Biodata Hael Husaini – Penyanyi, Komposer & 2 Kali Juara AJL

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bahang AJL 39 kian terasa apabila senarai 10 finalis telah diumumkan baru-baru ini. Antara penyanyi yang tidak asing lagi dalam menyertai pentas berprestij tersebut adalah Hael Husaini.

Lebih menarik lagi dalam persaingan AJL 39, kali ini Hael bukan sahaja mempertaruhkan lagu yang dibawakan sendiri iaitu Diam, malah beliau juga akan berentap menerusi lagu ciptaannya yang dinyanyikan oleh Nadeera Zaini iaitu Bukan Lagi Kita.

Kedua-dua lagu ini merupakan karya bersama Hael dan seorang lagi komposer berbakat iaitu Iqie Hugh.

Sumber : Harian Metro

Walau bagaimanapun, ia bukanlah perkara baharu buat Hael kerana dalam beberapa pentas AJL sebelum ini, karya-karya beliau juga pernah terpilih tercalon sebagai finalis dalam satu pentas yang sama seperti di AJL 33 dan AJL 35.  

Ia sekaligus membuktikan kredibiliti dan bakatnya sebagai penyanyi dan komposer muzik professional.

Sempena pencalonan Hael dalam AJL 39, ayuh kita kenali penyanyi dan komposer berbakat besar ini dengan lebih dekat.

Sumber : Kosmo!

Biodata Hael Husaini

Nama Sebenar : Hal Husaini Razmi

Nama Komersial : Hael Husaini

Tarikh Lahir : 10 Disember 1987

Umur : 37 tahun (2024)

Asal : Kunak, Sabah

Status : Bujang

Pekerjaan : Penyanyi, Komposer lagu, Pelakon

Anak angkat : 3 orang – Helena, Haelmy, Haelman

Sumber : Kosmo!
Sumber : MStar

Perjalanan Karier

Antara usaha awal Hael untuk menjadi penyanyi adalah menerusi penyertaannya dalam beberapa program realiti antaranya One In A Million (2006) dan Mentor TV3 sebagai anggota kumpulan duo yang bernama Evo.

Dalam program tersebut, kumpulan Evo telah menjadi protégé kepada Jaclyn Victor.

Bakat Hael Husaini mula mendapat perhatian apabila beliau dinobatkan sebagai naib juara dalam Akademi Fantasia Musim ke-10 (AF2013).

Dalam program realiti ini, beliau menggangotai kumpulan duo bernama Azhael iaitu gabungan nama dua anggotanya, Azhar dan Hael.

hael husaini
Sumber : MStar

Kumpulan ini sempat menempa nama dalam industri muzik tanah air sehingga pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Kumpulan) di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 menerusi lagu “Hujung Waktu”.

hael husaini

Walau bagaimanapun, kumpulan ini telah pun berpecah pada tahun 2017. Sejak itu, Hael mula aktif sebagai penyanyi solo.

Lagu solo pertamanya adalah “Seandainya” dan disusuli dengan album mini.

Pada tahun berikutnya, Hael telah dijulang sebagai juara AJL 32 menerusi lagu “Jampi”, iaitu karya yang diciptanya bersama Ezra Kong.

hael husaini
Sumber : Berita Harian

Pada tahun berikutnya, beliau sekali lagu muncul sebagai juara AJL 33 menerusi lagu duet bersama Dayang Nurfaizah iaitu “Haram” ciptaannya dan Ezra Kong.

Sumber : budiey.com

Dalam pentas AJL 33, Hael turut mempertaruhkan sebuah lagi lagu yang dinyanyikannya sendiri bertajuk Hajat yang juga dicipta oleh penyanyi tersebut bersama Ezra Kong.

Dua kemenangan ini telah membuatkan Hael semakin dikenali sebagai penyanyi. Lagu-lagunya juga sering diputarkan di corong radio.

Pada masa yang sama, beliau juga turut menghasilkan lagu buat artis popular tempatan termasuk Dayang Nurfaizah (Dia), Indah Ruhaila (Semua Untuk Cinta), Nabila Razali (Cemburu) dan banyak lagi.

Pada pentas AJL 35, Hael sekali lagi berpeluang untuk mempertaruhkan beberapa lagunya iaitu “Hati” (nyanyian Hael Husaini, ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong), “Peluang Kedua” (nyanyian Hael Husaini, ciptaan Hael Husaini dan MFMF) dan “Belenggu Rindu” (nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong).

Dalam AJL 38, Hael telah dipilih sebagai finalis menerusi lagu “Bintang” yang diciptanya sendiri.

hael husaini

Pada awal tahun 2024, Hael juga telah melancarkan album perdana bertajuk ANTONIM (PART I) yang mengandungi 10 buah lagu.

Kini, Hael kembali berentap di pentas AJL 39 sebagai finalis menerusi lagu “Diam”. Pada masa yang sama, beliau turut mempertaruhkan satu lagi karya ciptaannya bersama Iqie Hugh nyanyian Nadeera Zaini yang bertajuk “Bukan Lagi Kita”.

hael husaini

Mencuba Nasib Sebagai Pelakon

Selepas 17 tahun bergelar penyanyi dan komposer, Hael turut memberanikan diri untuk muncul di kaca TV sebagai pelakon.

Menurut penyanyi yang berasal dari Sabah ini, beliau ingin mencuba perkara baharu dalam industri seni.

Membawa watak Haque Zuhal dalam drama My Famous Ex Boyfriend (2023), Hael sanggup mengikuti kelas lakonan demi menjiwai watak serta mempelajari teknik lakonan secara profesional.

Selamat maju jaya diucapkan buat Hael Husaini. Pastinya, ramai yang menantikan persembahan Istimewa daripada penyanyi yang pernah merangkul juara sebanyak dua kali di anugerah berprestij tersebut.

Sama-sama kita nantikannya.

Sumber : Xtra, Berita Harian, gempak.com, Lobak Merah, Malaysia Gazette, Harian Metro, MStar

Baca Juga : Senarai Finalis AJL 39 (Anugerah Juara Lagu 2025)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut