategori lesen motorsikal ini adalah 16 tahun.
Artikel berkaitan: Harga Lesen Memandu Terkini Di Malaysia (2024)
Harga lesen memandu motorsikal
Bagi yang tidak tahu, harga mendapatkan lesen motorsikal atau kereta adalah berbeza mengikut institusi pusat memandu yang anda daftar.
Oleh itu, sesetengah pusat atau institusi memandu mungkin menawarkan harga yang lebih murah atau rendah berbanding pusat atau institusi memandu yang lain.
Berikut merupakan kadar julat Harga Lesen Motor 2024 yang ditetapkan oleh kerajaan:
- Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
- Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
Sumber: Laman web rasmi JPJ
Penukaran Dari Lesen B Kepada B Full
Bagi anda yang ingin mengetahui harga lesen motor 2024, ada berita baik untuk anda!
Menariknya, baru-baru ini kerajaan Malaysia mengumumkan pemegang lesen motosikal Kelas B1 dan B2 yang aktif lebih 10 tahun boleh memohon lesen B penuh bermula 1 Oktober ini.
Pemegang LMM Kelas B1 dan B2 yang berminat boleh mendapatkan LMM Kelas B dengan kos yuran hanya RM160 berbanding RM900 sebelum ini.
Individu yang berminat perlu menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas selama dua jam di Institut Memandu (IM) melibatkan program amali penunggangan dan informasi pemanduan selamat.
Caj Yang Dikenakan Untuk Program Peralihan Lesen Memandu Kelas B Penuh
Bagi tujuan menjalani program khas peralihan tersebut, caj perkhidmatan sejumlah RM160 akan dikenakan kepada calon bagi menampung kos operasi yang terlibat di institut memandu.
Cara Permohonan
CARA 1 : SEMAKAN MELALUI LAMAN WEB JPJ
Kini anda boleh semak Kelayakan Program Khas Peralihan CDL kelas B full.
- Klik https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Pilih kategori individu, guna nombor kad pengenalan sebagai ID pengguna dan password MyJPJ untuk log in.
- Klik Lesen Memandu> turun bawah dan pilih semak Kelayakan Program Khas Peralihan CDL kelas B full.
Rujuk paparan di bawah:
CARA 2 : SEMAKAN MELALUI APLIKASI MYJPJ
- Buka aplikasi MyJPJ (kalau belum ada, sila download)
- Google Store – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info&hl=ms
- Apple App Store – https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
- Semak Paparan Utama > Pelesenan Pemandu
- Klik > Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B
Pertanyaan & Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai harga lesen motor bagi tahun 2024, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas di talian berikut:
Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya
Tel: +60 3 8000 8000 (Umum)