Gua Damai Extreme Park, Batu Caves – Pakej Aktiviti dan Harga

Gua Damai Extreme Park, Batu Caves - Pakej Aktiviti dan Harga
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tengah cari tempat best untuk buat aktiviti lasak? Haa, apa kata anda ke Gua Damai Extreme Park di Batu Caves, Selangor!

Di sini ada pelbagai aktiviti mencabar yang sesuai untuk semua. Tak kiralah anda baru pertama kali nak mencuba ataupun memang dah pro. 

Salah satu aktiviti lasak yang popular dekat sini ialah panjat tebing atau juga dikenali sebagai rock climbing. Gua Damai Extreme Park ni memang port terbaiklah untuk rock climbing. 

Kalau nak tahu apa lagi yang menarik kat sini, jom teruskan membaca. 

BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!

Gua Damai Extreme Park

Gua Damai Extreme Park adalah sebuah taman rekreasi dan sebahagian daripada Geopark Gombak – Hulu Langat (GHL Geopark) yang  terletak di Batu Caves, Selangor. Ia menawarkan pelbagai aktiviti fizikal yang mencabar dan menyeronokkan.

Gua Damai ini juga telah diiktiraf sebagai lokasi Geopark Kebangsaan dan salah satu tarikan pelancongan unik di Batu Caves.

Gua Damai Extreme Park, Batu Caves - Pakej Aktiviti dan Harga
Sumber: Google Review (GuaDamaiExtremePark)

Dari segi kemudahan dan perkhidmatan, Gua Damai dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. 

Contohnya seperti tandas, bilik mandi, kawasan rehat dan pencahayaan untuk aktiviti malam. Jurulatih untuk pemula pun ada. Ini adalah bagi menjamin keselesaan dan keselamatan serta keseronokkan untuk setiap pengunjungnya.

Waktu Operasi

Gua Damai Extreme Park beroperasi setiap hari, bermula dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang. 

Lokasi dan Cara Ke Sana

Gua Damai Extreme Park terletak di kawasan ikonik Batu Caves, Selangor. Betul-betul di kawasan belakang Kuil Batu Caves yang popular tu.

Untuk ke sini, anda boleh gunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam. Kalau dari Kuala Lumpur, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit pemanduan sahaja.

Sekiranya anda memandu kereta sendiri, anda boleh gunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps atau Waze dengan kata kunci “Gua Damai Extreme Park”. Sampai sahaja di sana, anda boleh terus letak kereta di tempat yang disediakan. 

Kalau anda bercadang untuk naik pengangkutan awam pula, anda boleh naik KTM Komuter dan turun di Stesen Batu Caves.  Dari stesen ini, anda hanya perlu naik teksi atau perkhidmatan e-hailing seperti Grab untuk sampai ke Gua Damai Extreme Park. 

BACA JUGA: 99 Wonderland Park, Selangor – Cara Beli Tiket Masuk Di KLOOK!

Tarikan Utama di Gua Damai Extreme Park

Gua Damai Extreme Park terkenal dengan pelbagai aktiviti lasak dan rekreasi yang menarik untuk semua peringkat kemahiran. Antaranya ialah: 

1. Panjat Tebing (Rock Climbing)

Dengan lebih daripada 120 laluan mendaki bertaraf antarabangsa, Gua Damai menawarkan pengalaman panjat tebing yang menarik dan mencabar. Aktiviti ini sesuai untuk untuk pemula, kanak-kanak dan juga dewasa.

Gua Damai Extreme Park, Batu Caves - Pakej Aktiviti dan Harga
Sumber: Google Review (GuaDamaiExtremePark)

Laluan pendakian ini mempunyai tahap kesukaran yang bergred antara 5c hingga 7a+. Ada juga laluan khas untuk latihan sebelum aktiviti sebenar dimulakan. 

Pakej panjat tebing biasanya termasuk peralatan mendaki dan bimbingan daripada jurulatih yang berpengalaman selama 3 jam. 

2. Zip Line

Zip Line juga salah satu tarikan utama di Gua Damai Extreme Park ini. Ia akan membawa anda meluncur sepanjang 250 meter dari Gua Kristal. Sambil-sambil tu, anda boleh menyaksikan keindahan sekeliling. 

Sumber: Gua Damai XPark

Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur. Malah, terdapat Flying Fox khas untuk kanak-kanak yang dibuka setiap hari Ahad. 

Pakej Zip Line juga merangkumi peralatan keselamatan lengkap serta bimbingan daripada tenaga pengajar berpengalaman. Ini adalah memastikan setiap pengunjung dapat menikmati pengalaman yang menyeronokkan. 

3. Jelajah Gua (Adventure Caving)

Tarikan utama di Gua Damai Extreme Park yang seterusnya adalah jelajah gua (adventure caving).  Biasanya aktiviti ini memakan masa lebih kurang 3 jam. 

Aktiviti penjelajahan gua akan bermula dengan pendakian Bukit Lembah Damai setinggi 100 meter untuk sampai ke kawasan Gua. 

Sumber: Gua Damai XPark

Sebaik tiba di kawasan gua, peserta akan diberikan peralatan keselamatan seperti topi keledar, abah-abah dan lampu kepala.

Peserta berpeluang meneroka lima gua utama: Crystal Cave, Dog Cave, Chili Padi Cave, Ichibawa Cave, dan Fig Tree Cave. Setiap gua mempunyai cabaran dan keunikannya tersendiri.

Selain mendaki, anda juga kena merangkak, memanjat batu, menyusup celah sempit dan menuruni kawasan curam. Memang mencabarlah pokoknya. Tapi, sumpah best!

4. Abseiling

Aktiviti abseiling juga antara tarikan utama di Gua Damai Extreme Park yang anda kena cuba. Aktiviti ini memberikan anda peluang untuk mencabar kekuatan mental dan fizikal sambil menikmati keindahan alam. 

Aktiviti ini bermula dengan peserta mendaki dua anak tangga untuk mencapai lubang Gua Pokok Fiq. Kemudian, peserta akan menuruni tebing gua dari lubang Gua Pokok Fiq. 

Sumber: GuaDamaiExtremePark

Pakej abseiling di sini sesuai untuk pemula dan anda juga boleh menggabungkan aktiviti ini dengan aktiviti memanjat batu untuk pengalaman yang lebih menarik.

5. Pendidikan Alam Semula Jadi (Educational Caving)

Educational caving di Gua Damai Extreme Park menawarkan pengalaman mendidik dan menyeronokkan bagi mereka yang ingin meneroka keajaiban gua semula jadi. 

Peserta akan dibawa oleh seorang staff berpengalaman untuk menjelajah Gua Ichibawa, salah satu daripada lima gua menarik di kawasan ini.

Sumber: Gua Damai XPark

Ada banyak perkara baru mengenai formasi gua dan ekosistemnya yang boleh dipelajari sepanjang aktiviti ini. 

Program pendidikan ini sesuai untuk kanak-kanak, seisi keluarga, kumpulan besar seperti pelajar sekolah atau organisasi yang ingin menggabungkan pembelajaran dengan pengembaraan.

6. Trip Satu Hari (All Extreme Package)

Terdapat satu lagi tarikan di Gua Damai ini iaitu pakej trip satu hari yang merangkumi beberapa aktiviti lasak yang sesuai untuk semua; kanak-kanak seawal 6 tahun hinggalah golongan veteran. 

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan dalam pakej ini ialah jelajah gua asas untuk kanak-kanak, abseiling, trekking sambil meneroka keindahan alam,  zip line dan sebagainya. 

Pakej ini lengkap dengan peralatan keselamatan, hidangan tengah hari dan staf berpengalaman yang akan membantu peserta untuk memastikan keselamatan dan keseronokkan sepanjang aktiviti.

@guadamaixpark

Education Caving Experience natural formations which happened over millions of years, And Exploring the Cave with the experience guides ✅ #guadamaiextrempark #batucaves #cave #educationcaving #kids #sports #outdoors

♬ Winning – ROKKA

Pakej Aktiviti dan Harga

Berikut adalah maklumat terkini mengenai pakej aktiviti dan harga yang ditawarkan oleh Gua Damai Extreme Park:

AktivitiHarga/Pax (RM)Minimum Peserta
Panjat Tebing (Rock Climbing@ Top Rope)RM160
Zip LineRM50
Adventure Caving RM1006
Educational CavingRM5020
AbseilingRM90
Climbing & Abseiling RM16010
Caving Tour – Fig Tree CaveRM806
Multiple Abseil – 100 MRM1606
Abseiling & Caving Tour – Fig Tree CaveRM140
All extreme packageRM200

NOTA: Sebelum memulakan aktiviti, pengunjung perlu mendaftar di pejabat taman dengan bayaran permit sebanyak RM5 (warganegara Malaysia) atau RM10 (bukan warganegara). 

Rujuk laman web rasmi Gua Damai Extreme Park untuk info lebih lanjut mengenai pakej aktiviti dan harga yang ditawarkan terkini: https://guadamai.com/press/activities/ 

@guadamaixpark

GuaDamai is back with our Travel Promo 2025 Explore our promo package while travelling 🧳 Lock your date and book your slot now > ✅ Online booking ✅ Minimum 1 person ✅ Beginner level ✅ Qualified Guide If you have any questions, Whatsapp or DM us directly 👋🏻 We are happy to assist you. #guadamaixpark #guadamaiextremepark #geopark #rockclimbing #guadamai #batucaves #outdoors

♬ Way down We Go – KALEO

Cara Beli Tiket

Tempahan dan pembelian tiket boleh dilakukan dengan menghubungi terus pihak Gua Damai Extreme Park di talian: +60 18 266 3231 (tyra) atau, terus datang (walk in) ke sana pada hari yang anda inginkan. 

Untuk tempahan lebih awal, anda boleh lakukan melalui KLOOK. 

Klook.com

Kemudahan

Taman ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memastikan pengunjung selesa dan selamat.

Kemudahan Utama:

  • Tempat letak kereta
  • Tandas awam yang bersih
  • Kiosk
  • Kawasan permainan kanak-kanak
  • Pencahayaan untuk aktiviti malam

Peralatan lengkap untuk aktiviti lasak seperti:

  • Harnes keselamatan
  • Kasut khas panjat tebing
  • Tali keselamatan
  • Peralatan abseiling
  • Alat pelindung

Kemudahan Tambahan:

  • Kemudahan sewaan roller blade (RM5 per setengah jam)
  • Bimbingan daripada pemandu berpengalaman

Maklumat Lanjut

Layari laman web rasmi Gua Damai Extreme Park untuk maklumat lanjut dan info terkini: https://guadamai.com/press/ 

Jom rancang lawatan anda ke Gua Damai Extreme Park hari ini!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut