Halia Bara – Kandungan Nutrisi dan Khasiat untuk Kesihatan

halia bara
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Halia bara atau halia merah semakin dikenali kerana khasiatnya yang luar biasa untuk kesihatan.

Dengan kandungan nutrien yang tinggi dan rasa yang lebih kuat berbanding halia biasa, ia sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk menambah tenaga dan merawat pelbagai penyakit.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa khasiat menarik halia bara yang berguna untuk anda amalkan di rumah.

Baca juga: Cendawan Shitake : Kandungan Nutrisi dan Khasiat Untuk Tubuh

Apa itu Halia Bara?

halia bara
Kredit: Wikiparfum

Halia bara, juga dikenali sebagai Zingiber officinale var. rubrum atau halia hitam, merupakan sejenis varieti halia yang terkenal dengan warna rimpangnya yang kemerahan atau merah gelap berbanding halia biasa.

Ia tergolong dala keluarga Zingiberaceae dan sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu dan Asia Tenggara.

Tumbuhan ini mempunyai aroma yang lebih kuat, rasa yang lebih pedas dan hangat, serta kandungan bahan aktif yang lebih tinggi seperti gingerol dan shogaol, menjadikannya sangat berkesan sebagai agen anti-radang, antioksidan dan penggalak tenaga.

Beli Halia Bara Segera Di Sini : SERBUK HALIA BARA SEGERA

Kandungan Nutrisi

Berdasarkan Pakej Teknologi Halia Bara Jabatan Pertanian, berikut adalah perbezaan kandungan nutrisi halia bara dan halia biasa untuk setiap 100 gram:

KandunganHalia BaraHalia Biasa (Bentong)
Air88.83 g86.1 g
Protein0.47 g2.1 g
Serat3.05 g1.7 g
Abu0.53 g0.5 g
Lemak0.40 g1.0 g
Karbohidrat9.77 g8.6 g
Tenaga50.66 Kcal52.0 Kcal
Vitamin C13.90 mg5.3 mg
Kalsium2.50 mg17.0 mg
Besi9.65 mg2.5 mg
Magnesium41.31 mgTiada maklumat
Potasium91.60 mgTiada maklumat

Beza Halia Biasa dan Halia Bara

CiriHalia BiasaHalia Bara
Nama lainHalia, GingerHalia hitam, Halia merah, Red ginger
Warna rimpangKuning pucatMerah gelap atau kemerahan
RasaPedas sederhanaLebih pedas dan kuat
AromaWangi dan lembutLebih tajam dan menyengat
Kandungan aktifGingerol, shogaolGingerol, shogaol dalam kepekatan lebih tinggi
KegunaanMasakan dan perubatan tradisional ringanPerubatan tradisional untuk penyakit lebih kronik
Kesan kesihatan utamaMelegakan sakit tekak, kembung, loyaAnti-radang, melancarkan peredaran darah, penambah tenaga
Rupa luaran rimpangLebih gemuk dan cerahLebih kecil, tirus, dan berwarna gelap
Penggunaan dalam makananKerap digunakan dalam masakan harianJarang digunakan dalam masakan, lebih kepada perubatan
PopularitiSangat meluas di seluruh duniaLebih popular di kalangan pengamal perubatan tradisional

Khasiat Halia Bara

1. Meningkatkan Kesihatan Sistem Penghadaman

Halia bara terkenal dengan kemampuannya untuk menyokong dan meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.

Kandungan gingerol dan shogaol dapat melegakan perut, merangsang enzim pencernaan dan kurangkan masalah seperti kembung, loya dan pedih ulu hati.

Beberapa kajian dari World Journal of Gastroenterology dan Food, Science & Nutrition juga menunjukkan bahawa, pengambilan halia termasuk halia bara, boleh membantu merawat masalah indigestion atau ketidakhadaman, iaitu keadaan di mana makanan mengambil masa terlalu lama untuk dicerna.

Sifat anti-radang dan pencernaannya menjadikannya pilihan semula jadi yang baik untuk penghadaman harian.

2. Melawan Selesema, Demam dan Jangkitan

Khasiat yang seterusnya adalah membantu melawan selesema, demam dan jangkitan pertumbuhan kuman.

Ia juga kaya dengan anti-radang dan antioksidan yang menguatkan sistem imun. Amalan pengambilannya secara konsisten boleh lindungi tubuh daripada virus dan penyakit ringan seperti batuk dan selesema.

Khasiat Halia Bara #3. Melindungi Paru-Paru

Tumbuhan ini juga bukan saja baik untuk penghadaman dan imuniti, tapi juga bantu jaga kesihatan paru-paru. Kandungan gingerol dan shogaolnya melindungi tisu paru-paru daripada keradangan dan jangkitan.

Kajian pada 2018 menunjukkan halia boleh kurangkan kerosakan paru-paru akibat oksigen berlebihan. Ia sesuai sebagai sokongan semula jadi untuk mereka yang ada masalah pernafasan atau terdedah kepada pencemaran.

4. Melegakan Loya

Bagi wanita yang ingin mengurangkan rasa loya pada waktu pagi, pengambilan halia bara mungkin membantu.

Hal ini kerana, ia mengandungi gingerol yang menenangkan saluran pencernaan dan mengurangkan mual.

Dengan kandungan aktif yang lebih tinggi daripada halia biasa, halia bara lebih berkesan sebagai rawatan semula jadi. Kajian dari Integrative Medicine Insights, juga mengesahkan keberkesanannya untuk loya akibat kehamilan atau kemoterapi. Teh atau air rebusan halia bara boleh diamalkan untuk atasi masalah ini.

Khasiat Halia Bara #5. Mengurangkan Keradangan

Khasiat seterusnya adalah dapat mengurangkan keradangan iaitu membantu kurangkan sakit dan bengkak pada sendi serta otot.

Kandungan gingerol dan shogaolnya berkesan untuk masalah seperti artritis dan osteoartritis. Jika diamalkan secara konsisten, ia boleh melegakan keradangan kronik dan menyokong kesihatan sendi, terutamanya bagi warga emas dan mereka yang aktif.

6. Menyokong Kesihatan Jantung dan Darah

Menurut kajian olah Iranian Journal of Pharmaceutical Research dan International Journal Cardiology, menunjukkan ia membantu turunkan gula darah dan kolesterol jahat (LDL), dua punca utama penyakit jantung.

Dengan kesan menstabilkan gula dan kolesterol, halia bara jadi pilihan semula jadi untuk menjaga jantung secara berpanjangan.

7. Meningkatkan Fungsi Sel yang Sihat

Kandungan herba ini yang kaya dengan sebatian gingerol dan zingerone, ia berupaya bertindak sebagai antioksidan kuat yang membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas iaitu punca utama penyakit kronik seperti kanser.

Menariknya, kajian dari Chinese Journal of Natural Medicines mencadangkan pengambilan halia bara secara konsisten mampu mengurangkan risiko kanser dengan menggalakkan fungsi sel yang sihat.

Jadi, halia ini bukan sekadar herba biasa, sebaliknya adalah pelindung semula jadi tubuh yang menyokong kesihatan dari dalam.

8. Menyokong Sistem Imun Tubuh

Rasa pedas dan hangat yang dihasilkan herba ini bukan sekadar unik, malah bantu kuatkan sistem imun. Ia merangsang peredaran darah dan memanaskan badan, sesuai diamalkan ketika cuaca sejuk.

Teh halia bara bukan sahaja menghangatkan, tetapi juga membantu tubuh lawan jangkitan. Dengan kandungan antioksidan dan anti-radang, ia bantu tingkatkan daya tahan badan secara semula jadi.

9. Membantu Menurunkan Berat Badan

Bagi yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, pengambilan herba ini mungkin membantu. Hal ini kerana, ia mampu meningkatkan metabolisme dan pembakaran kalori melalui kesan pemanasan gingerol.

Bahkan ia juga membantu cegah obesiti dan kawal berat badan. Amalkan dalam bentuk teh atau campuran makanan untuk hasil yang lebih sihat dan berkesan.

Khasiat Halia Bara #10. Melegakan Kesakitan

Salah satu kegunaan tradisional yang paling popular bagi halia bara adalah sebagai agen semula jadi untuk melegakan kesakitan, terutama senggugut dan sakit otot.

Kandungan gingerol dan shogaol bertindak sebagai anti-radang semula jadi yang bantu kurangkan ketegangan otot. Kajian moden turut mengesahkan keberkesanannya, menjadikannya alternatif semula jadi yang selamat tanpa kesan sampingan.

11. Meningkatkan Fungsi Otak dan Melindungi daripada Penyakit Alzheimer

Berdasarkan kajian dari National Center for Biotechnology Information, pengambilan halia bara boleh membantu meningkatkan daya ingatan, memperbaiki fungsi kognitif, serta melancarkan peredaran darah ke otak, yang seterusnya menyokong kesihatan mental secara menyeluruh.

Kandungan aktif seperti gingerols dan shogaols dalam halia bara telah terbukti mampu melindungi sel-sel otak dengan mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif, dua faktor utama yang menyumbang kepada penyakit Alzheimer dan kemerosotan kognitif.

Cara Menggunakan Halia Bara

Kredit: WebTeb

1. Melegakan Lenguh Badan

  • Cara 1 (Johor): Rizom halia bara dibersihkan dan direbus. Air rebusan ini diminum sekali sehari sehingga sembuh.
  • Cara 2 (Kedah): Rizom halia bara diracik, ditimbang, dan dicampur bersama bahan lain, kemudian dimasak dengan minyak masak selama 30 minit. Minyak ini digunakan untuk mengurut badan apabila diperlukan.

2. Ramuan Majun (Kedah)

  • Rizom halia bara sebesar ibu jari kaki dicampur dengan tiga pokok kancing baju, kunyit terus, tongkat ali (masing-masing sebesar ibu jari kaki), 100g lada hitam, dan 100g daun lemuni.
  • Semua bahan dikisar sehingga lumat dan dicampur dengan madu lebah.
  • Majun ini dimakan sekali sehari selepas sarapan untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan dalaman.

3. Melegakan Sakit Sendi

Cara (Johor): Rizom halia bara direbus dan airnya diminum sekali sehari sehingga rasa sakit berkurangan.

4. Meredakan Bengkak Kaki (Selangor)

  • Seruas halia bara ditumbuk bersama daun ganda rusa, tutup bumi, pokok dewa, kulit jebak rimba, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.
  • Ramuan ini kemudian ditempel pada bahagian kaki yang bengkak.

5. Merawat Patah (Kedah)

  • Rizom halia bara ditumbuk bersama kunyit hitam, daun gandarusa dan jintan hitam.
  • Campuran ini digaul dengan putih telur dan disapu pada bahagian yang patah, lalu dibalut dengan kain.
  • Balutan dibuka selepas beberapa hari; diamalkan sekali sahaja.

6. Merawat Gout (Pahang)

  • Rizom halia bara ditumbuk bersama halia biasa, cekur dan jerangau (masing-masing sebesar ibu jari).
  • Ramuan ini direbus dan dicampur dengan dua sudu cuka.
  • Air rebusan diminum sekali sehari sehingga sembuh.

7. Mengawal Tekanan Darah Tinggi

  • Cara 1: Halia bara diracik halus, digoreng tanpa minyak hingga garing dan dikisar menjadi serbuk jamu. Campurkan dengan satu sudu asam jawa dan larutkan dalam air. Diminum tiga kali sehari.
  • Cara 2 (Kedah): Rizom halia bara yang telah dikeringkan disukat 200g, dibungkus dalam kain kasa, dan direbus. Air rebusan digunakan untuk mandi 2–3 kali sehari sehingga keadaan bertambah baik.

8. Rawatan Komplementari Masalah Buah Pinggang (Pahang)

  • Rizom halia bara, buah petai belalang, lobak putih dan kunyit hitam dibersihkan dan dipotong.
  • Dimasak dalam empat gelas air sehingga tinggal segelas.
  • Sediaan ini diminum empat kali sehari.

9. Membuang Angin Badan

  • Cara 1 (Kedah): Rizom halia bara direbus bersama secubit jemuju, jintan putih, jintan manis dan sedikit halia makan. Air rebusan diminum dua kali sehari.
  • Cara 2 (Pahang): Halia bara dicampur dengan suntun, habbatus sauda, kunyit, serai wangi dan lada hitam. Semua bahan dikeringkan, diracik halus dan dimasak menggunakan minyak kelapa selama satu jam. Minyak ini digunakan untuk urutan seluruh badan.

Baca juga: Pak Choy : Khasiat, Kandungan Nutrisi dan Kesan Sampingan

Kesimpulan

Kesimpulannya, halia bara merupakan herba bernutrisi tinggi dengan pelbagai khasiat kesihatan seperti melancarkan penghadaman, menguatkan imun, melegakan keradangan dan melindungi jantung serta otak.

Digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, ia terbukti berkesan sebagai rawatan semula jadi. Mengamalkannya secara berkala boleh menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut