Gula Pasir – Kalori & Bahaya Berlebihan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Gula pasir merupakan sejenis gula yang boleh dikatakan hampir setiap isi rumah di Malaysia menggunakannya sama ada dalam makanan mereka ataupun minuman. Hal ini juga menjadikan gula antara barangan yang berada di bawah barang kawalan kerajaan.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang gula jenis ini, seperti kebaikan dan khasiatnya, harga terkini dan cara penghasilannya, pastikan anda terus bersama artikel ini sehingga ke penghujung.

Apakah itu Gula?

Gula merupakan sejenis karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Gula ini boleh diperoleh dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian, secara semula jadi.

Gula pasir pula merupakan buatan manusia yang bewarna putih dan butir-butir gula ini agak kasar berbanding jenis gula yang lain. Gula ini sangat sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman, membuat kuih-muih dan digunakan dalam makanan harian kita.

Antara hidangan rakyat Malaysia yang menggunakan gula jenis ini ialah:

  • Kuih Lapis
  • Lepat Pisang
  • Sambal Ikan Bilis
  • Sambal Belacan
  • Donat
gula pasir

Kalori / Keperluan Gula Pasir Dalam Tubuh Badan

Walaupun sering dikaitkan sebagai punca berlakunya penyakit-penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit buah pinggang, obesiti dan sebagainya. Gula pasir ini juga mempunyai khasiatnya jika diambil dalam kuantiti yang betul.

Pada tahun 2003, WHO telah menyarankan pengambilan gula jenis ini tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).

Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk kita makan lebih sihat dengan mengurangkan gula.

Ikuti beberapa panduan untuk kaedah biasakan untuk kurangkan gula yang disediakan.

Harga Kawalan Gula

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, gula merupakan bahan ruji yang digunakan oleh hampir semua rakyat di Malaysia dan juga di dunia, tidak kira dalam masakan atau dalam minuman mereka.

Oleh itu tidak hairanlah, jika gula pasir ini juga merupakan antara barang yang dikawal oleh kerajaan. Hal ini bagi memastikan, harga gula di pasaran tidak melebihi had yang ditentukan dan dapat dibeli oleh semua golongan pendapatan.

Berikut merupakan harga gula pasir yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia bagi tahun 2024:

Gula Putih BertapisHarga yang ditetapkan oleh Kerajaan (RM)
Kasar / 1kg2.85
Halus / 1kg2.95
Sumber : Laman web KPDN

Manakala bagi gula premium / gula putih bertapis jernih, harganya tidak dikawal oleh Kerajaan sebaliknya ditentukan oleh pasaran.

Baca juga:

Cara Penghasilan Gula Pasir

Gula pasir merupakan sejenis gula yang dihasilkan secara komersil menggunakan tebu. Tumbuhan ini digunakan kerana ia mempunyai kandungan gula didalamnya yang sangat mudah untuk diekstrak dan dijadikan gula pasir.

Cara penghasilan gula daripada tebu ini dilakukan dengan cara berikut:

  • Tebu akan dijus menggunakan pemproses makanan.
  • Jus yang terhasil akan direbus untuk menyejat air dan membentuk kristal.
  • Kristal dipisahkan daripada cecair dalam emparan. Cecair yang dikeluarkan dipanggil molase.
  • Kristal gula mentah kemudiannya dikeringkan dengan udara panas.
  • Gula mentah ditapis lagi untuk menghilangkan warna dan kekotoran. Proses ini termasuk:
    • Mencairkan gula
    • Memproses untuk menghilangkan warna dan kekotoran
    • Pengemparan untuk mengeluarkan cecair
    • Mengisar kristal kepada saiz yang berbeza
  • Gula dijalankan melalui sistem penapisan karbon semula jadi untuk menghilangkan kekotoran dan memutihkan butiran gula.
  • Sebelum pembungkusan, gula diayak melalui jaringan dawai untuk memisahkan kristal kepada jenis yang berbeza, seperti halus, sangat halus dan kasar.

Sumber: Michigan State University

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut